03 Mac 2015

SOAL JAWAB PELABURAN SAHAM DI BURSA MALAYSIA

SOAL JAWAB SAHAM DI BURSA MALAYSIA

Saya  zero knowledge dalam pelaburan saham ini. Apakah langkah-langkah yang perlu saya lakukan?

Dalam hal ini perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah untuk mencari ilmu pelaburan saham terlebih dahulu. Ini boleh dilakukan dengan membaca blog dan website, suratkhabar, majalah dan Ebook, mendengar radio BFM dan Bernama, menonton dokumentari pelaburan di TV dan youtube, belajar dari mentor, menghadiri Personal Coaching, Kursus dan seminar dan sebagainya.

Anda juga boleh melayari blog FY di www.faizalyusup.net atau mendapatkan Ebook Investlah – Tip Pelaburan Saham FY bernilai RM100.00 karya FY secara percuma dengan memberikan alamat emel kepada eizmar11@yahoo.com


Setelah mendapat ilmu yang memadai langkah seterusnya ialah untuk membuka akaun CDS dan Trading di Broker Saham.

Sediakan modal lebih kurang RM5000.00 dan mulakanlah pembelian saham anda.

Apakah seminar dan kursus yang boleh saya sertai bagi menajamkan ilmu pelaburan saham ini?

Dalam hal ini FY bagi pihak Advance Forward Training & Consultancy ada menganjurkan kursus untuk trader dan investor ekuiti di Bursa Malaysia.

Berikut ini adalah antara seminar dan kursus saham yang dianjurkan oleh Advance Forward Training and Consultants ;

1.   SEMINAR SUPER INVESTOR
BASIC INVESTOR / TRADER
Seminar ini khas untuk pelabur newbie dan beginner. Ia menyampaikan overview pasaran saham serta kaedah-kaedah menjana keuntungan dalam pasaran Bursa Malaysia. Yuran penyertaan hanya RM490.00.

2.   WOKSYOP ANALISA TEKNIKAL
INTERMEDIATE INVESTOR / TRADER
Untuk Investor dan Trader intermediate dengan menggunakan kaedah analisa teknikal iaitu dengan menganalisa carta bagi menjalankan urusniaga dalam pasaran. Yuran penyertaan hanya RM700.00.

3.   PERSONAL COACHING TRAIN THE SUPERTRADER
ADVANCE INVESTOR / TRADER
Untuk Trader Advance level dengan menggunakan Platform Kentrade bagi memilih saham yang baik dan mendapatkan signal beli dan jual jangkamasa pendek mahupun panjang. Yuran penyertaan hanya RM900.00.

Investment saham ni macam mana?

Ekuiti adalah saham-saham yang diterbitkan oleh syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia dan juga saham-saham yang tidak tersenarai di Bursa Malaysia.

Apabila kita membeli stok atau saham biasa, kita sebenarnya MEMILIKI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARIKAT tersebut dan berhak mengundi dalam mesyuarat agung. Setiap saham adalah pegangan kecil hak milik sesebuah syarikat dan kita boleh membeli sejumlah kecil atau sejumlah besar lot saham bergantung kepada wang yang kita miliki. Sebagai pemegang saham, kita akan menerima faedah daripada keuntungan yang diperolehi syarikat dalam bentuk dividen yang dibayar dan juga keuntungan daripada kenaikan harganya di pasaran saham.

Sama seperti perniagaan, pelaburan dalam mana-mana instumen kewangan terdapat risiko yang perlu kita titikberatkan. Harus diingat bukan semua perniagaan menguntungkan. Dalam hal ini mendalami ilmu pelaburan saham ini amatlah penting bagi membolehkan anda berjaya sebagai pelabur di Bursa Malaysia.

Apakah strategi pelaburan saham yang terbaik bagi menjana keuntungan?

Sebenarnya terdapat begitu banyak strategi yang boleh digunakan bilamana anda melabur di Bursa Malaysia ini. Ia bergantung kepada jumlah modal anda, risiko pelaburan anda,  jangkamasa pelaburan anda, objektif pelaburan anda dan sebagainya.

Sekiranya anda seorang pedagang atau trader, maka strategi jangkamasa pendek dengan menggunakan kekuatan analisa teknikal akan digunapakai. Dewasa ini banyak juga software sistem analisa teknikal yang diperkenalkan di negara ini yang boleh anda langgani. Sekiranya anda seorang pelabur atau trader pula, anda berkemungkinan besar akan menggunakan strategi berlandaskan Fundamental dan Financial Ananlysis. Strategi pelaburan dalam Saham pertumbuhan dan Pendapatan adalah antara strategi mudah yang sering digunapakai.

Strategi gabungan juga boleh digunakan bagi memberi kekuatan terhadap analisa pelaburan anda.

Strategi Nilai Dollar Cost Averaging dan Diversification pula contohnya adalah strategi asset allocation bagi tujuan spreading the risk.

Bagi tujuan pemilihan saham yang baik pula anda boleh menggunakan kaedah Value Investing yang digunakan oleh Warren Buffett mahupun kaedah CAN SLIM yang dipelopori oleh William O’Neal, Kaedah PEGGY method juga boleh digunakan.

Bagi adaptasi di Bursa Malaysia FY menggunakan kaedah yang FY cipta sendiri yang FY namakan kaedah IMANTAP. Anda boleh mempelajarinya dengan menghadiri Personal Coaching yang FY jalankan. Kaedah ini amat berkesan untuk menjana keuntungan dalam pasaran saham di Bursa Malaysia ini.

Bagi mendalami aspek ini dapatkan Ebook Strategi-Strategi Pelaburan di Bursa Malaysia karya FY di pasaran.

SOALAN BERKENAAN CDS

Apa Itu Akaun CDS?

Sekiranya anda ingin memulakan pembelian saham mahupun mendapat peruntukan saham baik melalui Blue Form, Pink Form, ESOS, IPO atau anda ingin memohon peruntukan saham bumiputera di MITI maka anda WAJIB ada akaun CDS. Kalau tidak saham tersebut tidak berharga kerana ia tak boleh dijual.

Akaun CDS atau nama panjangnya Central Depository System adalah tempat dimana saham-saham tersebut bakal disimpan. Untuk pengetahuan semua, CDS ini sebenarnya telah bertukar nama kepada Bursa Malaysia Depository.

Untuk menjalankan urusniaga saham tersebut di Bursa Malaysia pula anda perlu membuka akaun Trading saham yang dikendalikan oleh seorang wakil peniaga yang dikenali sebagai Dealer’s Representative atau Remisier yang berlesen. Mereka pula merupakan agen kepada sebuah syarikat broker yang berlesen dengan Bursa Malaysia. Ketika ini terdapat 33 Syarikat Broker di negara ini, antaranya ;

·         Kenanga Investment Bank
·         CIMB Investment Bank
·         RHBOSK Investment Bank
·         Maybank Investment Bank
·         Affin Hwang Investment Bank
·         Aminvestment Bank
·         Public Investment Bank
·         TA Securities
·         Hong Leong Investment Bank
·         Malacca Securities
·         PM Securities
·         Credit Suisse Securities
·         UBS Securities
·         JPMORGAN Securities
·         CLSA Securities
·         Macquarie Capital Securities

Saya dibawah umur 18 tahun. Bolehkah saya membuka akaun CDS?

Tidak boleh. Anda mesti berumur 18 tahun dan ke atas untuk membuka akun CDS.

Saya bukan warga negara Malaysia. Bolehkan saya membuka akaun CDS?

Boleh. Dengan syarat anda melebihi umur 18 tahun, punya passport yang sah dan penyata akaun mana-mana Bank di negara ini.

Bagaimana caranya untuk membuka akaun CDS?

·         Kita perlukan salinan kad pengenalan (Muka depan dan belakang.)
·         Kita perlukan RM10.00 untuk membuka akaun CDS ( Central Depository System ) dengan Bursa Malaysia.
·         Buka akaun trading dengan syarikat broker / remisier yang terlibat.
·         Salinan muka depan buku akaun atau penyata bank.

Atau berikan nama penuh, alamat dan no HP kepada En Yasin di talian 019 334 6570. Pihak kami akan hantarkan dokumennya melalui courier atau datang sendiri ke pejabat FY di

Kenanga Investment Bank Berhad, 
Lot 240, Second Floor, 
The CURVE, 
Mutiara Damansara 
47800 Petaling Jaya, 
Selangor Darul Ehsan.

Boleh tak saya buka lebih dari satu akaun CDS?

Membuka akaun CDS lebih kurang macam membuka buku akaun bank. Anda boleh membuka sebanyak mana yang anda mahu dari broker-broker yang berlainan.

Akaun CDS saya berstatus tidak aktif. Bagaimana untuk mengaktifkannya?

Anda cuma perlu mengisi dan menandatangani satu borang pengaktifan di Syarikat Broker anda.

Akaun CDS saya berstatus Dormant. Bagaimana untuk mengaktifkannya?

Bagi akaun CDS yang kosong selama lebih 2 tahun ia akan menjadi Dormant. Dalam hal ini anda cuma perlu mengisi dan menandatangani satu borang pengaktifan di Syarikat Broker anda. Yuran sebanyak RM5.00 dikenakan.

Saya membeli saham X di Maybank Securities, boleh tak saya menjualnya melalui Kenanga Investment Bank Berhad?

Tak boleh, sebab saham itu tiada di Kenanga Investment Bank Berhad. Saham yang dibeli di Broker A mesti juga dijual di Broker A juga melainkan ia telah dipindahkan.

Bagaimana nak transfer / pindahkan saham yang didagangkan di Bursa Malaysia?

Saya mempunyai saham di Maybank Securities, saya telah berpindah, bagaimana saya hendak memindahkan saham tersebut ke Kenanga Investment Bank Berhad yang letaknya berdekatan dengan rumah saya?

·         Dalam hal ini anda perlu membuka akaun CDS yang baru dengan Kenanga Investment Bank Berhad.
·         Dapatkan nombor akaun CDS yang baru di Kenanga.
·         Kemudian pergi ke broker asal dan isikan borang pindahan (berwarna biru)
·         Masukkan maklumat pindahan dari no akaun CDS Maybank ke no akaun CDS Kenanga.
·         Yuran RM10.00 akan dikenakan bagi setiap kaunter saham yang dipindahkan.

Nota* Saham tak boleh dipindahkan sekiranya ada kerugian tertunggak yang masih belum dijelaskan.

SOALAN BERKENAAN PELABURAN SAHAM

Adakah sebarang modal minimum ditetapkan untuk pelaburan saham?

Tiada. Kita boleh membeli saham walaupun dengan modal sebanyak RM100.00 sahaja. Tapi saham kecil sebegini lebih tinggi risikonya. Ini kerana sekarang 1 lot dikira berdasarkan 100 unit saham. Tetapi RM100.00 ini tidak optimum. Pada FY jumlah pelaburan minima yang optimum ialah RM5000.00.

Bagaimana nak buat FA untuk IPO ?

Itu agak sukar memandangkan prospektus hanya akan keluar bila permohonan peruntukan kepada pelabur awam dikeluarkan.

Apakah Langkah-Langkah bagi mendapatkan saham IPO?

Dapatkan Ebook Lengkap Merungkai Rahsia Pelaburan IPO karya FY yang ada di pasaran.

Apakah langkah-langkah permohonan peruntukan saham khas bumiputera di MITI?

Dapatkan Ebook Lengkap Merungkai Rahsia Pelaburan IPO MITI yang berharga RM50 karya FY yang terdapat di pasaran. SMS atau WhatsApp Puan Azila Ismail di talian 012 2511 755 akan cara untuk mendapatkannya.



Apakah risiko melabur dalam tempoh krisis ekonomi sekarang? Daripada pembacaan di akhbar-akhbar dan pemahaman saya yang cetek, pada masa ini krisis ekonomi yang melanda U.S dan Eropah boleh mempengaruhi pelaburan dan mendatangkan risiko yang sangat tinggi.

Itu betul. Bursa Malaysia sudahpun berada pada tahap yang tinggi dan agak jittery kebelakangan ini disebabkan oleh perkembangan di USA dan Eropah namun demikian masih ada saham yang undervalue dan boleh dipertimbangkan.

Bagaimana untuk mengetahui status syariah sesuatu saham itu?

Syarikat tersenarai di Bursa Malaysia diklasifikasikan sebagai sekuriti yang tidak patuh Syariah sekiranya syarikat tersebut menjalankan aktiviti teras yang tidak selaras dengan Syariah sepertimana kriteria  yang berikut :

(a) Perkhidmatan kewangan yang berteraskan riba (faedah);
(b) Perjudian dan pertaruhan;
(c) Pengeluaran atau penjualan barangan yang tidak halal atau barangan yang berkaitan;
(d) Insurans konvensional;
(e) Aktiviti hiburan yang tidak selaras dengan Syariah;
(f) Pengeluaran atau penjualan barangan yang berasaskan tembakau atau barangan yang berkaitan
(g) Pembrokeran atau jual beli sekuriti tidak patuh Syariah; dan
(h) Aktiviti lain yang didapati tidak selaras dengan Syariah

Di dalam Bursa Malaysia lebih dari 70% saham-saham yang tersenarai adalahberstatus syariah.

Siapa yang menentukan sama ada sesebuah sekuriti itu patuh Syariah atau tidak?

Sekuriti patuh Syariah ditentukan oleh Majlis Penasihat Syariah (MPS) Suruhanjaya Sekuriti, Malaysia. Ahli MPS terdiri daripada golongan pakar Syariah, pakar perundangan dan kewangan dan juga ahli akademik.

Dalam menentukan status patuh Syariah sesebuah syarikat, fokus diberikan kepada aktiviti teras syarikat tersebut berkaitan dengan barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan. Aktiviti teras sesebuah syarikat adalah aktiviti yang menjana pendapatan dan seterusnya diagihkan kepada pemegang saham dalam bentuk keuntungan dan dividen.

Bagaimana sekiranya sesebuah syarikat itu terlibat dengan kedua-dua aktiviti iaitu patuh Syariah dan tidak patuh Syariah?

Bagi syarikat yang menjalankan aktiviti bercampur di antara aktiviti patuh dan tidak patuh Syariah, MPS mempertimbangkan dua ciri tambahan iaitu :

(a) Padangan masyarakat umum tentang imej syarikat berkenaan mestilah baik; dan

(b) Aktiviti teras syarikat mempunyai kepentingan dan maslahah (kebaikan secara umum) kepada umat Islam dan negara manakala unsur yang tidak selaras dengan Syariah adalah amat kecil dan melibatkan perkara ‘umum balwa’ (perkara terlarang yang sukar dielakkan), ‘uruf’ (amalan kebiasaan) dan hak-hak masyarakat bukan Islam yang diperakui oleh Islam.

Apa yang boleh dilakukan dengan portfolio saham yang rugi?

Bila kita membeli saham kita mestilah mengawasinya. Apapun kalau anda masih ada saham yang lama yang masih aktif tetapi syarikat tersebut tidak lagi membuat keuntungan maka FY sarankan agar kaunter saham itu digantikan dengan kaunter saham yang lain. Lakukan Switch atau Swap.

Analoginya seumpama menukarkan kuda tua dengan kuda yang baru. Saham lama itu bermungkinan besar tak akan bergerak lagi jadi gantikanlah ianya dengan saham baru yang belum pernah naik ke tahap yang tertingginya.

Saham yang lama itu kalau ia bergerakpun pastinya akan ada begitu banyak pelabur-pelabur lain seperti anda yang ingin menjualnya dan ini menyebabkan kenaikan saham itu penuh dengan pelbagai halangan.

Saham lama yang baik pastinya boleh disimpan kerana ia akan tetap memberikan pulangan dalam bentuk dividen serta ganjaran-ganjaran yang lainnya dan sekiranya asas perniagaannya kukuh maka kemungkinan harganya akan naik semula tetap ada.

SOALAN BERKENAAN REMISIER

Apa itu Remisier?

Remisier adalah perkataan Perancis yang membawa maksud “orang tengah” dan untuk pengetahuan anda remisier hanya wujud di Bursa Peranchis, Malaysia dan Singapura.

Seorang remisier juga dikenali sebagai Commissioned Dealer's Representative atau Wakil Peniaga adalah seorang agen kepada prinsipalnya iaitu sebuah syarikat Broker Saham. Berbeza dengan Paid Dealer’s Representative mereka mendapat komisyen bagi setiap transaksi saham yang dijalankan oleh pelanggannya. Paid Dealer pula adalah merupakan wakil peniaga berlesen yang bergaji dengan syarikat Broker Saham.

Seorang remisier merupakan seorang peniaga yang bertugas melaksanakan transaksi saham yang dijalankan oleh pelanggan-pelanggannya. Seorang remisier yang baik akan dapat memberikan pandangan serta khidmat nasihat akan saham-saham yang ingin dilaburkan oleh para pelanggannya bagi mengelakkan risiko kerugian. Dalam hal ini mereka mestilah mempunyai kelayakan, ilmu serta pengalaman dalam bidang ini.

Beliau membantu dalam kecairan pasaran saham dengan melakukan transaksi harian / day trade malah mereka juga merupakan agen yang penting bagi menerangkan dan mendidik pelabur runcit serta orang awam amnya mengenai saham dan kaedah melabur yang berhemah.

Apa kelebihan FY sebagai Remisier?

·         Membantu membuka akaun CDS, Trading, Margin, Online mahupun Global.
·         Membantu dalam peruntukan saham ESOS.
·         Membantu dalam peruntukan saham Blue Form dan Pink Form.
·         Membantu dalam permohonan peruntukan khas saham bumiputera di MITI.
·         Membantu mendapatkan saham-saham Private Placement untuk High Networth Clients
·         Membantu mendapatkan pinjaman saham-saham dimana perlu.
·         Membantu anda memahami produk-produk dalam pasaran saham di Bursa Malaysia.
·         Membantu memahami selok belok pasaran saham di Bursa Malaysia.
·         Memberikan khidmat nasihat pengendalian portfolio saham.
·         Menyertai Kelab Pelaburan FY di FB dan WhatsApp.
·         Memberikan tutorial mengenai pasaran saham baik dengan kaedah Fundamental, Financial, Technical serta kaedah-kaedah terkini yang lain.
·         Membaikpulih portfolio pelaburan yang rugi dan
·         Banyak perkhidmatan yang lain lagi.

Untuk mendapatkan semua perkhidmatan di atas maka anda disarankan membuka akaun CDS dan untuk membukanya anda boleh menghubungi FY di nombor talian 016 666 7430 atau datang sendiri ke pejabat FY di Kenanga Investment Bank berhad, 1 st Floor, Quattro West, Lorong Persiaran Barat, 46200 Petaling Jaya. Selangor.

Bagaimana nak tukar Remisier dalam Syarikat Broker yang sama?

1.   Kita kena tulis satu surat iringan (cover letter) dengan mengatakan hasrat kita untuk tukar remisier tu. Bagi sesetengah broker surat ini ada disediakan. Pelabur hanya perlu mengisi dan menandatanganinya.

2. Isi borang untuk membuka Akaun Trading yang baru. Satu salinan kad pengenalan diperlukan.

Bagaimana nak tukar Remisier dalam Syarikat Broker yang berbeza?
Tak perlu. Buka sahaja akaun CDS dan Trading yang baru di syarikat Broker dimana remisier yang baru itu berada.

 Apakah peranan remisier dalam pelaburan? Adakah pelabur akan mendapatkan khidmat nasihat sahaja atau pelabur boleh menyerahkan sepenuh kepercayaan kepada remisier?

Peranan remisier sebenarnya hanyalah memasukkan transaksi pembelian dan penjualan saham. Namun demikian, bagi seorang remisier yang proaktif dia selalunya dapat memberikan khidmat nasihatnya mengenai satu-satu saham yang ingin dibeli. Sebenarnya hanya mereka yang mempunyai kelayakan CFA atau Chartered Financial Analyst yang boleh memberikan saranan saham namun demikian secara tak formal ada juga remisier yang boleh membantu menjaga portfolio saham pelabur. Ia terpulang kepada pelabur tersebut.

Kadangkala ada pelabur yang tak mahu menggunakan khidmat remisier dan lebih suka menjalankan urusniaga melalui online, tapi salah satu masalahnya ialah kesilapan memasukkan transaksi dan risiko kerugian adalah lebih tinggi kerana selalunya pelabur baru tidak berpengalaman dan menjalankan pelaburan tanpa ilmu.

Seandainya saya ingin melabur menggunakan khidmat remisier, apakah caj-caj atau bayaran yang dikenakan?

Hanya brokerage yang dikenakan dan  ia standard dalam industri tak kira anda membuka akaun saham di broker yang mana sekalipun. ( Ia tak sampai 1% daripada nilai transaksi. )

Bagaimanakah pembahagian keuntungan di antara pelabur dan remisier?

Tiada. Remisier hanya mengenakan komisyen tatkala transaksi pembelian mahupun penjualan dibuat.

Adakah sebarang tempoh minimum atau maksimum bagi saya melaburkan duit? Contohnya, duit pelaburan saya hanya boleh dipulangkan semula selepas setahun melabur.

Tiada. Kita boleh membeli saham dan menjualnya pada bila-bila masa yang kita mahu. Tapi konsep melabur ialah untuk memegang saham itu untuk satu jangkamasa yang tertentu bergantung kepada objektif pelaburan pelabur tersebut.

Sekian dulu buat kali ini.

Ikhlas,

FY
016 6667430
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Mantan Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Speaker
Smart Invest Roadshow anjuran Securities Commission

PERKHIDMATAN KAMI

Buka Akaun CDS, CDS Islamic dan Trading
Sediakan photocopy IC dan Penyata Bank boleh datang ke pejabat atau melalui pos. Berikan nama penuh, alamat dan no hp ke talian 019 3346570 untuk urusan melalui pos.

Khidmat Nasihat Pelaburan Saham
Remisier dan dealer dalam team FY sentiasa berada di pejabat setiap hari bersedia untuk membantu anda baik untuk menjalankan urusniaga pelaburan mahupun bagi tujuan mendapatkan khidmat nasihat pelaburan saham.

Personal Coaching Pelaburan Saham
Personal Coaching live bersama FY, kelas FY dibuka SETIAP HARI waktu bekerja di The Curve, Mutiara Damansara. Dalam seminar ini pemilihan saham kaedah terkini IMANTAP serta TIMING yang betul akan dikongsikan. Inilah satu-satunya kelas personal coaching saham yang dibuka setiap hari waktu bekerja di negara ini.

Selepas kelas ini kami JAMIN anda akan boleh menjalankan urusniaga jual beli saham dengan penuh keyakinan tanpa keraguan lagi. Kalau anda masih buta dan tak yakin melabur walaupun telah membaca 1001 buku saham atau telah menyertai 1001 seminar saham maka datanglah ke kelas personal coaching ini. Percayalah mata ada akan celik dan keyakinan melabur akan menjadi milik anda selepas kelas ini nanti! Itu FY janji!

Anda cuma perlu menghubungi pihak kami bagi menempah slot anda.

Sesi Personal Coaching bersama FY diadakan pada ;


SETIAP HARI WAKTU BEKERJA
Jam 9:30 pagi hingga 5:30 petang

di Pejabat kami ;
Kenanga Investment Bank Berhad
240 Tingkat 2, The Curve
Mutiara Damansara

Untuk Semua Investor dan Trader di Bursa Malaysia Newbie mahupun yang 
berpengalaman.
Lunch disediakan.
Yuran RM900.00 seorang untuk sesi sehari.
Untuk membuat tempahan hubungi : En. Abdullah Ramzi - 017 3730513
Emel : eizmar11@yahoo.com

Jemputlah datang! Ia pasti berbaloi dan bakal menjadikan anda seorang pelaburyang bijak dan berhemah.


Group FY di FB dan WhatsApp

Pelabur yang membuka akaun dengan FY di Kenanga Investment Bank akan dapat menjadi ahli Group FY di WhatsApp dimana forum pelaburan dijalankan setiap hari.

Woksyop Analisa Teknikal
Seminar untuk Trader jangkamasa pendek yang ingin buat duit setiap hari di Bursa Malaysia dengan kaedah Analisa Teknikal. Meramal pergerakan harga saham dengan menganalisa carta pergerakan harga menggunakan indikator-indikator pasaran. Diadakan dari masa ke semasa. Nantikan pengumuman tarikhnya dalam blog ini.


Seminar Saham Super Investors
Seminar basic overview pelaburan saham yang lengkap. Dari pelaburan Primary Market kepada Secondary Market. Dengan pelbagai pencerahan, analisa, startegi, rahsia-rahsia dan banyak lagi bagi membuka horizon memulakan portfolio pelaburan di Bursa Malaysia.

Layari www.seminarsaham.com.my untuk mendapatkan kandungan seminar mahupun keterangan lanjut.



Ebook Investlah Percuma
Dapatkan ebook Investlah bernilai RM100.00 setebal 134 ms secara percuma bila anda menghubungi pihak kami.


Ebook – Rahsia Buat Duit dengan IPO Awam
Harga Promosi cuma RM60.00 sahaja.



Ebook – Rahsia Buat Duit dengan IPO di MITI
Harga Promosi cuma RM50.00 sahaja.


HUBUNGI TEAM FY ;

Persoalan Mengenai Memulakan Portfolio Saham Dan Membuka Akaun CDS ;
Hubungi : En. Yasin Yunus - 019 3346570
Emel : yasinyunus2714@gmail.com

Persoalan Mengenai Seminar Saham ;
Hubungi : Puan Azila Ismail - 012 2511755
Emel : azilasmile@yahoo.com

Persoalan Mengenai Online Trading Dan Menjadi Seorang Trader ;
Hubungi : Sifu Zuhri Zain MSTA - 012 6290407
Emel : muhammadzuhri@gmail.com

Persoalan Asas Pelaburan Saham Serta Tempahan Personal Coaching ;
Hubungi : En. Abdullah Ramzi - 017 3730513
Emel : eizmar11@yahoo.com

LINK PERKHIDMATAN KAMI ;

Biodata Sifu Faizal Yusup
Apa Itu Saham?
Pelaburan Saham Di Bursa Malaysia
Saya Nak Melabur Saham Tapi…
Pakar Rujuk Pelaburan Saham
Kaedah Momohon Pink Form, IPO Awam, IPO MITI dan Private Placement
Perbezaan IPO Awam Dan IPO MITI
Ebook Panduan Lengkap Memohon IPO di MITI
Cover Letter Permohonan Saham IPO di MITI
Soalan Lazim Mengenai Permohonan IPO di MITI
Apa Itu Akaun CDS
Membuka Akaun CDS
Perkhidmatan Membuka Akaun CDS
Panduan Membuka Akaun Online
Panduan Mencari Mentor Saham
Modal Permulaan Melabur Saham
Pulangan Keuntungan Melabur Saham
Memulakan portfolio pelaburan saham
Onlne VS Khidmat Remisier
Trader VS Investor
Menentukan Status Syariah Saham 
Strategi Pelaburan Saham
Bermain Saham Secara Kontra
Menjana Keuntungan Konsisten Dalam Bursa Malaysia
Panduan Pemilihan Saham 
Panduan Membeli Saham Penny Stocks
Kejatuhan Mendadak Harga Saham
Membaikpulih Portfolio saham
Mencari Ilmu Pelaburan Saham
Woksyop BTX - Online Trader
Personal Coaching
Seminar Saham Super Investor
Testimoni Peserta Seminar Super Investor
Seminar SuperTech Investor
Seminar SuperTrader

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.