12 Januari 2011

Buat duit di Pasaran Saham


Salam sejahtera semua, semoga anda tenang, aman dan damai sentiasa..

Saya terpana / tergamam / terkesima bila ibunda saya mengajukan soalan ini,

Apa dah jadi dengan dakwah kau?

Persoalan yang bermain di hati saya ialah;
Bagaimana dia boleh tahu? Mungkin itu firasatnya dari hati seorang ibu yang memegandungkan saya.

Katanya dia nampak keadaan saya agak berbeza kebelakangan ini. Kelihatan seperti orang biasa. Saya pun tak tahu apa yang dimaksudkannya namun persoalan ini begitu menjejaskan saya entah kenapa.

Apapun saya memang kebiasaannya menulis buku, memberikan kaunseling, motivasi dan sebagainya namun demikian semenjak kebelakangan ini iaitu semenjak kenaikam harga saham di pasaran, masa saya untuk menjalankan semua ini menjadi begitu terhad. Yang pastinya lama juga saya tidak menulis dan manuskrip yang ada terbengkalai buat masa ini.

Alasan saya ;
- Writer's block - kerana tiada inspirasi baru untuk menerus dan menyiapkan penulisan.
- Perjalanan masa tidak menulis tetapi membaca dan mengamati dunia mengajar banyak perkara baru dan membuka horizon baru untuk mendapat ilham segar dalam penulisan.
- Saya sibuk dengan pasaran saham. 

Saya rasa tanggungjawab dan amanah sebagai seorang broker saham ialah untuk menguasai ilmu pelaburan dan dengan itu membantu mereka yang melabur untuk mendapat keuntungan. Jadi kalau dahulu masa malam saya, saya gunakan untuk menulis motivasi, kauseling dan dakwah namun masa malam kini digunakan untuk membuat penyelidikan mengenai pasaran saham. Banyak yang saya ketinggalan dan perlu saya kejar. DAlam ertikata lain, ilmu motivasi dan kaunseling saya jauh lebih banyak daripada ilmu pelaburan. Oleh itu saya perlu meningkatkannya ke tahap yang tertinggi satu hari nanti dengan izin Allah. 

Kalau dahulu saya melakukan amal jariah dalam bentuk penyampaian penulisan, motivasi dan kaunseling tapi kali ini saya menyampaikannya dalam bentuk Jihad Ekonomi iaitu membantu orang lain untuk meningkatkan ekonomi mereka dengan melabur dan InsyaAllah dengan keadaan ini memberi ruang kepada pendapatan yang mana boleh digunakan untuk diri keluarga dan masyarakat hendaknya. InsyaAllah.

Kalau dahulu hati saya rasa gembira bila melihat orang lega dan puashati dengan pengisian mahupun bantuan yang saya sampaikan namun sekarang perasan yang sama hadir tiap kali pelanggan mendapat keuntungan dari pelaburan mereka. Jadi, saya rasa tugas saya masih sama tapi buat masa ini dalam aspek yang berbeza. InsyaAllah bila tiba masanya saya akan kembali menulis.

Sekian dulu. Wassalam.

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.