05 Januari 2011

Benarkah Karam Singh Walia Hina Melayu - Satu Ulasan

Salam sejahtera..

Beberapa hari yang lepas saya ada menonton klip video Karam Singh Walia yang merapu kemungkinan dalam keadaan mabuk agaknya. Apapun dalam keadaan khayal begitu beliau telah mengatakan sesuatu yang telah menyinggung perasaan bangsa melayu yang berada di restoran tersebut.


Untuk pengetahuan anda, Karam Singh Walia adalah salah seorang wartawan di TV3 yang memaparkan aduan rakyat dan telah memenangi pelbagai anugerah kewartawanan. Beliau begitu terkenal dengan peribahasa dan perumpamaan dalam setiap paparan dokumentarinya.

Pada saya dalam hal ini kasihan Karam Singh Walia. Kasihan kerana selama ini dia melakukah pelbagai kebaikan bagi menolong ramai orang sepertimana yang kita liihat di kaca televisyen tapi kerana kesilapannya kali ini dia dihukum dan dimalukan. Beliau yang begitu sinonim dengan pelbagai perumpamaan setiap kali menutup dokumentarinya TV mungkin boleh menggunakan perumpamaan ini kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Kerana satu kesilapan musnah semuanya. Saya yakin ramai yang menonton paparan Youtube itu hilang kepercayaan terhadapnya. Ini adalah lumrah manusia. 

Apapun ingin saya jelaskan di sini janganlah kerana kesilapan yang SATU menyebabkan kebaikan yang SERIBU ditolak ketepi. Saya yakin dia menyesal atas tindakan di luar kesedarannya itu. Berilah dia peluang untuk memperbaiki keadaan dan janganlah begitu cepat emosional dan menghukum.

Kemarahan yang baik ialah kemarahan yang dilemparkan ke tempat yang hak.

Fikir-fikirkanlah.

Faizal Yusup

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.