18 Ogos 2015

KEUNTUNGAN BERLIPAT KALI GANDA MELABUR SAHAM

CORPORATE MONEY GAME DALAM PASARAN SAHAM

Assalamualaikum...

Pasaran yang sebegini menyebabkan FY punya banyak masa untuk menulis. Menulis beberapa pengisian pelaburan saham di Bursa Malaysia yang mungkin boleh membawa manfaat kepada pembacanya. Kalau beberapa hari lalu FY menulis mengenai beberapa saranan untuk menarik minat pelabur ke dalam pasaran saham serta kaedah untuk merancakkannya. Semalam FY menulis pula tentang beberapa fakta penting yang perlu diketahui mengenai kejatuhan pasaran saham dan adakah sejarah 1998 akan berulang. Nampaknya penulisan ini menarik minat ramai pelabur untuk membacanya. Alhamdulillah.

Mungkin ada yang diluar sana yang tertanya-tanya siapakah yang untung dalam pasaran saham yang sebegini dan kenapa Bursa Malaysia, pihak berwajib, FY dan sebagainya berusaha bersungguh-sungguh untuk menarik minat pelabur ke dalam pasaran saham? Sedangkan risiko kerugian begitu tinggi. Mungkin juga FY menarik minat pelabur hanya kerana FY akan mendapat komisyen setiap kali urusniaga jual beli dijalankan.

Apakah yang ada dalam pasaran saham hingga menyebabkan kita mesti melabur dan menjadi seorang pelabur saham?

Baiklah, artikel kali ini akan FY terangkan mengenainya.

Sebenarnya dalam sesebuah perniagaan kita terpaksa berhempas pulas menggunakan segala sumber baik modal, pekerja, bahan mentah, promosi jualan dan mengunakan segala aset yang ada untuk menjana keuntungan kepada pihak syarikat. Katalah kita punya syarikat yang bagus dan keuntungan bersih tahunan yang kita perolehi ialah 30%. Secara kiraan mudah kita bakal mendapatkan lebih kurang keuntungan 100% dalam masa tiga tahun perniagaan tersebut dijalankan. Sekali ganda dalam 3 tahun. Namun demikian keuntungan 30% ini merupakan satu target yang tinggi sebenarnya.

Namun demikian kalau kita lihat kepada carta MYEG yang FY sertakan ini dalam masa dua tahun, ye dua tahun sahaja iaitu antara tahun penghujung tahun 2013 hingga ke penghujung tahun 2014 harga saham MYEG naik dari RM0.77 ke RM4.38 atau kenaikan sebanyak 468.83% atau 4.68 kali ganda atau 234% dalam masa setahun. Syarikat ini hanya untung sekitar 45% setahun atau 90% dalam masa dua tahun tetapi pergerakan harga sahamnya sebanyak meningkat 468.83%.
Dalam ertikata lain adalah lebih mudah untuk syarikat ini menggandakan duit dalam pasaran saham kalau dibandingkan dengan menjalankan perniagaan.

Inilah kelebihan apa yang dinamakan Corporate Money Game. Duit lebih senang dicetak dengan gandaan yang lebih tinggi dalam pasaran saham kalau dibandingkan dengan menjalankan perniagaan secara realitinya.


Biar FY ambil satu lagi contoh.

Anda menjalankan syarikat property developer. Tanah dalam lingkungan 3 hektar akan anda develop menjadi Hotel, Office suites dan sebagainya yang akan membawa GDV dalam RM700 juta dan keuntungan sebanyak RM300 juta setelah ditolak kos tanah dan pembinaan. Projek mengambil masa 2 tahun untuk disiapkan. Jadi setahun mengikut kiraan mudah ialah pulangan sebanyak 21.42% atau 42.85% dalam masa dua tahun. Banyak yang perlu dilakukan dan dihadapi bagi merealisasikan keuntungan yang telah diforecast itu. Sebarang permasalahan, kenaikan harga bahan mentah dan kelewatan akan hanya menurunkan keuntungan yang telah diandaikan itu.

Kelebihan capital money game ini dapat dilihat dalam carta ini. Anda akan dapat melihat yang harga saham syarikat MITRA ini naik sebanyak 140.96% dalam masa setahun dari RM0.83 sehingga RM2.00 atau 281.92% dalam masa dua tahun bagi membuat perbandingan. Bukankah lebih mudah untuk menggandakan duit dalam pasaran saham kalau dibandingkan dengan menjalankan perniagaan secara realitinya?


Sekali lagi FY tegaskan mengikut kiraan yang FY jalankan RM390 yang anda letak melabur 100 unit saham syarikat MITRA ini akan membawa keuntungan melebihi RM9090.00 (kerana FY tidak mencampurkan dengan pulangan dalam bentuk dividen) dalam masa 5 tahun atau 2330.76% atau 466.15% setahun. Bolehkah perniagaan membawa pulangan sebanyak 23 kali ganda dalam masa 5 tahun? Pastinya tidak. Ia hanya boleh dilakukan dalam pasaran saham.

Sebenarnya banyak lagi saham-saham sebegini yang memberikan pulangan dividen, yang menjalankan pelbagai corporate exercise, bonus issues, placements, rights issues, warrant issues dan sebagainya yang membawa pulangan yang begitu tinggi hingga pemilik dan pelaburnya boleh menjadi jutawan. Contohnya kalau anda menyimpan saham PUBLIC BANK sejak tahun 1967 sebanyak 1000 unit ia akan berganda menjadi RM2.1 juta dalam masa 42 tahun.

Adakah pelabur jangkamasa panjang berikut ini risau dengan kejatuhan harga saham pada ketika ini? Selagi syarikat SCICOM tidak punya masalah dan terus maju dalam perniagaannya maka selama itulah dia akan memegang saham syarikat ini. Dividen tahun demi tahun yang diberikan oleh syarikat ini bakal lama kelamaan memberikan pulangan modal kepada beliau dan dalam jangkamasa panjang akan menyebabkan saham ini menjadi percuma bagi dirinya. Ini contoh pelabur yang poketnya dalam dan inilah yang FY ingin lihat berlaku kepada pelabur-pelabur dalam negara ini di masa-masa yang mendatang. Apa yang penting ialah untuk memilih saham syarikat yang bagus, kukuh dan berpotensi untuk maju. Kemajuan syarikat akan menggandakan kenaikan harga saham-sahamnya.


Malangnya kebanyakan pelabur lebih suka melabur dalam saham murah, saham cap ayam yang tidak berpotensi dalam jangkamasa pendek yang akhirnya merugikan diri sendiri. Kaedah pemilihan saham yang FY paparan sebegini ada FY kongsikan dalam Personal Caching Saham yang FY adakan hampir setiap hari di pejabat FY dengan yuran sebanyak RM900 sehari. Berminat hubungi Abdullah Ramzi di talian 017 3730513 untuk menempah slot anda.

Dalam isu ini satu persoalan ingin FY utarakan kepada anda. Siapakah yang pandai dan mahir menjalankan semua corporate exercise dalam pasaran Bursa Malaysia ini dan tahu cara bagaimana untuk menggandakan modal hingga berlipat kali ganda hingga menjadikan mereka jutawan malah billionair? Siapa?

Orang kita?

Inilah sebabnya Bursa Malaysia, kerajaan, FY dan mereka yang faham akan berusaha sedaya upaya untuk membawa anda masuk ke dalam pasaran saham. Untuk menjadi pelabur dalam saham-saham sebegini. Sekali lagi malangnya poket kita belum cukup dalam untuk melabur dalam jangkamasa panjang, kita melabur sebagai trader yang inginkan pulangan cepat jangkamasa pendek lantas terdedah kepada risiko kenaikan dan penurunan harga pasaran. Orang kita belum cukup pengalaman dan kepintaran untuk menyenaraikan saham syarikat kita apatah lagi menjalankan corporate exercise sebegini. Tanpa pengetahuan ini kita akan lambat laun ketinggalan jauh dalam bidang ekonomi kalau dibandingkan dengan orang bukan Bumiputera.

Ingatlah Corporate Money Game ini amat penting dan merupakan jalan yang paling mudah untuk menggandakan kekayaan dan ini tidak dapat dilakukan dengan menjalankan apa juga aktiviti perniagaan di luar sana.

Inilah golongan yang pasti menjana keuntungan dalam pasaran Bursa Malaysia!

Kepada pelabur baru dan lama yang ingin belajar dengan FY tentang kaedah melabur saham yang betul jemput datang ke seminar saham Super Investor yang akan FY jalankan pada hari Sabtu 12 September di Bangunan Lembaga Getah Asli Kuala Lumpur. Hubungi Puan Azila Ismail di talian 016 664 1755 untuk tujuan pendaftaran. Cepat, kerana tempat duduk adalah terhad!   

Sekian dulu.

Faizal Yusup aka FY
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia

016 6667430

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Komen

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.