29 Jun 2011

IPO MSM HOLDINGS YANG MENGUNTUNGKAN PARA PELABUR

Assalamualaikum...

Nampaknya selepas saham UOA dan XOX yang disenaraikan di Bursa Malaysia dalam keadaan diskaun atau merugikan namun Saham MSM Holdings Berhad yang menjalankan perniagaan gula, anak syarikat kepada Felda Global ini tidak mengecewakan para pelaburnya dengan kenaikan sebanyak 38% atau keuntungan sebanyak RM1.39 sesaham. Ia dibuka pada harga RM4.40 dan ditutup pada harga RM4.89 lebih tinggi daripada harga tawarannya iaitu RM3.50. Secara tak langsung mengembalikan semangat pelabur yang mahu melabur dalam saham-saham IPO ini.

Sebenarnya sebagai seorang remisier ia betul-betul menyebabkan FY agak terkejut kerana Fair Value yang diberikan oleh Research Analyst kebanyakannya dalam lingkungan RM4.30, cuma MIDF kalau tak silap saya yang memberikan Fair Value RM4.50 dan Ambank yang lebih optimistik dengan memberikan harga sasaran RM4.90. Pada harga sekarang ia bermakna yang ianya telahpun sampai kepada semua harga sasaran yang dijangka. Mungkin kepada mereka yang ingin harga yang lebih tinggi perlulah menanti bagi tujuan pelaburan jangkamasa panjang.

Kenapa agaknya harga MSM boleh naik sebegitu tinggi dalam kondisi pasaran yang lemah dewasa ini? 

  • Pada pendapat FY pertamanya ia adalah saham komoditi dan pada masa ini MSM menguasai pasaran gula dengan pegangan pasaran lebih kurang 70%. Saham komoditi sebegini amat disukai Warren Buffet kerana ia mempunyai perniagaan fizikal yang jelas kelihatan dan punya potensi yang kukuh.
  • Keduanya kemungkinan kebenaran kerajaan untuk menaikkan harga gula pastinya akan memberikan pulangan yang jauh lebih tinggi.
  • Ketiganya  ia disenaraikan pada PE10.6 iaitu pada harga RM3.50 adalah begitu murah dan ini meninggalkan ruang premium untuk pelabur.
Apapun FY suka saham IPO naik sebegini kerana pastinya ia akan memberikan pulangan keuntungan kepada para pelabur dan dengan ini meringankan sedikit beban ekonomi kehidupan mereka yang semakin hari semakin mencabar ini... 

Dengarnya saham Bumi Armada pula berada pada PE 16, satu harga yang agak tinggi.

Fikir-fikirkanlah..

Sekian dulu.

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.