22 Jun 2011

5 MITOS PASARAN SAHAM



1.   Pasaran saham ialah kasino!

Tidak, pasaran saham BUKAN kasino. Melabur dalam saham pada dasarnya berbeza daripada berjudi. Membeli saham atau stok mewakili pemilikan dalam sesuatu syarikat dan memberikan hak kepada pembeli menuntut hak terhadap aset syarikat dan berkongsi keuntungan syarikat. Selalunya, pelabur berfikir bahawa membeli saham merupakan cara untuk mencuba nasib dan mendapat keuntungan dengan cepat. Tanggapan ini salah

2.   Hanya untuk orang kaya 

Tanggapan ini tidak tepat kerana sesiapa sahaja yang mempunyai pengetahuan pelaburan yang baik dan sedikit wang simpanan boleh melabur dalam pasaran saham. Pelabur berjaya bukan mereka yang kaya tetapi mereka yang menggunakan maklumat dengan berkesan dan mendapatkan bantuan daripada golongan profesional berlesen untuk membuat keputusan berdasarkan maklumat.

3.   Masa paling baik untuk melabur ialah ketika pasaran “bul” 

Ketika pasaran bul atau ketika pasaran sedang naik dan aktif, bukanlah satu-satunya masa paling baik untuk melabur. Berbekalkan maklumat yang baik dan pemilihan saham yang teliti, pelabur boleh membuat keputusan pelaburan yang baik pada bila-bila masa sahaja, sama ada ketika pasaran bul atau bear (apabila pasaran jatuh dan tidak aktif).

4.   Mustahil melabur tanpa “maklumat panas”

Walaupun tanpa “maklumat panas” pelabur masih boleh membuat keputusan pelaburan yang baik jika mereka melakukan penyelidikan sendiri. Pelabur mesti memahami dengan jelas mengenai pelaburan mereka dan tidak bergantung hanya kepada maklumat panas. Sekiranya pelabur tidak mempunyai pengetahuan atau mempunyai hanya sedikit pengetahuan mengenai pelaburan, lebih baik jika mendapatkan khidmat nasihat penasihat pelabur. Pastikan dia mempunyai lesen yang sempurna.

5.   Beli saham harga murah ketika pasaran bulis

Membeli saham harga murah ketika pasaran bulis dengan harapan harganya akan naik ketika pasaran sedang bulis bukan merupakan strategi pelaburan yang berkesan. Strategi lebih baik ialah membeli saham syarikat yang mempunyai asas yang baik pada harga berpatutan. Ini kerana harga merupakan hanya satu bahagian daripada pelaburan saham. Jangan keliru dengan konsep pelaburan nilai. Ini bukan bermakna membeli saham apa sahaja syarikat yang harga pasarannya sedang menjunam, seperti kata pepatah lama Wall Street,“Siapa yang cuba menangkap pisau yang jatuh, pasti luka”. Pelaburan nilai ialah membeli saham syarikat berkualiti tinggi yang dinilai rendah oleh pasaran.

SECURITIES INDUSTRY DEVELOPMENT CORPORATION (SIDC), peneraju bidang pendidikan, latihan dan sumber maklumat berkaitan pasaran modal di ASEAN, adalah cabang pendidikan dan pembangunan bagi Suruhanjaya Sekuriti, Malaysia. Ia ditubuhkan pada tahun 1994 dan diperbadankan pada 2007.

Sila layari laman web Pelabur Malaysia, www.min.com.my untuk mendapatkan panduan pelaburan bijak.

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.