21 Mac 2011

Saham di Bursa Malaysia / Pelaburan RM1000

Duit RM1000 ni dah tak laku!
Kalau kita ada RM1000.00 maka kalau kita membeli telefon bimbit maka akan berlaku susutnilai dimana dalam masa setahun nilainya mungkin akan berkurangan kepada RM500.00. Dalam erti lain kita kerugian sebanyak RM500.00 atau 50% daripada pembelian kita itu.

Kalau kita gunakan RM1000.00 untuk disimpan di bawah bantal pula ia akan tetap RM1,000.00 atau mungkin ia akan hilang kerana dicuri atau rumah kita terbakar macam cerita P Ramlee tu.

Kalau kita gunakan RM1000.00 untuk disimpan dalam nbank maka dengan kadaar faedah sebanyak 3% maka duit anda akan menjadi 1030.00 hujung tahun nanti.

Kalau kita gunakan RM1000.00 itu untuk dilaburkan dalam ASB maka dengan dividen sebanyak 8% maka duit kita akab menjadi RM1080.00 hujung tahun nanti.

Dan kalau kita gunakan RM1000.00 itu untuk melabur saham di Bursa Malaysia maka kalau anda memilih saham yang baik dan kukuh maka anda boleh mendapat keuntungan jauh melebihi 8% dalam ertikata lain anda boleh mengukuhkan kewangan anda dengan jauh lebih cepat dengan melabur di Bursa Malaysia.

Katalah kita mendapat 15% setahun maka dalam tak sampai 10 tahun kita akan dapat menggandakan wang kita itu. Pelaburan saham adalah cara bagaimana semua orang kaya di dunia ini menggumpul dan mengukuhkan kewangan mereka.

Kalau anda berminat untuk menggandakan wang anda dengan melabur saham di Bursa Malaysia tetapi tak tahu bagaimana untuk melakukannya. Tak tahu bagaimana untuk memilih saham mana yang terbaik, Hubungi FY. FY sedia membantu anda.

Selamat melabur! Jadilah pelabur yang bijak.

Sekian dulu.


' style='padding: 0; border: none;'/>

IPO - SKIM PERUNTUKAN KHAS BUMIPUTERA

Buat masa ini ada dua lagi syarikat yang akan disenaraikan yang mana para pelabur bumiputera boleh membelinya melalui Skim Peruntukan Bumiputera daripada MITI.

UOA DEVELOPMENT BERHAD 
Jumlah Tawaran Saham : 119,586,000 unit
Harga Tawaran: RM3.00 (Indikatif)
Tarikh Tutup MITI : 7hb April 2011
 
Penyenaraian : Papan Utama
Aktiviti Syarikat : Pelaburan dan pembangunan Hartanah serta pembinaan.

PRESTARIANG BERHAD
Jumah Tawaran Saham : 22,000,000 unit
Harga tawaran : RM0.90
Tarikh Tutup MITI : 25 Mac 2011
Penyenaraian : Papan Utama 
Aktiviti Syarikat : ICT Service Provider focusing on professional ICT Training and Certification.

Untuk keterangan lanjut hubungi FY.
012 654 0130
FY Al Haj
0166667430
DIIA UITM Shah Alam
BBA Finance University Of Nebraska Lincoln
Top Performing Remisier 
Kenanga Investment Bank Berhad
Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Speaker Bursa Malaysia Islamic
Speaker Bertauliah InvestSmart
Suruhanjaya Sekuriti
Lebih 20 tahun pengalaman dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia.

*FY Team*

Zuhri Zain MSTA | 0126290407 - TA Expert, Handles Private Placements.
Firdaus Majid MSTA, CMT |0134229155 - TA Expert
Ramzie | 0173730513 - Trading, Execution, Handles Personal Coaching and TA Class Schedule
Yasin | 0193346570 - CDS Administration, Transfers and Opening.
Azila | 0166641755 - Handles In House Seminar and Ebooks

Baca blog dengan input saham percuma di www.faizalyusup.net
Download Ebook Investlah 134 ms secara percuma di
Beli Ebook Rahsia IPO RM60 dan Rahsia IPO di MITI RM50
WhatsApp Puan Azila 0166641755.

Masuk group pelaburan saham FY percuma di WhatsApp 0166667430

' style='padding: 0; border: none;'/>

Faizal Yusup Menulis

Salam sejahtera, semoga kita sentiasa berada dalam lindungan Allah Taala hendaknya..

Kebelakangan ini FY sibuk pula dengan perihal saham dan jarang menulis mengenai motivasi, kaunseling dan kehidupan. Sebenarnya FY baru perasan yang bilangan penulis melayu yang menulis mengenai pelaburan saham di Bursa Malaysia sangatlah sedikit. Dalam hal ini banyak perkara dan aspek, kebaikan dan keburukan melabur saham di Bursa Malaysia tak dapat nak disampaikan kepada masyarakat umum jadi FY mengambil keputusan untuk membantu dalam hal ini kerana FY punya pengetahuan serba sedikit mengenainya. Dengan harapan ia bakal membawa kebaikan kepada pelabur, bakal pelabur dan masyarakat umum hendaknya.

Jadi, saya harap anda yang mencari kisah lawak, teka teki atau pengisian kehidupan dalam blog ini dapat bersabar kerana InsyaAllah kalau ada kesempatan pasti FY akan menyelitkannya..

Itu sahaja catatan buat kali ini.

FY sayang anda semua.

' style='padding: 0; border: none;'/>

19 Mac 2011

Penghapusan kuota 30% hak keistimewaan bumiputera dalam pasaran modal


Nampaknya dewasa ini semakin lama semakin banyak hak keistimewaan yang dahulunya dipertahankan mula terhakis. Baru-baru ini saya ke MOF bagi membincangkan perihal quota 30% kakitangan bumiputera dalam pasaran modal. Antara yang terlibat  ialah Fund Managers, Research Analyst, Dealers Representative dan lain-lain termasuklah remisier seperti FY. Pertemuan itu dijalankan antara pihak MOF, Bursa Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Persatuan Remisier Bumiputera (PRIBUMI).

Kesudahannya liberalisasi itu akan diteruskan juga dan ia bukanlah sesuatu yang boleh dibangkang. Namun demikian agak sukar untuk FY memberikan pandangan mengenai perihal ini kerana beberapa sebab berikut ;

KESAN

Quota Relaxation ini akan menyebabkan ramai bumiputera yang ada dalam industri akan terjejas. Ini kerana ada ramai juga remisier dan dealer yang diberikan gaji percuma hanya agar lesen mereka digunakan syarikat dan relaxation akan menyebabkan keistimewaan ini ditarik balik. Dalam ertikata lain hanya mereka yang mempunyai merit sahaja yang akan bertahan dan selebihnya akan dibersihkan. Maka saya yakin lebih ramailah Bumiputera yang bakal meninggalkan industri kerana tak mampu lagi untuk bertahan.

KEBAIKAN

Setelah sekian lama quota itu berada di situ nampaknya tiada peningkatan dalam penglibatan kaum bumiputera dalam bidang ini. Apa yang kelihatan ialah penurunan yang kian ketara sepanjang 2 dekad ini. Ramai yang meninggalkan industri daripada memasukinya. Industri ini mungkin merupakan salah satu industri yang mencabar bagi kaum bumiputera dan tanpa merit ia akan menyukarkan kita untuk bertahan di dalamnya.

Masalah ini secara tak langsung membendung atau menghalang kemasukan bukan bumiputera ke dalamnya disebabkan syarikat yang ingin mengambil perkerja bukan bumiputera terpaksa mengambil seorang melayu sebelum boleh mengambil 2 orang bukan melayu. Mereka percaya relaxation yang diberikan akan membolehkan industri berkembang. 

Kebaikan quota ini ialah ia membolehkan kaum bumiputera berada dalam dalam industri dengan peluang-peluang pekerjaan yang terbuka namun demikian ia akan hanya menjadi liabiliti kepada syarikat kerana terpaksa membayar gaji kepada mereka yang mana sumbangannya jelas lebih rendah. Ini bukan hanya kelihatan dalam peringkat yang rendah namun ia juga berlaku di peringkat yang tertinggi. Bumiputera yang mempunyai merit hakikatnya boleh dikira dengan jari.

Sejak dahulu sejak bersekolah lagi semua ini telah kelihatan. FY teringat semasa bersekolah di Sekolah Menengah Sultan Abdul Samad. Kelas pertama hanya terdiri daripada 3 orang melayu yang mempunyai merit dan kelulusan untuk berada dalam kelas tersebut dan selebihnya berada dalam yang ke belakang. Maka cikgu mengambil keputusan untuk menambahkan lagi 2 orang murid melayu namun setiap kali mereka berada dalam kedudukan tercorot dalam kelas.

Ia telah berlaku semenjak di peringkat sekolah namun keadaan ini telah banyak berubah kerana semakin ramai anak melayu yang pandai dalam bidang akademik namun adalah ia akan membolehkan kita mendapatkan kembali hak keistimewaan 30% itu dengan merit? Kalau kita lihat dalam bidang apapun juga kita tertinggal ke belakang, perniagaan, pendidikan, perubatan, kewangan, perkilangan, hartanah kebanyakannya dimiliki oleh bukan bumiputera.

Dalam hal pegangan saham pula ia telah meningkat dari 19% kepada 22% namun demikian perlu diingat yang ianya adalah disebabkan oleh penglibatan institusi seperti Khazanah, PNB, Tabung Haji dan yang lainnya dan bukannya penglibatan pelabur runcit. Ini kerana kita tak punya cukup kakitangan yang berpengalaman dan bijak dalam pelaburan untuk menyampaikan kisah saham ini kepada masyarakat umum. Kita ada lebih 20000 agen saham amanah, lebih 20 ribu agen insuran dan kad kredit hinggakan kita mempunyai semua itu tetapi kita tak punya akaun CDS kerana hanya terdapat kurang daripada 4000 remisier dan dealer dalam industri ini. Walaupun terdapat 4 juta akaun CDS yang dibuka hanya 200,000 sahaja yang masih aktif. Ini sebenarnya merupakan jumlah yang amat kecil. Di Amerika 50 peratus rakyatnya melabur saham. Oleh itu kalau mengikut nisbah itu kita seharusnya punya 10 juta akaun.

Mungkin anda akan mengatakan kita tak boleh membandingkan keadaan dengan negara maju tapi kalau kita lihat nisbah ini juga lebih tinggi di Singapura dan Hong Kong. Ini kerana kebanyakan rakyatnya celik saham tak seperti di sini. Cukuplah bila anda google Melabur Saham di Bursa Malaysia maka anda akan bertemu dengan blog FY ini. Mana perginya para remisier dan dealers yang lain? Mereka tak ada website agaknya. Mana taknya secara puratanya mereka ini berumur 47 tahun ke atas.

PENYELESAIAN

Jadi kerajaan membantu dengan cara lain, dengan menubuhkan PNB bagi meningkatkan penglibatan bumiputera dalam pelaburan saham dan AHB bagi tujuan meningkatkan penglibatan bumiputera dalam bidang hartanah dan sebagainya. Mungkin kami juga perlukan agensi sepertinya untuk terus hidup dalam Pasaran Modal ini dan terus terang inilah cadangan mereka kepada kami. Meminta kami menubuhkan satu entiti bumiputera untuk kami semua bernaung yang mana kerajaan akan membantu dari pelbagai segi. Mungkin juga ini ada kebaikannya.

PANDANGAN FY?
Nanti kemudian sebab FY nak bersiap untuk ke Kota Bharu untuk Road Show bersama MITI untuk tujuan outreach kepada pelabur Bumiputera bagi meningkatkan penglibatan mereka dalam isu pelaburan saham ini. InsyaAllah FY akan berikan pandangan nanti bila ada kesempatan untuk berbuat demikian.

Apapun bangkitlah bangsaku.. Bangkitlah. Kalau dahulu mereka yang punya sijil tamat sekolah darjah enam boleh menjadi guru, sekarang kalau boleh kita perlukan Ijazah dan Ijazah Sarjana bagi mengeluarkan anak-anak murid yang tinggi kelayakkannya dan di masa yang akan datang kita akan perlukan yang jauh lebih tinggi untuk kita bersaing dengan kaum yang lain di negara ini. Janganlah suka berhibur, melepak, membuang masa, tengok cerita hantu dan layan kisah artis dan politik, ingin senang dengan cara yang mudah dan sebagainya. Ini jelas menunjukkan yang dalam diri kita kosong dan inilah menjadi penyebab kita tak dapat bersaing dengan bangsa lain. 

Cabarlah diri untuk buat yang susah kerana kalau kita berjaya buat yang susah yang lainnya akan menjadi senang..  

Sekian dahulu.

Fikir-fikirkanlah...
FY Al Haj
0166667430
DIIA UITM Shah Alam
BBA Finance University Of Nebraska Lincoln
Top Performing Remisier 
Kenanga Investment Bank Berhad
Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Speaker Bursa Malaysia Islamic
Speaker Bertauliah InvestSmart
Suruhanjaya Sekuriti
Lebih 20 tahun pengalaman dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia.

*FY Team*

Zuhri Zain MSTA | 0126290407 - TA Expert, Handles Private Placements.
Firdaus Majid MSTA, CMT |0134229155 - TA Expert
Ramzie | 0173730513 - Trading, Execution, Handles Personal Coaching and TA Class Schedule
Yasin | 0193346570 - CDS Administration, Transfers and Opening.
Azila | 0166641755 - Handles In House Seminar and Ebooks

Baca blog dengan input saham percuma di www.faizalyusup.net
Download Ebook Investlah 134 ms secara percuma di
Beli Ebook Rahsia IPO RM60 dan Rahsia IPO di MITI RM50
WhatsApp Puan Azila 0166641755.

Masuk group pelaburan saham FY percuma di WhatsApp 0166667430

' style='padding: 0; border: none;'/>

16 Mac 2011

Faktor Kejatuhan Pasaran Saham Semasa

Faktor Kejatuhan Saham Semasa 
Artikel ditulis pada 16 Mac 2011

Pasaran saham sifatnya sepeti orang tua yang begitu sensitif. Pantang ada yang tak kena maka merudumlah ia.  Ia bergantung kepada sentimen semasa. Pasaran saham sebenarnya merupakan petunjuk ekonomi sesebuah negara lebih kurang 6 bulan ke depan. Ini kerana pasaran saham akan bertindak terlebih dahulu sebelum sesuatu sentimen itu menjadi kenyataan kepada syarikat yang terlibat. Contohnya, bila dunia dikejutkan dengan  pelbagai wabak H1N1, SARS, Bird Flu dan sebagainya maka harga saham-saham berkaitan getah yang mengeluarkan sarung tangan dan pelbagai alatan perubatan yang lain akan meningkat naik. Namun demikian kenaikan perolehan mereka akan hanya kelihatan 6 bulan yang akan datang.


Jadi sentimen seperti Masalah Sub Prime, Inflasi, Kenaikan nilai matawang, Overheating, Politik, Pemberontakan, Kenaikan harga minyak, bencana alam seperti Tsunami dan gempa bumi dan sebagainya akan  menyebabkan gangguan kepada pasaran saham lantas menyebabkan ia jatuh.


Dewasa ini di negara ini sentimen yang menyebabkan penurunan pasaran saham ialah ;
 
Kenaikan harga minyak mentah. 
Namura Research mejangkakan yang harga minyak mungkin akan naik ke tahap USD220.00. Kenaikan harga minyak akan menyebabkan semua industri dan syarikat terjejas dan ia akan membawa kepada kenaikan harga barang-barang yang lain. Setakat ini kerajaan masih menahan kenaikannya dengan menambah subsidi minyak dari RM10 Billion kepada RM14 Billion bagi mengekang inflasi di negara ini.

Tsunami, Bencana Alam dan pergolakan di Asia Tengah.
Semua ini menyebabkan ketidak tentuan pada pasaran kerana juga menjadi penyebab kepada kenaikan harga minyak mentah. Ia juga secara tidak langsung mengganggu pemulihan ekonomi yang sedang berlangsung.

Kenaikan nilai matawang. 
Nilai matawang yang meningkat naik sebenarnya menunjukkan kenaikan kemasukan Foreign Direct Investment ke dalam negara ini. Foreigner terpaksa membeli RM sebelum dapat membeli saham di Bursa Malaysia sebagai contoh dan pembelian ni akan mengukuhkan nilai matawang RM. Namun demikian apa yang dtakuti ialah ia adalah wang panas yang datang hanya untuk seketika untuk memanipulasi pasaran. Keadaan ini berlaku kerana Kadar Faedah di negara mereka berada di tahap yang terendah dan dengan berbuat demikian mereka boleh mendapat dua kali keuntungan iaitu keuntungan di pasaran Saham juga keuntungan pada kenaikan nilai mata wang kita.

Masalah Inflasi.
Dalam hal ini bila banyak duit di pasaran maka harga barang akan naik jadi Bank Negara lambat laun akan mencari jalan mengurangkan supply duit dengan meningkatkan kadar faedah.
Apapun di sebalik semua ini pasaran Saham Malaysia berada pada tahap yang baik. Ini kerana hanya pada masa ini penyertaan Foreign Institution hanyalah pada taham tak sampai 30% dan lebih 50% adalah penyertaan Institusi tempatan. Kita telah belajar dari kesilapan yang berlaku di tahun 1997 dahulu dan kini pasaran saham kita adalah lebih matang dan kukuh bagi para pelabur.

Saranan saya kejatuhan harga saham di pasaran ini sebenarnya membuka ruang untuk kita mendapatkan saham-saham yang bagus dan berpotensi pada harga yang lebih rendah. Mulakan potfolio saham anda untuk keuntungan di masa hadapan.

Sekian dahulu.

' style='padding: 0; border: none;'/>

15 Mac 2011

Hidup Yang Pendek / Membaca Meningkatkan Ilmu


Hidup ini sebenarnya terlalu pendek. Lihatlah pelbagai kejadian yang berlaku di sekeliling kita yang membawa kematian. Saban hari ada sahaja manusia yang mati, ada yang mati secara individu dan ada juga yang berdua, bertiga malah beribu selai serentak sepertimana yang berlaku dalam sesebuah bencana alam. Apapun giliran kita akan tiba juga akhirnya. Cumanya kita tak tahu bilakah masa kita hidup di alam fana ini akan berakhir. Entah cepat entah lambat. entah esok entah lusa. Apapun sebagai manusia kita tak dapat menghalangnya. mati itu WAJIB bagi kita dan segala makhluk yang hidup di muka bumi ini.

Semenjak kita lahir ke dunia dalam keadaan yang kosong kemudian diberi pengisian demi pengisian yang lama kelamaan mejadikan diri kita pandai dan pakar dalam apa juga bidang pengkhususan kehidupan. kita jadi Doktor, Jurutera, Peguam, Guru, Pekerja Kilang dan sebagainya berdasarkan apa yang telah kita pelajari. Ada ang setakat SPM, ada juga yang sampai ke tarap Diploma, Ijazah, Masters, PhD malah lebih tinggi dari itu dan kita berjaya mendapat kerja dengan pangkat yang terbaik dan gaji yang begitu banyak namun untuk apa? Selepas berjuta ringgit kita laburkan untuk mendapatkan kesemua pelajaran dan kelayakan itu penghujungnya kita menuju kematian. Tempat kita diambil oeh orang lain dan pelajaran dan kelayakan yang kita usahakan selama ini dibawa kembali ke dalam kubur dan ia telah tidak berguna lagi.

Genarasi atau individu yang bakal lahir selepas itu juga akan mengalami keadaan yang sama. Mereka lahir dalam keadaan yang kosong dan kemudian diisi dengan ilmu serta pengetahuan bagi tujuan menjalani perjalanan kehidupan yang pendek ini. Apa yang pasti kita tak dapat mengambil SEMUA pelajaran, ilmu dan pengalaman selama kita hidup di dunia ini kerana jangkamasa kehidupan kita sebagai manusia yang begitu pendek.

Dalam hal ini ramai orang kita yang diluar sana yang punya ilmu pengetahuan yang cetek tanpa mereka sedari kerana mereka MALAS MEMBACA namun demikian mereka merasakan yang mereka punya ilmu yang mendalam kerana ego mereka mengatasi fakta sebenarnya. Selepas SPM mereka tidak lagi menjadikan aspek pencarian ilmu ini sebagai satu kemestian dalam kehidupan. 

Ketahuilah mereka yang cetek ilmunya hanya sekadar punya ilmu sebanyak secawan kopi sedangkan sepanjang kehidupan kita boleh mencari ilmu sebesar tasik malah lebih besar dari itu andai diberi keizinan Allah Taala. Namun tak ramai yang mahu mencarinya sedangkan ilmu mempunyai banyak kelebihannya dalam kehidupan ini dalam banyak segi dan yang penting sekali ilmu ini MENDEKATKAN kita kepada Allah SWT dalam persiapan untuk kembali kepadaNya.

Saranan saya, BACALAH, tingkatkan ilmu pengetahuan anda.. Bacalah pengisian-pengisian yang berilmu, pengisian yang MENDEKATKAN diri dengan ALLAH TAALA dan bukan pengisian yang MENDEKATKAN diri kita dengan DUNIA. Pengisian mengenai artis, sukan, lawak, lucu dan lucah yang bersifat MAKRUH dan HARAM. Bukankah ini semua merupakan satu pembaziran MASA yang nyata? Sedangkan kita tahu yang kita hanya hidup sementara di alam fana ini.

Sekali lagi BACALAH, pengisian yang terbaik ialah pengisian ilmu yang mana ia mendekatkan diri kita kepada ALLAH TAALA dan bukannya sebaliknya mendekatan diri kita kepada DUNIA. Andai apa yang kita baca itu berkesan di hati dan ia menginsafkan dan membawa kepada peningkatan amal ibadah kepada Allah Taala maka pastinya ia adalah pengisian yang benar dan baik.

Fikir-fikirkanlah.

Sekian dulu buat kali ini..

Selamat mencari ilmu!

Ikhlas,

FY Al Haj
0166667430

Sekiranya anda mendapat manfaat membaca artikel ini FY harap anda dapat like dan share post ini dengan harapan ia juga membawa manfaat kepada orang yang dijodohkan dengannya.

' style='padding: 0; border: none;'/>

11 Mac 2011

Usaha Meningkatkan Penglibatan Bumiputera Dalam Pelaburan Saham



Siang tadi FY bersama Pn Huda Ikhwan Presiden Persatuan Remisier Bumiputera (Pribumi), En Hazrin dan Puan Saloma yang juga AJK persatuan tersebut telah bertemu dengan Encik Abdul Mushir Che Cik salah seorang orang kuat TERAJU. TERAJU adalah sebuah agensi yang ditubuhkan kerajaan baru-baru ini yang bertujuan meneraju agenda Bumiputera bagi mengukuhkan ekonomi Bumiputera agar standing dengan bangsa lain dan agensi ini berhubung secara langsung dengan PM.

Sektor yang dikenal pasti adalah minyak sawit, pertanian, minyak dan gas, pendidikan, pemborongan dan peruncitan, perlancongan, Greater Kuala Lumpur, kandungan komunikasi dan media serta perkhidmatan perniagaan.

Jadi pihak kami datang sebagai sebuah NGO untuk berbincang dan memberi cadangan serta membentangkan kertas kerja mengenai bagaimana untuk meningkatkan penglibatan bumiputera dalam bidang pelaburan saham / ekuiti.

Untuk pengetahuan anda dewasa ini nisbah pelaburan harian di Bursa Malaysia kebelakangan ini ialah seperti berikut lebih kurang ;

50% - Intitusi Tempatan
30% - Institusi Asing
20% - Peruncit

Di sini kita akan dapat lihat yang penglibatan pelabur perseorangan hanyalah sekitar 20% dan sekiranya transaksi ini ditolak dengan transaksi sindiket saham dan pelabur bukan bumiputera maka jumlah pelabur bumiputera mungkin boleh dikira dengan jari.

Dalam hal ini mungkin daripada kajian terdapat peningkatan dalam pegangan saham keseluruhan oleh Bumiputera dari 19% satu ketika dahulu kepada 22% namun kebanyakannya dipegang oleh institusi pelaburan bumiputera seperti Permodalan Nasional, Tabung Haji dan sebagainya. Oleh itu ia jelas yang penglibatan pelabur perseorangan Bumiputera amatlah rendah. Keadaan ini secara tak langsung juga menjejaskan para remisier Bumiputera yang berada dalam industri, hidup segan mati tak mahu.

Jadi persoalannya kenapa keadaan ini berlaku?

Pada pandangan saya pertamanya kebanyakan Bumiputera tidak terdedah kepada aspek pelaburan ekuiti melainkan pelaburan dalam saham amanah. Kurangnya pendedahan ini antaranya disebabkan oleh jumlah remisier yang kecil di pasaran kalau dibandingkan dengan nisbah penduduk negara ini. Dalam hal ini terdapat lebih daripada 20,000 agen saham amanah, kad kredit dan juga insuran namun demikian terdapat kurang daripada 4000 remisier yang aktif di pasaran.

Keduanya keadaan pasaran yang kurang memberansangkan yang tidak dapat menarik minat mereka untuk memasuki pasaran saham. Kalau kita lihat dahulu pada tahun 1993 boleh dikatakan semua orang bercerita pasal saham disebabkan kenaikannya yang begitu tinggi ditambah pula dengan kecairan pasaran.

Ketiganya control measures yang lebih ketat yang dilaksanakan, contohnya pengenalan Broker Front End menggantikan SCORE. Dalam hal ini kawalan kredit dewasa ini menjadi lebih ketat. Kemudian pemendekan jangkamasa kontrak dari 7 hari kepada 5 hari dan sekarang 3 hari telah menjejaskan pelabur runcit.

Kelimanya agihan unit terbitan awam yang mendahulukan institusi secara tak langsung menyebabkan kurangnya penglibatan pelabur baru di pasaran.

Keempatnya kenaikan purata household debts yang melebihi 70% daripada pendapatan isi rumah menunjukkan kebanyakan orang tak punya lebihan bagi tujuan pelaburan memandangkan wang tersebut dibelanjakan lebih kepada tujuan barang keperluan. Menurut kajian 50% daripada hutang isirumah itu adalah bagi membayar pembiayaan rumah yang dibeli. Seperkara lagi dewasa ini generasi baru lebih suka membeli pelbagai produk yang ada di pasaran daripada melaburkan wang tersebut.

Dan pelbagai sebab yang lain lagi.

Keadaan ini sebenarnya akan menjadi lebih teruk di masa akan datang kerana semakin lama ia semakin menurun akhirnya merugikan bumiputera itu sendiri kerana pengagihan kekayaan yang tak seimbang yang berlaku sedangkan pasaran saham adalah merupakan avenue utama bagi meningkatkan ekonomi diri serta keluarga.

Bila ditanya 95 peratus daripada responden mengatakan jawapan tak reti atau risiko tinggi dan hanya 5 peratus yang berani mencuba tapi tak tahu dimana hendak mencari pendedahan mengenainya. Ini menunjukkan pendedahan tentang pasaran saham secara individual dan caranya masih belum dijalankan secara efektif di negara ini. Pendedahan perlu dilakukan bermula dari peringkat sekolah secara meluas. Untuk pengetahuan anda, 50% rakyat Amerika Syarikat memegang saham secara individu.

Selain itu pada saya struktur saham terbitan awam mesti dipinda dengan melebihkannya kepada pelabur individu sepertimana yang dijalankan sebelum tahun 1997 dimana banyak individu yang terlibat dengan saham secara langsung atau tak langsung kerana kad pengenalan mereka dipinjam bagi tujuan membeli saham terbitan awam yang ditawarkan. Dewasa ini kebanyakan keuntungan terbitan saham baru ini pergi kepada institusi dan mengkayakan orang yang sudah kaya. Keadaan inilah yang menyebabkan pengagihan yang tidak seimbang itu sedangkan ia tak sampai kepada rakyat kebanyakan.

Struktur sebelum 1997
70 % - Pelabur Individu
20 % - Pelabur Institusi
10 % - Kakitangan syarikat yang bakal disenaraikan.

Struktur selepas 1997
70 % - Pelabur Institusi
20 % - Pelabur Individu
10 % - Kakitangan syarikat yang bakal disenaraikan.

Keadaan ini berlaku kerana kemerosotan harga saham yang menyebabkan saham-saham terbitan awam ini tidak diambil oleh pelabur individu jadi ia terpaksa diambil oleh underwriter saham tersebut. Namun demikian keadaan sudah berubah kerana pasaran saham telah kembali aktif dan control measures yang saya perkatakan tadi telah mengurangkan risiko kejatuhannya.

Mungkin strukturnya perlu dipinda sebegini;
50 % - Pelabur Institusi
40 % - Pelabur Individu
10 % - Kakitangan syarikat yang bakal disenaraikan.

dan seterusnya dipertingkatkan hingga kembali ke tahap seperti sebelum 1997 dahulu kerana keadaan ini akan meningkatkan pelabur individu disamping memberi pendedahan langsung dalam aspek pelaburan saham ini.

Perubahan struktur ini akan menyebabkan lebih ramai individu yang bakal terlibat. Bila tangan tercelup lambat laun mereka akan menyeluknya lebih dalam.

Setakat ini dahulu buat kali ini.

Faizal Yusup mengundur diri.

FY
016 6667430
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia


Link perkhidmatan kami ;
FOLLOW FY di Twitter – twitter.com/afaizalyusup
SUBSCRIBE di www.faizalyusup.net bagi mendapatkan artikel-artikel TERKINI mengenai pelaburan saham.  

' style='padding: 0; border: none;'/>

10 Mac 2011

TERAJU Anjur Makmal Bumiputera



KUALA LUMPUR 9 Mac - Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) akan menganjurkan Makmal Bumiputera bermula 21 Mac ini bagi membincangkan penglibatan golongan itu dalam projek-projek kerajaan.

Makmal itu juga bertujuan untuk meningkatkan penglibatan bumiputera dalam pembangunan ekonomi negara agar setanding dengan kaum lain.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Husni Salleh berkata, makmal siri pertama tersebut akan membincangkan secara khusus peranan yang boleh dimainkan bumiputera dalam projek permulaan (EPP) yang merupakan sebahagian daripada Program Transformasi Ekonomi (ETP).

"Kami menyasarkan lebih 150 bumiputera terlibat dalam sembilan daripada 12 sektor yang terdapat dalam Aktiviti Ekonomi Utama Nasional (NKEA).

"Sektor yang dikenal pasti adalah minyak sawit, pertanian, minyak dan gas, pendidikan, pemborongan dan peruncitan, perlancongan, Greater Kuala Lumpur, kandungan komunikasi dan media serta perkhidmatan perniagaan,'' kata beliau dalam kenyataannya di sini.

Beliau berkata, makmal siri kedua akan menyusul selepas tamat siri pertama bagi membincangkan tiga sektor NKEA yang belum dibincangkan.

Makmal pertama akan berlangsung selama sepuluh hari di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan dihadiri oleh agensi kerajaan, persatuan industri dan sektor swasta yang terlibat dengan NKEA.
Semasa makmal berlangsung, beberapa agenda dan ujian akan dilakukan terhadap peserta bagi mengesan kebolehan tersembunyi dalam diri mereka.

Tambah Husni lagi, Teraju berharap setiap organisasi yang terlibat akan menghantar pegawai kanan atau pegawai perancang strategik ke makmal tersebut bagi memperoleh hasil yang lebih memberangsangkan.

"Sejak bulan lalu, banyak organisasi menunjukkan minat mereka namun Teraju terpaksa memilih organisasi yang bersesuaian sahaja,'' jelasnya.

Orang ramai yang terlibat dengan sembilan NKEA tersebut dan berminat untuk menghadiri Makmal Bumiputera boleh menghubungi Teraju di talian 03-2050 3126 dan laman sesawang info@teraju.gov.my untuk pendaftaran.

Petikan daripada Utusan Malaysia 9 Mac 2011

FY Al Haj
0166667430
DIIA UITM Shah Alam
BBA Finance University Of Nebraska Lincoln
Top Performing Remisier 
Kenanga Investment Bank Berhad
Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Speaker Bursa Malaysia Islamic
Speaker Bertauliah InvestSmart
Suruhanjaya Sekuriti
Lebih 20 tahun pengalaman dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia.

*FY Team*

Zuhri Zain MSTA | 0126290407 - TA Expert, Handles Private Placements.
Firdaus Majid MSTA, CMT |0134229155 - TA Expert
Ramzie | 0173730513 - Trading, Execution, Handles Personal Coaching and TA Class Schedule
Yasin | 0193346570 - CDS Administration, Transfers and Opening.
Azila | 0166641755 - Handles In House Seminar and Ebooks

Baca blog dengan input saham percuma di www.faizalyusup.net
Download Ebook Investlah 134 ms secara percuma di
Beli Ebook Rahsia IPO RM60 dan Rahsia IPO di MITI RM50
WhatsApp Puan Azila 0166641755.

Masuk group pelaburan saham FY percuma di WhatsApp 0166667430

' style='padding: 0; border: none;'/>