12 Ogos 2015

FY DALAM DIALOG DI SECURITIES COMMISSION

Assalamualaikum...

Dalam artikel kali ini FY ingin menceritakan serba sedikit tentang tugas FY sebagai Naib Presiden dalam Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia.

Sebenarnya terdapat 3 persatuan Remisier di negara ini iaitu Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia (PRIBUMI) iaitu persatuan remisier khusus untuk Bumiputera kemudian PERSAMA iaitu persatuan remisier yang boleh terbuka kepada semua remisier Bumiputera atau tidak dan PERIMSA iaitu persatuan Remisier yang ditubuhkan untuk remisier Sabah dan Sarawak.

Persatuan-persatuan ini ditubuhkan tak lain dan tak bukan ialah untuk menjaga kebajikan para remisier serta sebagai wadah perjuangan bagi memastikan kesinambungkan kerjaya remisier di alaf yang serba mencabar ini.

Pada 7 Ogos yang lalu kami telah dijemput pihak Suruhanjaya Sekuriti (SC) dalam sesi dialog yang dinamakan Facilitating Growth, Maintaining Confidence. Dialog ini dijalankan setiap tahun dan merupakan perhubungan dua hala diantara Regulators dengan Industry participants dan dalam kes kami ini para Remisiers bersesuaian dengan Capital Market Masterplan 2 (CMP2). 

Gambar-gambar semasa FY dalam sesi dialog itu disertakan.







FY bersama Presiden PRIBUMI - En Md Hasrin Md Hassim

Sidang panel Suruhanjaya Sekuriti

Sesi-sesi dialog ini sebenarnya amat penting bagi tujuan penambahbaikkan industri pasaran modal secara keseluruhannya. Di sini luahan kami para remisier yang bukan hanya mewakili remisier tetapi juga para kepentingan para pelabur di Bursa Malaysia disampaikan. Penghujahan isu-isu berbangkit serta brainstorming isu-isu baru juga dibentangkan. Ada isu yang bersesuaian dan saling lengkap melengkapi namun demikian ada juga isu yang kami sebagai remisier terpaksa menerima undang-undang ketetapan pihak SC.

Apapun atas sebab confidentiality isu-isu itu tidak FY bangkitkan dalam blog ini.

Inilah antara tugas yang perlu FY laksanakan sebagai Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera. Untuk pengetahuan anda FY juga merupakan salah seorang speaker dari dua speaker Melayu untuk Roadshow InvestSmart yang dijalankan oleh phak SC bagi tujuan menarik pelabur runcit ke dalam pasaran saham Bursa Malaysia. Seorang lagi ialah Sifu saham Nazarry Rosli yang sering keluar RTM dan Astro Awani. 

InsyaAllah satu hari nanti sesi Roadshow ini akan sampai ke tempat anda.

Bersambung...

Faizal Yusup
Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
0166667430



' style='padding: 0; border: none;'/>

INDEKS KLCI BURSA MALAYSIA JATUH LAGI...

Assalamualaikum...


Nampaknya pasaran saham begitu lemah dengan beberapa sentimen dalam dan luar negeri antaranya kejatuhan nilai RM, kejatuhan harga minyak mentah dunia, ketidakstabilan politik dalam negara, perkembangan di China dan sebagainya. Semuanya ini membawa kepada kesan negatif dalam pasaran Bursa Malaysia. Bursa Malaysia pula merupakan indikator atau petunjuk kepada kedudukan ekonomi negara untuk jangkamasa 6 bulan yang mendatang. Setakat ini Bursa Malaysia telah jatuh melebihi 250 mata di mana kebanyakan pelabur asing telah keluar meninggalkan pasaran mengelakkan kerugian baik kerana penurunan harga saham mahupun penurunan nilai RM.     

Terus terang kenaikan dan penurunan harga saham dalam pasaran saham adalah perkara biasa. Pasaran perlu bernafas dan ini menunjukkan yang pasaran saham itu sihat. Inilah kelabihan meabur dalam saham kalau dibandingkan dengan pelaburan hartanah. Dalam pelaburan hartanah harga hartanah yang naik sukar untuk turun tapi dalam pasaran saham harga saham yang naik boleh turun ke tahap yang kita inginkan.

Penurunan ini pula memberi peluang untuk kita membelinya pada harga yang lebih murah. Pada FY melabur dalam pasaran saham perlukan modal dan masa. Pemilihan saham juga penting.

Berkenaan modal, modal yang kecil pastinya sukar kerana pilihan yang terhad, asset allocation akan menjadi sukar. Ibaratkan kita membawa RM5.00 ke pasar, apakah yang bakal dapat kita beli kalau dibandingkan kalau kita membawa RM50.00 mahupun RM500.00. Lagi banyak modal, lagi baik buat kita kerana kita boleh membeli pelbagai jenis barang pada harga yang berbeza.

Berkenaan masa, apa-apa pelaburan pun bakal mengambil masa. Tanam sayur pun mengambil masa apatah lagi menanam kelapa sawit contohnya. Sebenarnya lagi singkat masa yang kita berikan maka lagi tinggilah risiko kerugian yang bakal kita hadapi. Pelaburan nilai yang dilakukan oleh kebanyakan pelabur yang berjaya seperti Warren Buffet adalah pelaburan jangkamasa panjang dengan membei saham-saham berpotensi, saham-saham pendapatan mahupun membeli saham-saham yang undervalued.

Contohnya saham-saham BURSA MALAYSIA, MAXIS, DIGI, MYEG, GHLSYS, SCICOM, PESTECH, PRESTARIANG, YEE LEE, SALCON, MITRA dan sebagainya. Semua saham-saham ini adalah saham-saham yang andai dipegang dalam jangkamasa panjang akan membawa kepada keuntungan yang berkali ganda buat pemegangnya.

Pelabur sebegini tidak risau dengan keadaan semasa pasaran saham yang menurun kerana apa yang penting ialah perniagaan syarikat yang dibeli itu tidak terjejas. Yang risau hanyalah pelabur jangkamasa pendek bermodal kecil dan menjalankan trading jangkamasa pendek.

Kepada yang sangkut saham-saham cap ayam, mungkin anda boleh menjualnya dan menggantikan dengan saham-saham yang FY namakan tadi. Kepada yang masih untung mungkin anda boleh jual dahulu dan membelinya kembali pada harga yang lebih murah. Kepada yang punya saham yang baik dan kukuh tapi sedang paper loss sekarang seperti saham Oil n Gas dan Perladangan Kelapa Sawit, rileks, pandang jangkamasa panjang, InsyaAllah saham-saham itu akan naik kembali dengan kenaikan harga komoditi yang berkenaan. Kepada yang lain sideline dulu. Kita tunggu bila RM buat reversal, kita tunggu peluang bilamana keadaan politik lebih jelas.

Jangan risau dan percayalah, pelaburan saham memang pelaburan yang menguntungkan dalam jangkamasa panjang sesuai dengan kenaikan ekonomi dan kemajuan syarikat saham-saham yang kita beli itu. Apa yang penting di sini ialah masa. Berilah ia masa sepertimana yang pernah FY terangkan dulu dalam pelaburan saham MITRA yang berharga 39 sen pada tahun 2010 yang mana ia membawa keuntungan sebanyak RM9090.00 atau 23 kali ganda untuk setiap 1000 unit yang kita pegang. Dalam hal ini perlukah kita risau dengan keadaan pasaran semasa dewasa ini?

Sekian dulu buat kali ini.

FY
Remisier
Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
0166667430

Jemput ke personal coaching FY untuk belajar melabur saham dengan lebih mendalam. Hubungi Dealer FY Abdullah Ramzi di talian 0173730513 untuk menempah slot anda.

' style='padding: 0; border: none;'/>

06 Ogos 2015

POKET KEBANYAKAN PELABUR BUMIPUTERA BELUM CUKUP DALAM


POKET KEBANYAKAN PELABUR BUMIPUTERA BELUM CUKUP DALAM

Assalamualaikum... Salam Sejahtera...

Setelah hampir 20 tahun FY menceburkan diri dalam pelaburan saham ini banyak perkara yang FY nampak dari segi perkembangan ekonomi rakyat negara ini. Kalau dibuat perbandingan ianya selamat untuk dinyatakan yang kekuatan ekonomi bukan Bumiputera rata-rata 3 kali ganda lebih kukuh kalau dibandingkan dengan orang kita. Setiap seringgit yang kita ada mereka punya tiga ringgit. 1:3.

Dalam banyak segi, mereka mampu membeli kereta mewah, mampu membeli hartanah yang begitu tinggi harganya dewasa ini pada ketika orang kita tercungap-cungap untuk mencukupkan perbelanjaan bulanan. Kebanyakan perniagaan dikuasai pihak mereka dan orang kita bolehlah dikatakan hanya baru bermula dan bertatih.

20 tahun dahulu rakyat kebanyakan hanya mampu membeli motor kapcai yang berharga RM3000.00, 10 tahun dahulu dah boleh pakai RXZ yang berharga RM5000.00 ke RM7000.00, dewasa ini ramai juga yang mampu membeli motor berharga antara RM20,000.00 ke RM30,000.00. Kereta yang dipakai juga lebih mahal dan lebih canggih. Ini jelas menunjukkan peningkatan ekonomi orang kita.

Pun begitu kalau dibuat perbandingan kita masih jauh ketinggalan. Di waktu kita sibuk dengan memenuhi keperluan kehidupan, mereka telah melangkah jauh, jauh memasuki bidang perniagaan dan pelaburan. Apa juga yang boleh mendatangkan keuntungan kewangan pasti mereka akan berada di situ. Di waktu mereka membeli saham, hartanah dan mengembangkan perniagaan kita pula sibuk membeli barang-barang yang semakin lama semakin susut nilainya. Geng superbike, geng kereta, geng basikal mahal, geng kamera mahal dan sebagainya terdiri dari orang kita. Upgrade dan menambah aksesori basikal, motor dan kereta yang hanya menguncupkan ekonomi juga dilakukan oleh orang kita.

Dalam bidang saham, lebih 80 peratus syarikat yang disenaraikan ialah syarikat bukan Bumiputera. Substantial shareholders dalam saham-saham yang tersenarai juga merupakan hak milik mereka. Setiap kali IPO baru keluar, permohonan mereka 3 kali ganda lebih besar dari pemohonan pihak kita. Poket yang dalam membolehkan mereka menjadi pelabur jangkamasa panjang. Membolehkan mereka meletakkan modal di mana-mana sahaja peluang pelaburan itu terbuka. Inilah kelebihan mereka.

Semua ini jelas menunjukkan yang poket kebanyakan mereka jauh lebih dalam dari poket orang kita. Poket yang cetek menyebabkan peluang pelaburan mahupun peluang perniagaan yang ada menjadi sempit. 

Jadi apa yang boleh kita lakukan dengan poket yang cetek ini?

Dalam pelaburan IPO FY selalu sarankan supaya pelabur kita menjalankan startegi hit n run. Pohon dan jual hari pertama. Dapatkan kembali kecairan untuk mendapatan IPO yang seterusnya. Kita tak mahu modal kita yang kecil itu terbenam dalam saham-saham seperti FGV dan ICON yang mengambil masa begitu lama dan merugikan.

Dengan modal yang kecil ini FY sarankan elakkan bermain saham secara kontra atau menjadi trader jangkamasa pendek yang mana risiko kehilangan modal sangat tinggi.

Dengan modal pelaburan yang kecil ini juga, kita beli dan simpan saham-saham pendapatan seperti SCICOM, DIGI, MAXIS, BURSA, GAS MALAYSIA atau mana-mana saham sekalipun yang memberikan pulangan dividen yang stabil sepanjang tahun. Strategi pelaburan ini adalah strategi yang baik untuk pelabur yang poketnya cetek.

Atau beli saham-saham yang bepotensi, saham seperti MITRA, MYEG dan PESTECH yang mana pengarah syarikatnya pandai dan tahu cara untuk menjalankan corporate execise bagi menggandakan nilai saham mereka.

Dalam perniagaan pula, mulakan perniagaan tanpa memerlukan kita menyewa pejabat, cari perniagaan online yang mana modal permulaannya rendah sedangkan potensi keuntungannya besar, cari perniagaan perkhidmatan yang murah dan mudah untuk dimulakan.
  
Itu sahaja dalam kesempatan kali ini.

Andai anda berminat untuk mulakan pelaburan saham, InsyaAllah FY boleh kongsikan sedikit sebanyak ilmunya. Hubungi FY di talian 0166667430. InsyaAllah FY akan cuba bantu.

FY
0166667430



' style='padding: 0; border: none;'/>

05 Ogos 2015

PERBANDINGAN PELABURAN DI MALAYSIA


KELEBIHAN MELABUR SAHAM DI BURSA MALAYSIA

Assalamualaikum...

Kali ini FY ingin menceritakan tentang peluang-peluang pelaburan dan pulangan yang bakal di terima andai dengan pelaburan yang kita buat.

1. SIMPANAN DI BAWAH BANTAL
Duit itu tidak akan berkembang jumlahnya malah menurun dari segi nilai kerana inflasi. Kecairan tinggi sebab boleh keluar pada bila-bila masa.

2. SIMPANAN DI BANK
Dapatlah lebih kurang 3% pulangan tahunan. Tolak kadar Inflasi pada lebih kurang 3% juga, kosong juga jadinya. 

3. UNIT SAHAM AMANAH ASB
Dapatlah lebih kurang 8% tahunan. 

4. SIMPANAN DI TEMPAT LAIN
15% kalau kita dapat beli saham Bank Rakyat tapi kenalah tunggu kekalau ada ahlinya yang nak menjual atau Lembaga Tabung Angkatan Tentera tapi kenalah jadi tentera mahupun simpanan di Koperasi Permodalan Felda tapi kenalah jadi salah seorang peneroka pulak.

5. UNIT SAHAM AMANAH YANG LAIN
Ini namanya Indirect Investment. Kita dan para pelabur yang lain memasukkan modal dan modal yang banyak yang terkumpul ini akan di kendalikan oleh para konsultan yang profesional dengan yuran-yuran yang tertentu. Kebanyakan duit ini dilaburkan dalam bentuk saham baik di Bursa Malaysia atau di Bursa-Bursa di seluruh dunia atau dalam bentuk Bon dan Sukuk. kalau yuran yang dikenakan setahun 5% maka mereka kenalah cari pendapatan yang lebih dari itu. Untunglah kalau Unit Amanah itu dilancarkan pada masa pasaran di tahap yang rendah tetapi bilamana pasaran di tahap yang tinggi sepertimana sekarang maka ia bukanlah satu tindakan yang bijak. Lagipun harus diingat pelaburan Saham Amanah ini telah bungkus di Amerika kerana ia telah digantikan dengan produk yang bernama Exchange Traded Fund yang jauh lebih murah yurannya.

6. PELABURAN HARTANAH
Kita beli dapat barang. Baik tanah atau hartanah, rumah, rumah kedai dan sebagainya. Barang yang makin lama makin naik harganya disebabkan penduduk dunia yang makin ramai tetapi tanah jumlahnya terhad. Diberi masa maka ia boleh membawa kepada keuntungan yang banyak melabihi 100%. Namun demikian masalah yang ada di sini ialah masalah kecairan. Ia mengambil masa yang lama untuk mendapat kembali pelaburan tersebut.

7. PERNIAGAAN
Memanglah perniagaan membawa 9 daripada 10 rezeki tapi ia bukanlah sesuatu yang mudah. Lebih 70% perniagaan yang dimulakan akan rugi dalam jangkamasa 5 tahun sejak ia dimulakan. Namun demikian pulangan atau margin keuntungan bersih sekitar 30% setahun adalah dikira munasabah.

8. FOREX. KOMODITI, FUTURES, DERIVATIF
Tak ada yang FY boleh katakan melainkan dalam pelaburan ini kita tak dapat barang. Kebanyakannya high risk tapi high return andai kita dapat menguasainya. Namun bilangannya terlalu kecil. Seperkara lagi kita sebenarnya bersaing dengan terlalu ramai trader dari seluruh dunia. Trader yang jauh lebih canggih dari kita. Lagi satu dari segi hukum kebanyakannya tidak mematuhi status Syariah.

9. MLM dan SKIM CEPAT KAYA
FY tak nak komen. 

10. PELABURAN SAHAM
Capital Game ini menyebabkan ramai menjadi Bilionair. Owner Apple, Ali Baba, Facebook, Genting, IOI, Maxis, MMC semuanya bilionnair belaka. Kenapa? Sebabnya kalau berniaga kita boleh buat 30 peratus setahun dalam 5 tahun dengan kiraan mudah dapatlah 150%. Kalau Property dapatlah 100% dalam masa 5 ke 10 tahun. Tapi kalau dalam pelaburan saham katalah FY ambil contoh satu kaunter bernama MITRA. Kalau kita beli pada harga 39 sen pada tahun 2010 atau RM390.00 satu lot sekarang keuntungannya ialah RM9090.00 pada tahun 2015 ini. Dalam masa 5 tahun ia menokok 23 kali ganda. Itu FY tak campur dividen lagi.

Kalau modal RM3,900.00 maka untungnya 90,900.00 dalam masa 5 tahun.
Kalau modal RM39,000.00 maka untungnya ialah 900,900.00 dalam masa 5 tahun.
Begitulah seterusnya.

Itulah kelebihan melabur saham sebenarnya. Ia unlocks values lebih tinggi daripada kita menjalankan perniagaan mahupun dalam pelaburan yang lainnya.

Apa tunggu lagi? 
Hubungi En Yasin 019 3346570 dan buka akaun saham, akaun CDS anda hari ini. 
Download dan baca ebook saham percuma FY di http://faizalyusup.my
Baca artikel-artikel pelaburan saham dalam blog FY ini.
Datang Seminar Super Investors yang FY anjurkan.
Sertai Personal Coaching Saham yang FY jalankan.

dan akhir sekali mulakan pelaburan saham sebagai alternatif pelaburan yang bakal meningkatkan ekonomi anda di masa-masa mendatang.

Tanpa tindakan apa juga takkan terjadi. Rezek takkan datang bergolek.

Sekian dulu buat kali ini.

Ikhlas,

FY
016 6667430
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Speaker
Smart Invest Roadshow anjuran Securities Commission

PS – Seminar Saham Super Investors yang seterusnya akan diadakan di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam pada hari Sabtu 26 Mac 2016 ini. Keterangan lanjut di www.seminarsaham.com.my

PSS – InsyaAllah FY akan ke menjalankan seminar lengkap basic dan advance di Kota Bahru, Kota Kinabalu, Johor Bahru dan Pulau Pinang dalam tahun 2016 ini supaya pelabur di luar sana tak perlu datang belajar personal coaching bersama FY di Kuala Lumpur.

PERKHIDMATAN KAMI

Buka Akaun CDS, CDS Islamic dan Trading
Sediakan photocopy IC dan Penyata Bank boleh datang ke pejabat atau melalui pos. Berikan nama penuh, alamat dan no hp ke talian 019 3346570 untuk urusan melalui pos.

Khidmat Nasihat Pelaburan Saham
Remisier dan dealer dalam team FY sentiasa berada di pejabat setiap hari bersedia untuk membantu anda baik untuk menjalankan urusniaga pelaburan mahupun bagi tujuan mendapatkan khidmat nasihat pelaburan saham.

Personal Coaching Pelaburan Saham
Personal Coaching live bersama FY, kelas FY dibuka SETIAP HARI waktu bekerja di The Curve, Mutiara Damansara. Dalam seminar ini pemilihan saham kaedah terkini IMANTAP serta TIMING yang betul akan dikongsikan. Inilah satu-satunya kelas personal coaching saham yang dibuka setiap hari waktu bekerja di negara ini.

Selepas kelas ini kami JAMIN anda akan boleh menjalankan urusniaga jual beli saham dengan penuh keyakinan tanpa keraguan lagi. Kalau anda masih buta dan tak yakin melabur walaupun telah membaca 1001 buku saham atau telah menyertai 1001 seminar saham maka datanglah ke kelas personal coaching ini. Percayalah mata ada akan celik dan keyakinan melabur akan menjadi milik anda selepas kelas ini nanti! Itu FY janji!

Anda cuma perlu menghubungi pihak kami bagi menempah slot anda.

Sesi Personal Coaching bersama FY diadakan pada ;


SETIAP HARI WAKTU BEKERJA
Jam 9:30 pagi hingga 5:30 petang

di Pejabat kami ;
Kenanga Investment Bank Berhad
240 Tingkat 2, The Curve
Mutiara Damansara

Untuk Semua Investor dan Trader di Bursa Malaysia Newbie mahupun yang 
berpengalaman.
Lunch disediakan.
Yuran RM900.00 seorang untuk sesi sehari.
Untuk membuat tempahan hubungi : En. Abdullah Ramzi - 017 3730513
Emel : eizmar11@yahoo.com

Jemputlah datang! Ia pasti berbaloi dan bakal menjadikan anda seorang pelaburyang bijak dan berhemah.


Group FY di FB dan WhatsApp

Pelabur yang membuka akaun dengan FY di Kenanga Investment Bank akan dapat menjadi ahli Group FY di WhatsApp dimana forum pelaburan dijalankan setiap hari.

Seminar Saham FROM ZERO TO HERO
Seminar Saham From Zero to Hero bersama FY merupakan seminar saham yang lengkap lagi menyeluruh mengenai pelaburan saham di Bursa Malaysia. Hubungi Hajah Azila 0166641755 untuk mendapatkan tarikh seminar yang terdekat.

Layari www.seminarsaham.com.my untuk mendapatkan kandungan seminar mahupun keterangan lanjut.



Ebook Investlah Percuma
Dapatkan ebook Investlah bernilai RM100.00 setebal 134 ms secara percuma bila anda menghubungi pihak kami.


Ebook – Rahsia Buat Duit dengan IPO Awam
Harga Promosi cuma RM60.00 sahaja.



Ebook – Rahsia Buat Duit dengan IPO di MITI
Harga Promosi cuma RM50.00 sahaja.


HUBUNGI TEAM FY ;

Persoalan Mengenai Memulakan Portfolio Saham Dan Membuka Akaun CDS ;
Hubungi : En. Yasin Yunus - 019 3346570
Emel : yasinyunus2714@gmail.com

Persoalan Mengenai Seminar Saham ;
Hubungi : Puan Azila Ismail - 012 2511755
Emel : azilasmile@yahoo.com

Persoalan Mengenai Online Trading Dan Menjadi Seorang Trader ;
Hubungi : Sifu Zuhri Zain MSTA - 012 6290407
Emel : muhammadzuhri@gmail.com

Persoalan Asas Pelaburan Saham Serta Tempahan Personal Coaching ;
Hubungi : En. Abdullah Ramzi - 017 3730513
Emel : eizmar11@yahoo.com

LINK PERKHIDMATAN KAMI ;

Biodata Sifu Faizal Yusup
Apa Itu Saham?
Pelaburan Saham Di Bursa Malaysia
Saya Nak Melabur Saham Tapi…
Pakar Rujuk Pelaburan Saham
Kaedah Momohon Pink Form, IPO Awam, IPO MITI dan Private Placement
Perbezaan IPO Awam Dan IPO MITI
Ebook Panduan Lengkap Memohon IPO di MITI
Cover Letter Permohonan Saham IPO di MITI
Soalan Lazim Mengenai Permohonan IPO di MITI
Apa Itu Akaun CDS
Membuka Akaun CDS
Perkhidmatan Membuka Akaun CDS
Panduan Membuka Akaun Online
Panduan Mencari Mentor Saham
Modal Permulaan Melabur Saham
Pulangan Keuntungan Melabur Saham
Memulakan portfolio pelaburan saham
Onlne VS Khidmat Remisier
Trader VS Investor
Menentukan Status Syariah Saham 
Strategi Pelaburan Saham
Bermain Saham Secara Kontra
Menjana Keuntungan Konsisten Dalam Bursa Malaysia
Panduan Pemilihan Saham 
Panduan Membeli Saham Penny Stocks
Kejatuhan Mendadak Harga Saham
Membaikpulih Portfolio saham
Mencari Ilmu Pelaburan Saham
Woksyop BTX - Online Trader
Personal Coaching
Seminar Saham Super Investor
Testimoni Peserta Seminar Super Investor
Seminar SuperTech Investor
Seminar SuperTrader

' style='padding: 0; border: none;'/>

04 Ogos 2015

Kenapa FY selesa tinggal di Malaysia berbanding di Jepun mahupun di negara-negara yang lain.

Kenapa FY selesa tinggal di Malaysia berbanding di Jepun mahupun di negara-negara yang lain.

1. Sebab ini adalah tanah tumpah darah FY
2. Ingin berkhidmat dan berbakti untuk menjadi Malaysia setanding dengan negara maju yang lain.
3. Hujan emas negeri orang, hujan batu di negara sendiri. Pastinya lebih baik di negara sendiri.
4. Orang sini cakap melayu jadi FY tak perlu belajar bahasa Jepun.
5. Jepun lebih dahulu bertamadun kalau dibandingkan Malaysia jadi memanglah mereka lebih maju dalam segala hal. Bukankah lebih baik kita bantu majukan negara kita sendiri dari memuji dan membantu memajukan negara orang lain. Daripada kita sibuk puji rumah orang lain cantik bukankah lebih baik kita bantu kemas rumah kita yang bersepah?
6. Saudara mara, sahabat handai, keluarga FY semua berada di Malaysia... Dapat peluk cium dan bantu dimana perlu. Nak peluk cium pakai whassap? Skype?
7. Kat Malaysia tak ada Tsunami dan gunung berapi... Nak tido pun aman jer...
8. Kalau nak kahwin pun senang sebab ramai orang Islam.
9. Kalau janji melayu best.. boleh lewat sikit datang... hidup macam robot jer ikut time.
10. Kat sini boleh jadi mat rempit! Kat Jepun mana boleh beb...
11. Kat sini Malaysia semua boleh!
12. Kat Jepun ramai orang bunuh diri! 
13. Kos sara hidup di Malaysia jauh lebih rendah. RM5.00 dapat sesisir pisang kat Jepun dapat sebijik jer.. kesiannnn
14. Kat Malaysia heaven makanan... Kat jepun dok makan makanan mentah jer.. Yewww!
15. Kat Malaysia boleh lepak kat mamak 24 jam brooo... Best giler!

16. Rumah kat Malaysia besar-besar kalau dibandingkan di Jepun.
17. Iklim Khatulistiwa membolehkan FY keluar rumah tanpa memikirkan nak pakai baju sejuk, ke baju panas dan sebagainya.
18. Azan kedengaran berkumandang di masjid, surau dan madrasah setiap kali masuk waktu solat.

Ahh! banyaklah kalau nak cerita...



Yang lain-lain letak sendirilah...


FY

' style='padding: 0; border: none;'/>

ILMU POWER MELABUR SAHAM DI BURSA MALAYSIA

Assalamualaikum...

Selepas bercuti panjang, sesi personal coaching saham diteruskan seperti biasa. Usaha pembangunan ekonomi insan yang berterusan selagi hayat dikandung badan...


Apa yang FY ajar yer?

Banyak! 
  • Bagaimana memilih saham yang bagus. 
  • Sesudah memilih saham-saham tersebut bila masa untuk membeli dan menjualnya akan diterangkan dengan pendekatan analisa teknikal.
  • Pelbagai strategi dan analisa juga akan dihuraikan, 
  • Strategi serta analisa yang bakal membawa keuntungan kepada investor jangkamasa panjang mahupun trader jangkamasa pendek.
  • Perbandingan antara saham-saham Pertumbuhan dan Saham Pendapatan.
  • Perbandingan antara saham-saham dalam sektor yang sama.
  • Kategori saham dan kategori pelabur serta trader. Kenali siapa anda dalam Bursa Malaysia.
  • Mengenali samaada Bursa Malaysia berada dalam keadaan sihat atau sebaliknya.
  • Fahami apakah nilai saham yang ingin kita laburkan itu.
  • Analisa CSI. Rahsia di sebalik rahsia pelaburan saham di Bursa Malaysia.


dan banyak lagiiii...




Berminat untuk menyertainya - hubungi En Ramzi 017 373 0513 untuk menempah slot anda...

Kepada yang bertanya tentang Seminar Saham From Zero to Hero bersama FY. Hubungi Hajah Azila 0166641755 untuk mendapatkan tarikh seminar yang terdekat.

Sekian dulu.

FY
0166667430

#jommelabursaham

' style='padding: 0; border: none;'/>