28 September 2012

TERKINI DI BURSA MALAYSIA


KEADAAN PASARAN SAHAM TERKINI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sebelum memulakan artikel ini FY ingin bercerita sedikit. Semalam FY bertemu dengan a lovely couple sepasang suami isteri Mr Alan Gan dengan isterinya Miss Teoh. Mereka belanja FY dan Puan Azizah partner FY makan malam di Sunway Pyramid kerana mendapat untung di pasaran saham. Apapun FY menulis mengenainya dalam blog ini kerana mereka juga membaca dan melanggan blog FY ini. Ia merupakan sesuatu yang tak disangka kerana FY selalu ingat hanya orang melayu yang membaca blog ini kerana ia berbahasa Malaysia. Apapun ribuan terima kasih FY ucapkan atas sokongan mereka berdua.

Baiklah hari ini FY ingin menulis mengenai kedudukan pasaran terkini. Pada kedudukan 1600+ mata FBMKLCI sekarang sebenarnya pasaran berada di tahap yang tertinggi dan ia bukanlah masa yang sesuai untuk memasuki pasaran memandangkan elemen pilihanraya merupakan sentimen utama dalam pasaran.

Semenjak bulan Mac 2012 FY telahpun sideline (menunggu dan melihat) kerana pasaran nampak kurang sihat dan peluang untuk menjana keuntungan sangat tipis. Salah satu petanda pasaran kurang sihat ialah bilamana volume pasaran kurang daripada 1.5 Billion. FY sudah terangkan mengenai semua ini dalam Seminar Super Investor yang FY jalankan namun kepada mereka berdegil dan memasuki pasaran FY percaya kemungkinan anda mengalami kerugian kebelakangan amatlah tinggi.

Seterusnya hanya dua tempat dimana volume pasaran berada di tahap yang rendah. Di titik tertinggi dan di titik yang terendah dan petanda itu ada dalam pasaran kebelakangan ini. Jadi kalau ada keuntungan baik juga keluar dari pasaran buat masa ini. Itu saranan FY.

Kalau adapun FY hanya melihat kepada saham-saham selektif dan itupun bukan untuk Pelaburan Jangkamasa panjang tetapi hanyalah untuk Trading jangka masa pendek. Ini kerana FY memandang ke depan FY yakin pasaran akan menurun oleh kerana pelbagai faktor dan antara faktornya utamanya ialah kedudukan harga komoditi yang sangat tinggi dan bakal menurun, keadaan pasaran dunia yang tidak menentu, para pelabur institusi yang beralih kepada pasaran bon yang lebih rendah risikonya dan yang penting sekali pilihanraya.

Sekali lagi FY ulangi, tahun pilihanraya adalah tahun yang tidak baik untuk pasaran, tahun ketidaktentuan pasaran. Kita tak tahu siapa yang akan menang dan apakah polisi yang bakal dilaksanakan. Terus terang FY percaya pasaran saham akan mula turun bilamana pilihanraya diumumkan.
   
Namun demikian pasaran IPO nampak masih nampak cergas dan menguntungkan. Keadaan pasaran saham yang kurang sihat dan susah untuk mencari kaunter yang untung menyebabkan pasaran saham IPO menjadi fokus utama pelabur setiap kali sesuatu kaunter itu disenaraikan hinggakan kaunter yang kurang baik fundamentalnya juga naik pada hari penyenaraiannya.

Mengenai saham IPO, dalam kajian FY menjual pada minggu pertama penyenaraian merupakan tindakan yang baik. Ini kerana ia membawa kepada ROI yang tertinggi kalau dibandingkan kalau anda menyimpannya untuk satu jangkamasa yang lebih lama. Ia umpama anda membeli barang dari gudang dan menjualnya kepada orang ramai. Kenyataan ini benar untuk saham Gas Malaysia, IHH, Data Sonic malah Felda Global yang menurun dewasa ini. Pastinya penjualan yang awal terdahulu adalah tindakan yang bijak dan menguntungkan.

Bagaimanapun sekali lagi FY tegaskan jari manusia tak sama panjang dan ia membawa maksud yang rezeki manusia berbeza dan tak sama. Ada yang dapat untung banyak, ada yang dapat suntung sedikit tetapi ada juga yang dapat rugi walaupun melabur dalam saham sama.

Apapun FY akan menjalankan satu lagi Seminar Saham Super Investor di Kuala Lumpur pada hari Sabtu 20 Oktober ini di Bangunan Gerah Asli berdepan dengan KLCC. Seminar pintu masuk kepada Pelaburan Saham kepada mereka-mereka yang ingin memulakan pelaburan saham dan menjadikan pelaburan saham sebagai salah satu alternatif untuk menjana pendapatan.

Untuk keterangan lanjut layari –


Sekian dahulu buat kali ini.

FY


' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Komen

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.