17 Ogos 2015

ADAKAH BURSA MALAYSIA AKAN JATUH SEPERTIMANA TAHUN 1998 DAHULU?

ADAKAH BURSA MALAYSIA AKAN JATUH SEPERTIMANA TAHUN 1998 DAHULU?

Inilah satu persoalan yang sedang berlegar-legar dalam minda para pelabur saham di Bursa Malaysia ketika ini memandangkan kejatuhan nilai RM yang berterusan dan ditambah pula dengan kejatuhan KLCI dari paras tertinggi 1890 mata hingga ketika ini 1570 mata atau kejatuhan sebanyak 16% mengukuhkan kepercayaan ini. Adakah ini akan berlaku?

Tak apalah, biar FY jelaskan serba sedikit dari sudut kacamata FY persoalan besar mengenai Bursa Malaysia pada ketika ini. Dari sudut yang mudah difahami.

Bursa Malaysia yang pada ketika itu pada tahun 1998 dikenali sebagai Bursa Malaysia Kuala Lumpur atau BSKL mengalami kenaikan yang mendadak atau apa yang dinamakan sebagai Super Bull Run pada tahun-tahun 90 an sesuai dengan kenaikan GDP yang melebihi 10 tahun lamanya. KLCI naik sehingga melebihi 1300 mata sebelum jatuh mendadak sehingga mendekati 250 mata disebabkan oleh Asean Financial Crisis yang bermula dengan kejatuhan nilai RM dan kemudiannya diikuti dengan kejatuhan pasaran saham.

Beginilah. FY akan menerangkan situasi sekarang dibandingkan dengan situasi dahulu bagi memudahkan kefahaman.

Selain kejatuhan RM dari sekitar RM2.50 kepada USD kepada nilai terendah RM4.88 disebabkan oleh spekulasi mata wang yang dilakukan oleh George Soros yakni kejatuhan sebanyak 95 peratus. Ini selari dengan kejatuhan Pasaran Saham pada ketika itu. Sekarang RM jatuh dari RM3.30 kepada RM4.16 bagi setiap USD1 atau kejatuhan sebanyak 26% sedangkan pasaran saham baru turun sekadar 20%.

Sebenarnya kejatuhan nilai RM akan berkadar langsung dengan kejatuhan pasaran saham. Ini kerana pelabur asing akan mengeluarkan pegangan saham dan menukar RM kepada USD bagi menyelamatkan kerugian dua kali iaitu kerugian disebabkan oleh kejatuhan nilai RM juga kejatuhan harga saham di Bursa. Buat masa ini ia tidak sekata kerana spekulasi matawang yang terjadi sedangkan dari segi Fundamental ekonomi Malaysia RM sepatutnya berada pada sekitar RM3.50.

Bursa Malaysia sebenarnya memberi petunjuk kepada ekonomi negara keseluruhannya. Adakah ekonomi negara menguncup sebanyak 50% untuk pasaran jatuh sebanyak 50% juga? Kalau benar maka pasaran saham boleh jatuh kepada 950 mata. Pastinya tidak kerana  data GDP masih menunjukkan kenaikan antara 4.5 hinga 5.5 peratus bagi tahun ini. Lagipun harus diketahui Sistem kewangan Malaysia menduduki tempat ke 4 terbaik di dunia malah mengalahkan sistem US di tempat ke 9. 


Malaysia masih menunjukkan trade surplus sehingga kini dan penurunan nilai RM membawa kepada trade surplus yang lebih besar kerana jumlah keseluruhan eksport melebihi jumlah keseluruhan import dan ini baik untuk ekonomi negara ini. Banyak negara contohnya Jepun, malah baru-baru ini China menurunkan nilai matawang mereka bagi tujuan meningkatkan persaingan dan mengukuhkan ekonomi negara mereka. Mungkin atas sebab itu BNM tidak mengambil langkah mengekang kejatuhan RM sehingga kini sepertimana yang berlaku ada tahun 1998 dahulu. Interest rates juga masih kekal dan tidak dinaikkan sehingga melebihi 10 peratus pada tahun 1998 dahulu dan ini juga vital sign yang menunjukkan ekonomi Malaysia masih berada di tahap yang baik.


Kejatuhan harga minyak dan harga komoditi juga menjejaskan negara ini tetapi Malaysia pada FY adalah a bless nation atau sebuah negara yang dirahmati kerana punya pelbagai sumber bahan mentah dan perkhidmatan yang boleh mendatangkan hasil kepada negara. Sektor getah, semiconductor, Sea Transportation dan lain-lain yang transaksinya dalam USD pasti akan menguntungkan negara. Selain itu sektor pelancongan dan hartanah juga akan meningkat kerana ia menjadikan barang-barang dalam negara ini lebih murah kepada mereka. Dalam hal komoditi minyak mentah contohnya FY yakin ia akan kembali naik kerana ia bersifat infinite dan terhad. Diberikan masa ia penawarannya akan berkurang dibandingkan dengan permintaan lantas pasti harganya akan naik. Emas hitam ini akan menjadi sebab peperangan di masa mendatang sepertimana yang tercatat dalam Al Quran. Ia amat berharga sebenarnya.

Cukai dari Industri Oil and Gas ini pastinya memberi kesan kepada perolehan kerajaan namun demikian FY percaya kutipan cukai GST bakal menjadi penampannya.


Seterusnya dewasa ini boleh dikatakan seluruh dunia mencetak duit baru baik kerana stimulus, kenaikan GDP mahupun dengan tujuan menurunkan nilai matawang mereka, duit menjadi begitu banyak dalam pasaran. Ini boleh dilihat yang GDP Malaysia pada ketika ini ialah pada RM 877 Billion dibandingkan dengan RM 182 Billion pada tahun 1998 dahulu. Kecairan ini sebenarnya banyak membantu dalam mengukuhkan pasaran Bursa Malaysia. Ia menjadikan Bursa Malaysia lebih resilient dan kukuh kalau dibandingkan dahulu. Ini boleh dilihat dalam Bursa Malaysia di mana walaupun pasaran turun tetapi masih terdapat pembeli pada setiap bid harga saham-saham di Bursa Malaysia tidak seperti tahun 1998 dahulu. Semua ini menyebabkan Fitch Credit Ratings memberikan Ratings Stable kepada ekonomi Malaysia.

Kerisauan dalam negara yang ada hanyalah kepada risiko politik dan Household debts. Nampaknya faktor kestabilan politik yang dibanggakan negara ini agak terjejas pada pandangan foreigner pada ketika ini namun demikian mereka juga tahu yang kalau ditukarkan seluruh kabinet sekalipun, yang menggantikannya juga akan punya dasar yang liberal yang mementingkan ekonomi dan perihal keduniaan. Perbezaan akan hanya berlaku andai PAS yang memerintah. Household debts disebabkan oleh salah satunya kenaikan pendapatan yang tak selari dengan kenaikan harga rumah dan barang-barang yang lain. Dahulu dengan bajet RM1000.00 sebulan kita mampu membeli sebuah rumah teres. Sekarang dengan bajet yang sama kita hanya boleh membeli rumah bernilai RM220,000.00 sedangkan harga rumah teres ialah RM750,000.00 pada masa ini. Apartmen yang tak sampai 800 kaki persegi juga berharga lebih RM300,000 pada masa ini. Barang-barang juga naik disebabkan inflasi dan GDT ditambah pula dengan Imported Inflation yang disebabkan oleh penurunan nilai RM menyumbang kepada peningkatan Household debts ini...


Selebihnya ialah berkenaan dengan situasi di Greece, Devaluation of Yuan dan Kadar Interest di Amerika yang berkemungkinan dinaikkan pada bulan September nanti mungkin akan sedikit menjejaskan ekonomi negara kerana Amerika Syarikat merupakan antara rakan dagangan terbesar negara ini.

Bersambung... Kita solat zohor dulu...



Faizal Yusup aka FY
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia

016 6667430

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Komen

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.