Siapa Yang Makan Cili?
Hari ini FY masuk dalam mesyuarat dengan satu pihak di Jabatan kerajaan. Rasanya tak perlulah FY nyatakan jabatan yang mana satu namun ada beberapa perkara yang ingin FY highlightkan di sini buat pengetahuan anda semua.
Sebelum itu biarlah FY mulakan dengan sebuah analogi.
Kalau dahulu jalan-jalan di Malaysia ini merupakan jalan tanah merah, kemudian bila negara bertambah maju dan sumber semakin banyak maka penambahbaikan dibuat. Dari tanah merah ia menjadi jalan tar, dari jalan tar ada pula garisan, kemudian lampu jalan, signboard, devider, pavement, pokok-pokok yang menghias, arca dan sebagainya bagi mencantik dan melengkapkan segala keperluannya.
Dalam hal ini begitu jugalah perihalnya dengan jabatan kerajaan ini. Masih banyak yang perlu diperbaiki dan masih banyak kelompongan yang perlu diusahakan namun demikian kadangkala bila ia berhubung dengan jabatan kerajaan mereka begitu ego dan teguran akan hanya menimbulkan masalah walhal teguran itu adalah bertujuan untuk membina dan menutup kelompongan yang ada bagi menjadikan sesuatu proses itu lebih tersusun, cekap dan lancar.
Apapun inilah sikap melayu. Melayu yang masih kurang ilmunya. Melayu yang mana tamadunnya masih muda dan mentah.
Tatkala FY menceritakan tentang isu yang besar iaitu isu meningkatkan penglibatan Bumiputera di pasaran saham yang mana sejak dahulu iaitu sejak zaman Tun Abdul Razak lagi, Tun yang mensasarkan 30% pegangan bumiputera dalam saham namun hingga kini ia tak dapat dicapai iaitu hanya sekitar 22% dan yang sedihnya dari jumlah itu ia adalah pegangan institusi dan bukannya pegangan individu. Rata-rata orang yang kaya dalam negara ini adalah bangsa asing yang status kedudukan ekonominya berada berkali ganda lebih tinggi daripada diri kita.
atau tatkala FY menghuraikan dari sudut ugama sebagai jihad ekonomi umat Islam yang mana ia merupakan salah satu dari cabang amal jariah yang perlu dilakukan oleh seorang manusia selain ilmu yang bermanfaat yang disampaikan dan doa anak yang soleh,
Mereka pula menceritakan dan mempertahankan isu yang begitu kecil, kecil sebesar kuman iaitu mengenai proses dokumentasi, kisah dokumen yang hilang, kisah ketidakpuasan hati mereka kerana FY menulis blog.
Pelik betul. FY menulis blog untuk mendidik ummah kerana Allah Taala mahupun untuk tujuan meningkatkan kefahaman orang kita mengenai pelaburan saham demi untuk meningkatkan pendapatan kaum Bumiputera yang berugama Islam secara khususnya, mereka pula selagi daya cuba menghalang usaha-usaha FY ini.
Beginilah perihalnya orang dunia yang tertutup hatinya. Tidakkah mereka tahu yang;
“Orang yang terbaik ialah orang yang membawa manfaat kepada yang ramai.”
Sebenarnya FY tahu mereka ada agenda yang tersembunyi. Kalau dahulu mereka kenyang mendapat habuan yang banyak namun perkembangan dan usaha yang dijalankan FY sebagai exco PRIBUMI telah menyebabkan habuan mereka mengecil dan kemungkinan ianya akan hilang.
“Tidakkah mereka tahu yang makan rasuah itu HARAM!”
Namun inilah sikap orang dunia yang begitu mementingkan duit, dan segala apa yang ada dalam dunia ini tanpa menyedari yang kehidupan ini sementara hanya sekitar 25,000 hari sebelum kita mati dan menjadi makanan ulat di dalam kubur kelak.
Well, nak buat, buatlah, nak halang FY, halanglah sesungguhnya kebenaran tetap akan menang. Sendiri buat sendiri tanggung dan jangan kata FY tak pesan.
Allah berfirman ;
“Sesungguhnya manusia dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran.”
Jadi kepada mereka-mereka itu di sini dalam ruang lingkup yang Allah berikan kepada FY ini FY berpesan-pesan. FY tahu ia akan menimbulkan kemarahan namun tahukah anda kebenaran memang menyakitkan bagi mereka yang berada dalam kebatilan. Ia tidak akan menyakitkan kepada mereka yang berada dalam jalan kebenaran. Ingatlah matlamat tidak menghalalkan cara. Yang salah tetap salah.
Dari sudut yang lain pula, kekadang policy maker dari pihak kerajaan ini juga tak tahu apa yang mereka buat. Mereka memandang dari ruang lingkup yang begitu kecil namun bukan semualah. Ada segelintir dari mereka. Sebagai contoh mereka menjalankan proses yang ada kena mengena dengan saham tetapi mereka langsung tidak memahami apatah lagi menguasainya. Mungkin kelompongan sebegini juga perlu diambil perhatian dan diperbaiki.
Seterusnya FY datang sebagai Exco Pribumi, persatuan yang juga merupakan ahli Group of 7, persatuan yang penting bagi menjaga dan meningkatkan ekonomi bumiputera dalam agenda bumiputera negara namun semua ini tidak difahami mereka. Mana taknya kami merupakan golongan remisier yang mempunyai ramai pelanggan-pelanggan bumiputera yang mana usaha kami boleh meningkatkan ekonomi Bumiputera secara keseluruhannya.
Namun mereka mementingkan orang perseorangan, orang yang memberikan habuan kepada mereka. Mana lebih penting? Orang Perseorangan? Kelab? Persatuan? Syarikat? Kejiranan? Jemaah, Daerah? Negeri? Negara? Ugama? Bangsa? Dunia?
Pastinya yang ramai lebih penting dari yang seorang dan pastinya suara yang ramai lebih kedengaran dari suara yang keseorangan. Apalah ada pada suara FY yang seorang ini? Siapapun takkan peduli. Tapi kalau FY berada dalam persatuan yang ramai ahlinya pastinya ia akan lebih kedengaran atau mungkin blog yang ramai pengunjungnya akan lebih dititikberatkan dari blog yang tiada trafik.
Biasalah FY dah biasa berhadapan dengan orang dunia yang tertutup pintu hatinya ini dan banyak artikel FY dalam blog ini yang menceritakan kisah mereka-mereka ini. Mereka yang penuh dengan sifat mazmumah, tidak puas hati, berprasangka buruk, kebencian, kemarahan, dendam, berfikiran sempit dan sebagainya bersarang di hati.
Tak kesahlah. FY tetap nak bagi hadiah. Hadiahnya FY doakan kamu semua dikurniakan taufik dan hidayah oleh Allah Taala hingga mata hati menjadi terang dan dapat membezakan yang hak dan yang batil. Menjadikan kamu orang yang mempunyai sifat redha dan ikhlas dalam apa juga usaha yang kamu lakukan. Amin.
FY akan terus-terus menjalankan usaha-usaha demi kepentingan ramai ini dengan niat kerana Allah Taala selagi nyawa dikandung badan dan FY tahu bakal ada banyak pihak yang cuba menghalangnya namun FY takkan berundur dan mengalah malah akan cuba yang lebih baik. Bagi FY, kata-kata manusia tak penting tetapi apa yang penting ialah kata-kata Allah Taala...
Sekian dulu. Minta maaf yer kepada mereka yang makan cili dan terasa pedasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.