20 Ogos 2015

KELEBIHAN MELABUR MENGGUNAKAN PLATFORM ONLINE TRADING KENANGA

KELEBIHAN MELABUR SECARA ONLINE DI KENANGA

Assalamualaikum...

Kita bertemu lagi. Pasaran saham Bursa Malaysia nampaknya masih bertahan buat 3 hari berturut-turut. Kemungkinan besar Jualan Margin Call telah berakhir buat masa ini, RM nampaknya bertahan, Penjualan masih lagi nampaknya dilakukan oleh pelabur Institusi asing, namun demikian pembelian saham-saham terpilih oleh Institusi Tempatan mempertahankan Bursa Malaysia.

Artikel kali ini pula ialah berkenaan dengan Online Trading. Secara khususnya Platform Online Trading.

Dewasa ini di zaman IT ini kebanyakan pelabur newbie yang memasuki pasaran akan memilih untuk melabur secara online kerana ia lebih mudah dan lebih murah kalau dibandingkan dengan mengunakan khidmat Remisier. Namun demikian untuk pengetahuan anda setiap platform Online berbeza dari satu broker kepada satu broker yang lain.

Kali ini, dalam artikel ini FY terangkan tentang kelebihan platform online Kenanga kepada anda. Platform ini dinamakan Kentrade. Alamat websitenya ialah : www.kentrade.com.my tetapi anda perlu membuka akaun CDS, Trading dan Online sebelum dapat menggunakannya secara keseluruhan.

Kelebihannya adalah seperti berikut ;

Paparan General Info menerangkan a snapshot tentang saham yang kita sedang kita selidiki.


Membentuk portfolio sendiri, Trade Details, Research Paper, Announcement and News, Equities Tracker, Interactive Charts, ShareInsights, Dow Jones News ada dalam pilihan di sini.


Dalam paparan ini pula kita boleh memilih Basic Info, Price Info, Transaction info, Financial Info yang penting untuk kita selidik keduddukan kewangan syarikat, Loan/ Warrants Info Odd Lots Info yang penting untuk mengetahui maturity date, conversion price, in the money atau tidak bagi sesuatu loan atau warrant itu dan sebagainya.


Seterusnya dalam paparan ini calculator untuk mengira brokerage dan breakeven price bagi pembelian juga disertakan. Ia boleh di setting mengikut kadar brokerage yang dikenakan. 


Paparan Financial ini membolehkan kita meletakkan column yang kita suka baik column Revenue, Net Profit, EPS, PE Ratio, Dividen Yield dan sebagainya. Ia terpulanglah kepada pilihan kita samaada kita mahu column untuk tujuan Analisa Teknikal mahupun Financial.



Button Buy and Sell untuk tujuan membeli dan menjual.




Dengan menekan butang Equities Tracker pula anda akan dibawa ke alam baru Kentrade. Satu alam yang yang lebih komprehensif dimana semua maklumat yang kita kehendaki mengenai sesuatu kaunter itu boleh dicari di sini. Snapshot, Financial Data yang yang lebih mendalam, Perbandingan Industri dan sektor, Pegangan saham, Financial Ratio yang pelbagai dan banyak lagi. Semua ini bakal membantu kita membuat keputusan pelaburan yang lebih baik.



Kita boleh meletakkan pelbagai petanda yang kita mahu baik kajian kita dengan price action, Financial, Loan dan Warrants stocks dan banyak lagi.

MEMBUAT PENYELIDIKAN

Katalah anda ingin membuat penyelidikan tentang satu-satu syarikat, dalam contoh ini FY ambil SMRT Holdings Berhad. Dalam Kentrade ini boleh diatakan semua yang kita perlukan ada di sini.

Kita boleh lihat General Information syarikat tersebut 


Kita boleh lihat aktiviti utamanya.


Kita boleh lihat announcement dan news yang terkini juga siapakah pengarah-pengarah syarikatnya.



Kita juga boleh lihat siapakah substantial shareholders yang memegang saham-saham SMRT itu pada masa kini.


Announcement, News, Entitlement, Director Buy Back, Direct Business Trasactions, sebarang corporate exercise dan sebagainya boleh dilihat dalam paparan ini. 


Carta dengan paparan 5 minit hingga sebulan ada dalam features Technical Analysis untuk jangkamasa 5 tahun siap dengan pelbagai indikator. Malah Carta Interactive dengan Garisan Support dan Resistance dan pelbagai pilihan lain juga ada dalam Kentrade ini. 




Penyelidikan Fundamental dan Financial ada juga ada di sini. Baik untuk quarterly mahupun sehingga 5 tahun sebelum itu. EPS, PE, Dividend Yeilds, Financial Ratios dan sebagainya juga disediakan dalam Kentrade ini.



Platform Kenanga bernama KENTRADE ini amat komprehensif dalam membantu mana-mana pelabur sekalipun dalam membuat keputusan pelaburan. Banyak lagi features yang ada tapi tak dapat FY kongsikan dalam ruang yang terhad ini.

Yang menjadi persoalan ialah mengenai interpretasinya, bagaimana untuk memahami data-data ini dan apakah kepentingan data-data tersebut dalam penyelidikan kita. Dalam hal ini analoginya mudah, kita perlu bantuan ustaz yang pakar tafsir untuk menafsirkan ayat-ayat Al Quran. Kita yang tak pakar ni kalau baca Al Quranpun manalah tahu apa tafsiran yang sebenar kepada ayat-ayat tersebut.

Kesimpulannya kalau nak tarsirkan semua data-data yang ada depan mata ini jemputlah datang sesi personal coaching FY di pejabat. FY akan kongsikan dan makna-makna serta kegunaannya. Kefahaman itu InsyaAllah akan membolehkan anda faham apakah perbezaan antara saham cap ayam atau tidak, saham pertumbuhan atau saham pendapatan, leader and laggards dalam industri, perkara-perkara rahsia yang tersirat dalam data-data yang ada itu dan sebagainya.

Hubungi Ramzi di talian 013 373 0513 untuk menempah slot personal coaching anda. Percayalah ia pasti berbaloi.  

Kepada pelabur baru dan lama yang ingin belajar dengan FY tentang kaedah melabur saham yang betul jemput datang ke seminar saham Super Investor yang akan FY jalankan pada hari Sabtu 12 September di Bangunan Lembaga Getah Asli Kuala Lumpur. Hubungi Puan Azila Ismail di talian 016 664 1755 untuk tujuan pendaftaran. Cepat, kerana tempat duduk adalah terhad!  


Sekian dulu buat kali ini.

Faizal Yusup aka FY
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
016 6667430

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.