19 Ogos 2014

VOLUME BURSA MALAYSIA DI TAHAP TERTINGGI


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ini Bursa Malaysia ditutup dengan jumlah dagangan yang tertingginya iaitu pada 5.112 Billion. Ia jelas menunjukkan kecairan dalam pasaran dengan penyertaan pelabur-pelabur dari semua peringkat. Kecairan ini boleh membawa pelbagai maksud. Ia boleh membawa maksud yang pasaran semakin mengukuh dan akan naik tinggi lagi namun ia juga boleh membawa maksud yang pasaran sudah "overheating" terlebih panas dan para pelabur mesti lebih berhati-hati dalam pemilihan saham-saham yang ingin dilaburkan. 

Kita tak mahu membeli saham pada harga yang terlebih nilai atau saham-saham cap ayam yang mana bila pasaran membuat reversal atau pembetulan kita tidak tersangkut dengan saham-saham yang tidak bernilai itu. Ini kerana ia akan mengambil masa yang lama untuk ia naik kembali sekiranya pasaran kembali pulih.

Selalunya saham yang kukuh dan baik tidak jatuh teruk bilamana pasaran jatuh dan ia akan naik lebih cepat kerana ia ada HARGA. 

Dari pemerhatian FY kebelakangan ini kebanyakan saham-saham yang yang punya volume atau jumlah dagangan yang tinggi dewasa ini adalah saham-saham cap ayam yang mana syarikatnya mengalami kerugian. 



Di sini FY ambil Screen Shot saham-saham yang paling aktif semalam. Yang dalam kotak merah menandakan saham-saham tersebutr dalam kategori saham syarikat yang rugi. Yang bertanda kuning pula keuntungannya terlalu sedikit lantas menyebabkan Price Earning Rationya tinggi. Yang bertanda Oren pula menunjukkan Share Issue syarikat itu juga terlalu besar. Share Issue yang besar menyukarkan kenaikan harganya sebenarnya. Perhatikan MAS punya Share Issue sebanyak 16.710 Billion unit saham! Jadi dalam semua saham yang paling aktif ini hanya masuk dalam kriteria Analisa Teknikal tetapi tidak masuk dalam kriteria Fundamental.



Jadi sebenarnya siapakah yang suka "bermain" dengan saham-saham begini?

Jawapannya ;

Sindiket Saham - Mereka adalah golongan trader expert dan mereka pandai memanipulasi harga saham-saham begini.
PDT - Mereka ini juga golongan trader expert yang tak perlu membayar apa-apa brokerage untuk menjual dan membeli saham-saham begini.
Day Trader - Ada yang expert dan ada yang amatur.
Retail Investor dan Newbie - Golongan trader amatur yang bakal jadi sasaran golongan-golongan expert di atas sana.

Jadi, berhati-hatilah. pilihlah saham-saham yang bagus pada ketika ini memandangkan volume pasaran berada pada tahap yang begitu tinggi.

Sekiranya anda ingin mempelajari semua ini FY menjemput anda untuk menyertai Seminar Super Investor bersama FY pada hari Sabtu 13 September ini di Bangunan Lembaga Getah Asli, bersebelahan KLCC.

Disamping itu juga dalam jangkamasa terdekat ini FY akan menjalankan ; 
  • ·  Woksyop BTX Online Trader dengan harga promosi RM50.00 sahaja akan dijalankan pada hari Sabtu 30 Ogos bertempat di ThotBox, Damansara Intan. Hubungi Zuhri Zain 012 6290407 untuk tujuan pendaftaran.
  • ·  Seminar SuperTrader pada 23 Ogos 2014 di Grand Blue Wave Hotel Johor Bahru. Hubungi Mustapha Kamal 019 7775527 untuk mendaftar.
  • ·   Seminar Super Investor bersama FY 13 September nanti tapi kalau tak sabar boleh buat temujanji personal coaching di pejabat FY. Terhad kepada 5 orang sahaja setiap sessi.

Selain itu FY sedang menyiapkan buku-buku Ebook Pelaburan Saham untuk kemudahan anda semua tak berapa lama lagi. InsyaAllah.

Sekian dahulu buat kali ini.

Wassalam...

FY
016 6667430
greng70@yahoo.com
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia

www.seminarsaham.com.my

HUBUNGI TEAM FY ;

Persoalan mengenai memulakan portfolio saham dan membuka akaun CDS ;
Hubungi : En. Yasin Yunus - 019 3346570
Emel : yasinyunus2714@gmail.com

Persoalan mengenai seminar saham ;
Hubungi : Puan Azila Ismail - 012 2511755
Emel : azilasmile@yahoo.com

Persoalan mengenai online trading dan menjadi seorang trader ;
Hubungi : Sifu Zuhri Zain MSTA - 012 6290407
Emel : muhammadzuhri@gmail.com

Persoalan asas pelaburan saham ;
Hubungi : En. Abdullah Ramzi - 017 3730513
Emel : eizmar11@yahoo.com

LINK PERKHIDMATAN KAMI ;

Biodata Sifu Faizal Yusup
Apa Itu Saham?
Pelaburan Saham Di Bursa Malaysia
Saya Nak Melabur Saham Tapi…
Pakar Rujuk Pelaburan Saham
Kaedah Momohon Pink Form, IPO Awam, IPO MITI dan Private Placement
Perbezaan IPO Awam Dan IPO MITI
Ebook Panduan Lengkap Memohon IPO di MITI
Cover Letter Permohonan Saham IPO di MITI
Soalan Lazim Mengenai Permohonan IPO di MITI
Apa Itu Akaun CDS
Membuka Akaun CDS
Perkhidmatan Membuka Akaun CDS        
Panduan Membuka Akaun Online
Panduan Mencari Mentor Saham
Modal Permulaan Melabur Saham
Pulangan Keuntungan Melabur Saham
Memulakan portfolio pelaburan saham
Onlne VS Khidmat Remisier
Trader VS Investor
Menentukan Status Syariah Saham
Strategi Pelaburan Saham
Bermain Saham Secara Kontra
Menjana Keuntungan Konsisten Dalam Bursa Malaysia
Panduan Pemilihan Saham
Panduan Membeli Saham Penny Stocks
Kejatuhan Mendadak Harga Saham
Membaikpulih Portfolio saham
Mencari Ilmu Pelaburan Saham
Woksyop BTX - Online Trader
Personal Coaching
Seminar Saham Super Investor
Testimoni Peserta Seminar Super Investor
Seminar SuperTech Investor
Seminar SuperTrader

    FOLLOW FY di Twitter – twitter.com/afaizalyusup
    ADD FY di Facebook - www.facebook.com/faizalyusupii
    SUBSCRIBE di www.faizalyusup.net bagi mendapatkan artikel-artikel TERKINI mengenai pelaburan saham.



    ' style='padding: 0; border: none;'/>

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan

    Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.