25 September 2012

KESILAPAN PADA BORANG BIRU ASTRO MALAYSIA HOLDINGS BERHAD



KESILAPAN PADA BORANG BIRU IPO ASTRO MALAYSIA HOLDINGS BERHAD

Assalam..

ASTRO MALAYSIA HOLDINGS BERHAD

RM3.00 seunit
Non Syariah
Tarikh tutup permohonan 1 Oktober
Tarikh Undian pada 4 Oktober
Tarikh Disenaraikan pada 19 Oktober

Dua tiga hari ini para pelabur sibuk dengan IPO Astro baik yang mendapat tawaran saham tersebut di MITI mahupun bagi mereka yang ingin melanggannya melalui Bank dan mesin ATM. Untuk saham Astro ini nampaknya ada satu lagi tambahan iaitu adanya permohonan Borang Biru yang ditujukan kepada pihak-pihak yang telah membantu dalam kejayaan Syarikat ini.

Maksima sebanyak 72000 unit saham diperuntukkan untuk pelabur-pelabur di MITI dan pembayaran hendaklah dibuat sebelum atau pada 27 September ini.

Kepada pelabur yang tidak memohon atau tidak berjaya mendapat saham di MITI maka mereka boleh membuat permohonan IPO Awam samaada dengan mengisi borang, membuat permohonan online melalui bank ataupun mesin ATM. Kaedahnya pernah FY tulis dalam artikel yang lalu dalam blog ini. Apapun tarikh tutupnya ialah pada 1 Oktober nanti.

Kemudian untuk Astro mereka yang merupakan pelanggan Astro maka mereka boleh memohon peruntukkan Borang Biru sebanyak 3000 unit.

KESILAPAN PADA BORANG BIRU ASTRO

Di sini FY mengambil kesempatan untuk menerangkan tentang kesilapan pada borang biru Astro itu.

Di belakang borang itu tertulis “NO OF SHARES APPLIED FOR” – 3000 unit sedangkan AMOUNT – RM300.

AMOUNT SEBENARNYA IALAH RM9000 DAN BUKANNYA RM300. INI KERANA 3000 UNIT X RM3 = RM9000.

Jadi untuk memohon saham Astro melalui peruntukan borang biru ini, para pelabur hendaklah menyediakan Cashier Order sebanyak RM9000.00 dibayar kepada “MIH Share Issue Account No. 535” serta melampirkan dokumen yang diperlukan dan dihantar ke MIH sebelum 5 petang 1 Oktober nanti.

Anda tidak boleh membeli kurang atau lebih dari 3000 unit yang telah diperuntukkan itu dan FY percaya mereka yang memohonnya akan mendapat saham Astro tersebut tanpa masalah memandangkan peruntukkannya yang mencukupi.

DIMANA ANDA BOLEH MENDAPATKAN BORANG BIRU ASTRO INI?

FY ada borang ini kalau anda mahu. Anda boleh menghubungi FY untuk mendapatkannya atau anda boleh juga mendapatkannya di mana-mana broker saham. Sesetangah broker meminta anda menunjukkan bil Astro sebelum memberikan borang tersebut kepada pihak anda. 

Seterusnya Harga Sasaran Astro akan FY paparkan nanti setelah FY mendapat maklumat mengenainya. Setakat ini ECMLIBRA menyasarkan RM3.19 untuk IPO ini.

Kepada pelabur baru yang ingin memohon tetapi tiada akaun CDS maka anda bolehlah datang ke pejabat FY di Petaling Jaya dengan membawa IC dan buku bank atau menghubungi FY di no HP 012 6540130 atau emel kepada greng70@yahoo.com.

Oleh kerana akaun Facebook FY yang pertama telah penuh anda boleh add FY di https://www.facebook.com/faizalyusupii kalau sudi.

Sekian dulu. FY mengundur diri.

FY

PS – FY juga akan menjalankan SEMINAR SEHARI SUPER INVESTOR yang penuh dengan pengisian pelaburan. Ia sangat baik kepada newbie dalam pelaburan saham ini. InsyaAllah ia akan dijalankan pada 20 Oktober 2012 nanti. Kepada yang berminat sila layari ;



' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.