18 Januari 2011

Ikut susunan Allah / Tawakkal / Redhalah..



Salam sejahtera buat semua yang sudi menziarahi blog ini...


FY menulis lagi...


Dalam kehidupan ini kita seringkali bertemu dengan orang yang cerewet, kuat merungut dan sebagainya. Pada mereka ada sahaja benda yang tak kena. Ini tak kena, itu tak kena dan sebagainya. Mungkin pada pendapat saya mereka merasakan yang dengan berbuat demikian mereka akan mendapat jalan atau keputusan yang terbaik.

Pada saya orang sebegini meletakkan hukum pada tempat yang tak perlu ada hukum hakam. Allah Taala telah meletakkan hukum di tempat yang perlu ada hukum dan Dia meletakkan hukum mengikut kehendakNya dan kita sebagai makhluk ciptaanNya hanya perlu mematuhinya. Ikut suka Dialah nak haramkan babi dimakan dan arak diminum. Ikut suka Dialah nak membenarkan manusia kahwin dengan pasangan lain jantina dan membenarkan manusia berpoligami sebanyak 4 orang. Itu semua adalah hukum hakam garis panduan yang diletakkan Allah Taala dan sekali lagi kita hanya perlu mematuhinya dengan redha tanpa soal. Ia semudah itu.

Namun demikian manusia dengan nafsunya lebih suka melanggar semua hukum hakam ini. Allah Taala benarkan lelaki kahwin dengan perempuan tapi lelaki nak kahwin dengan lelaki, nak kahwin dengan binatang, dengan anaknya sendiri dan sebagainya. Bila buat semua ini maka masalahlah yang bakal timbul. Masalah yang timbul dek kerana kesilapan diri sendiri.

Contohnya bila dapat duit lalu digunakan di tempat yang haram dan makruh, berhutang tak bayar, mengambil rasuah dan segala kesalahan yang ada kena mengena dengan duit maka masalah kewanganlah yang bakal kita terima. Kalau kita bersalahan dengan manusia dan tidak meminta maaf atas kesilapan itu, maka kita bakal menghadapi masalah dengan manusia juga dan kalau kita bersalahan dengan Allah Taala dengan menduakannya maka lagi besar dugaan yang bakal kita terima.

Apapun dalam hal ini pada saya yakin yang kehendak Allah, hukum hakam, takdir dan susunan Allah dalam kehidupan itu adalah yang terbaik dan saya selagi daya tak mahu menjadi orang yang cerewet dengan itu dan ini. Dalam apa juga keadaan saya lebih suka menerimanya dengan redha kerana percaya itu semua termasuk dalam hukum hakam Allah dan aturanNya adalah yang terbaik.

Seterusnya kalau kita mahu mengalih sesuatu keadaan atau situasi itu maka ia hendaklah dibuat dengan akal yang rasional berdasarkan garis panduan yang dibenarkan Allah. Bukan cuba mengubah sesuatu itu kerana untuk memuaskan nafsu serakah diri sendiri.

Saya pernah bertemu dengan orang yang mengatakan hidupnya sepatutnya begitu begini. Orang lain semua mesti patuh kepada kehendaknya. Mereka bersikap kiasu iaitu mementingkan diri sendiri. Dia punya set hukum hakam yang tersendiri dalam semua hal. Tak boleh makan itu, tak boleh buat ini, pantang ada yang tak kena maka mereka mahu mengubahnya mengikut selera mereka. Persoalannya mudah, adakah apa yang kita hendak itu selari dengan kehendak Allah? Kalau ya maka saya yakin anda selamat. Namun dalam banyak situasi dan keadaan ia langsung tidak begitu. Kita sering sahaja diduga.

Sebelum berundur saya tinggalkan anda dengan sebuah kisah, kisah yang saya terbaca semalam.

Dua orang pergi memancing ikan. Seorang kufur dan seorang mukmin. Si Kufur dapat ikan yang banyak tetapi si Mukmin seekor pun tak dapat. Maka datanglah malaikat bertemu dengan Allah Taala untuk mencari penjelasannya.

Kata Allah, si kufur dah tentu masuk neraka maka apalah sangat ikan yang dia dapat tu kalau dibandingkan dengan neraka yang bakal ditempuhinya. Sedangkan si Mukmin itu pula sebenarnya sedang diduga dan apalah sangat dugaan itu kalau dibandingkan dengan syurga yang kekal abadi.

Dalam hal ini sesungguhnya tak beriman seseorang itu andainya dia tidak diduga.

Sekian dulu buat kali ini...

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.