09 Januari 2011

Harga Barang Naik Lagi



Hampir setiap tahun harga barang akan naik. Baru-baru ni saya pergi makan di kedai Nasi Kandar dah naik 50 sen harganya, pergi makan di sebuah restoran di Petaling Jaya semua menunya naik RM1.00, bila pergi membeli barang-barang dapur pula RM100.00 pun tak terasa barang yang dibeli. Boleh dikatakan semua barangan naik yang tak naik cuma gaji dan ditambah dengan inflasi dan pelbagai cukai dan sebagainya pendapatan bersih kita nampaknya semakin mengecil.

Cara terbaik untuk menaikkan harga barang selalunya bermula dengan penyorokan barang-barang tersebut. Gula, tepung, minyak masak dan sebagainya semuanya pernah disorok pembekal sehinggalah harganya dinaikkan. Kenaikan harga gula diikuti dengan kempen mengurangkan penggunaannya dan juga bagaimana gula boleh menjejaskan kesihatan. Tak lama lagi GST atau Government Sales Tax akan diperkenalkan dan kemudian kadar subsidi akan dikurangkan. Tak lama lagi tariff elektrik, tariff air, tol pula akan dinaikkan.

Dewasa ini kenaikan harga barang dilakukan secara senyap tanpa pengumuman kepada pihak umum. Semua yang negatif disenyapkan dan semua yang positif digembar gemburkan. Biasalah tu. Itu politik namanya. Politik adalah satu perniagaan dan mereka yang memasuki politik adalah mereka yang penuh tipu daya dan mencari keuntungan darinya untuk mengisi kantung sendiri walau dalam mana-mana parti mereka berada. Mungkinlah ada segelintir yang berjuang kerana rakyat namun demikian saya yakin ia boleh dikira dengan jari. Tak mengapalah menjadi pemimpin merupakan amanah dan tanggungjawab yang berat. Jadi bersedialah di akhirat nanti untuk menerima akibatnya atas kesilapan dan salah laku yang dilakukan di dunia ini.

Maka dalam hal ini ramailah yang marah dengan mengatakan kelapa sawit ada di seluruh Malaysia tapi kita boleh kehabisan minyak kelapa sawit. Kemudian ada pula yang membuat perbandingan dengan negara lain yang tak pernah putus bekalan. Kemudian perihal harga minyak petrol yang sentiasa melambung tinggi dan kenaikan ini akan menyebabkan efek berantai yang menyebabkan semua barang naik kerana kenaikan harga pengangkutan.

Kemudian ramai yang marah dengan kerajaan hingga mahu menggulingkan kerajaan, mengatakan kerajaan tak bertanggung jawab, kerajaan yang penuh dengan rasuah dan sebagainya.

Nampak gayanya tiada yang kelihatan positif.

Apapun saya bukan ahli politik dan saya tak berminat dengan politik. Pada saya kalau dibuat perbandingan mana-mana kerajaan sekalipun tak ada yang sempurna, mereka baik dalam satu aspek tapi masalah pula dalam satu aspek yang lain. Ada negara yang punya pelbagai kemudahan tapi cukai negara mereka cukup tinggi sehingga melebihi 50% daripada pendapatan hingga mereka sanggup untuk mendaftarkan syarikat mereka di luar negara bagi tujuan pengelakan cukai ini. Ada negara yang terpaksa membayar sehingga RM5.60 seliter untuk petrol namun ada negara lain pula yang membayar hanya RM0.50 sahaja. Apapun kita menang di sana dan kalah di sini.
Dalam hal ini sabda Rasullullah SAW membandingkan dengan mereka  yang lebih susah adalah lebih wajar.

Terus terang pada saya semuanya sama sahaja walau dimana kita berada. Sikap tak puas hati memang sikap manusia. Pasti ada sahaja yang kita tidak berpuas hati. Pasti ada sahaja yang jelek di mata kita.

Kita kata kita bersifat positif tapi hakikatnya kita negatif dalam tindakan. Kita membenci, mengutuk dan menghina. Bukankah tindakan itu mengikut nafsu?

Kita lebih suka bertanya apa sumbangan orang lain / kerajaan kepada kita namun kita tak pernah bertanya diri akan apakah sumbangan kita pada masyarakat dan negara.

Pada saya ini semua membuang masa berharga. Lebih baik kita tumpukan perhatian untuk membangunkan modal insan dalam diri, meningkat produktiviti mencapai kecemerlangan KPI diri. Anggaplah semua ini sebagai motivasi untuk meningkatkan diri dengan berusaha lebih gigih mencari pendapatan bagi meningkatkan status kehidupan.

Hanya orang miskin dan pemalas yang banyak merungut dan membuang masa, orang kaya dan gigih tak nampak semua ini sebagai alasan. Pada mereka masa yang diperuntukkan untuk merungut dan berdemonstrasi lebih baik digunakan untuk perkara yang lebih baik dan menguntungkan mereka.

Hakikatnya sejak dahulu lagi tak pernah kita lihat harga barang turun. Semakin lama ia semakin mahal kerana penduduk dunia semakin ramai dan pengeluaran semakin mengurang maka pastinya harga akan terus naik dan naik. Hinggalah minyak kehabisan dan perang dunia ketiga berlaku, akhirnya duniapun kiamat.

Terima sahajalah hakikat itu, mari kita tingkatkan usaha untuk menjadi bangsa yang berjaya. Lebih baik jangan buang masa merepek, merungut, mengarut dan mencarut. Ada perkara yang lebih baik untuk kita lakukan.

Fikir-fikirkanlah.

FY Al Haj
0166667430
DIIA UITM Shah Alam
BBA Finance University Of Nebraska Lincoln
Top Performing Remisier 
Kenanga Investment Bank Berhad
Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Speaker Bursa Malaysia Islamic
Speaker Bertauliah InvestSmart
Suruhanjaya Sekuriti
Lebih 20 tahun pengalaman dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia.


*FY Team*

Zuhri Zain MSTA | 0126290407 - TA Expert, Handles Private Placements.
Firdaus Majid MSTA, CMT |0134229155 - TA Expert
Ramzie | 0173730513 - Trading, Execution, Handles Personal Coaching and TA Class Schedule
Yasin | 0193346570 - CDS Administration, Transfers and Opening.
Azila | 0166641755 - Handles In House Seminar and Ebooks

Baca blog dengan input saham percuma di www.faizalyusup.net
Download Ebook Investlah 134 ms secara percuma di
Beli Ebook Rahsia IPO RM60 dan Rahsia IPO di MITI RM50
WhatsApp Puan Azila 0166641755.

Masuk group pelaburan saham FY percuma di WhatsApp 0166667430

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.