Kekadang saya pelik bila melihat anak-anak yang terbiar, dibiarkan oleh ibu bapa mereka malah ada yang didera, dibuang, diperlakukan sebgai hamba seks dan dibunuh. Ini kerana anak-anak ini sebenarnya satu nikmat kurniaan Allah Taala dan mereka diamanahkan / dipertanggungjawabkan kepada kita untuk disayangi, dididik, dibesarkan, dipelihara, dibiaya dan sebagainya.
Dalam hal ini kadang-kadang ada pula ibubapa yang begitu sibuk dengan agenda mencari duit hinggakan mereka menghabiskan masa di pejabat mahupun dalam menguruskan perniagaan hinggakan mereka tak punya masa untuk bersama anak-anak. Anak-anak dibentuk penerapan nilai dirinya oleh orang lain baik orang gaji, atuk dan nenek ataupun orang yang diupah menjaga mereka. Kemudian bila mereka meningkat ke tingkatan satu mereka dihantar pula ke asrama dan pembentukan seterusnya adalah bersama kawan-kawan. Keadaan ini pastinya akan menyebabkan kemesraan dan jalinan silaturrahim antara anak dengan ibubapanya terjejas tanpa disedari.
Kemudian ada anak-anak yang ingin bermanja dengan ibubapanya tetapi mereka ditolak ketepi kerana ibubapanya tak punya sifat MEMBELAI DAN MENYAYANGI di dalam diri. Sentuhan merupakan sesuatu yang begitu mahal bagi mereka sedangkan sentuhan dapat membina kemesraan dan kasih sayang. Ia adalah salah satu nikmat Allah yang bersifat sementara dan akan hilang satu hari nanti.
Oleh itu usaplah dan peluklah anak-anak, sayangi pasangan dan keluarga, ajaklah mereka bermain badminton, beriadah dan bersantai bersama kerana semua ini satu nikmat dari Allah Taala dan semua tindakan ini membawa ganjaran besar dari Allah Taala. Nikmat untuk merasa, nikmat untuk bersama, nikmat tenaga, nikmat nyawa, nikmat kesihatan semuanya kurniaan Allah. Kita mesti menghargainya kerana ia hanya ada buat seketika dua dan bersifat sementara.
Ini kerana pada satu hari kita akan menjadi tua dan akan hilang tenaga untuk melakukan semua ini. Deria juga akan menjadi semakin lemah, kita akan mula hilang penglihatan, hilang deria pendengaran dan sentuhan lalu di penghujungnya akan meninggalkan dunia ini. Maka sejak itu hilanglah segala nikmat kurniaan Allah Taala yang dikurniakan di alam fana ini.
Oleh itu hargailah semua nikmat ini. Sayangi diri, keluarga, sesiapa sahaja, hargai pancaindera, tenaga, anggota, nyawa, masa dan segala nikmat yang ada sebelum ia pergi meninggalkan kita.
Fikir-fikirkanlah..
Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.
Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.
Ikhlas dari,
Ikhlas,
FY Al Haj
0166667430
Sekiranya anda mendapat manfaat membaca artikel ini FY harap anda dapat like dan share post ini dengan harapan ia juga membawa manfaat kepada orang yang dijodohkan dengannya.
Terima kasih…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.