12 Ogos 2015

FY BERTEMU DENGAN CEO BURSA MALAYSIA DATO' TAJUDDIN ATAN

Assalamualaikum...

Artikel ini merupakan sambungan kepada artikel FY di SC.

Pada 11 Ogos pula team Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia menjalankan kunjungan hormat ke Bursa Malaysia untuk bertemu dengan CEO Bursa Malaysia Dato' Tajuddin Atan.

Berikut adalah gambar-gambar sesi tersebut.

FY bersama CEO Bursa Malaysia Dato' Tajuddin Atan

Sesi perbincangan diadakan dalam bilik Board Of Director di Tingkat 15 Bursa Malaysia

Gambar kenangan Team PRIBUMI serta team Bursa Malaysia selepas sesi perbincangan yang bernas.


Jamuan makan selepas sesi perbincangan tersebut.

Apa yang FY boleh simpulkan ialah ia merupakan satu sesi perbincangan yang baik dan banyak yang boleh pihak PRIBUMI serta pihak BURSA MALAYSIA usahakan dalam pelbagai segi. InsyaAllah usahasama antara PRIBUMI dan Bursa Malaysia akan mula dijalankan tak lama lagi. Isu-isu berbangkit serta isu baru yang kami cernakan akan disambung dalam sesi perbincangan yang mendatang dengan lebih mendalam. InsyaAllah ia boleh dilaksanakan dan boleh membawa kebaikan kepada keseluruhan industri. 

Usaha meningkatkan ekonomi ummah ini merupakan perjuangan yang panjang, amanah dan tanggungjawab di bahu FY ini bukanlah perkara kecil dan ia adalah tanggungjawab kepada seluruh rakyat di negara ini. Semoga Allah Taala mendorong FY untuk melakukan yang terbaik lebih-lebih lagi dalam suasana ekonomi yang mencabar dewasa ini. InsyaAllah.

FY
0166667430
Naib Presiden Persatuan RemIsier Bumiputera

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Komen

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.