02 November 2015

HADIAH FY BUAT BONDA...

Assalamualaikum...

Hari ni dalam blog ini FY nak cerita sikit tentang kisah FY. Kisah seorang anak pengawal keselamatan yang menjadi seorang remisier dan baru-baru ini dengan ini Allah Taala menghadiahkan sebuah kereta Honda City buat ibunya. Kenapa bukan kepada bapanya? Sebabnya bapa FY telah meninggal dunia tanggal 9 Mei 2001 semasa umurnya 53 tahun.

Well, kalau nak cerita perjalanan hidup FY ini panjang ceritanya. Tinggal di rumah setinggan di Pantai Dalam semasa kecil, tak cukup makan minum, keperluan dan pakaian itu semua perkara biasa. Perkara kecil. Alah bisa dek biasa. Bagi mencukupkan keperluan kami adik beradik maka ibu FY bekerja di kedai dobi dan di malam hari dia mengambil upah menjahit pakaian.

Gedek! gedek! Gedek! gedek! Bunyi mesin jahitnya berbunyi hingga adakalanya jam 4 pagi menyiapkan baju kurung yang orang tempah. Rumah kami tak pernah berkemas kerana kain perca berada di sana sini kecuali pagi hari raya. Masa itulah sahaja ia elok tersusun.

Apapun dalam rumah kami, pelajaran diutamakan. Kata ibu FY, "Kita tak ada harta,  bapa kamu tak kaya, kita tak punya apa-apa, jadi pelajaranlah yang akan menjadi modal kita". Kata-kata inilah yang FY pegang selama ini.

Jadi, walau dalam kesusahan dan kesempitan modal FY berjaya menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah di Amerika Syarikat di bawah tajaan MARA dalam bidang kewangan.

Segulung Ijazah sebenarnya tak menjanjikan apa-apa. Hakikatnya ia tidak menjanjikan kejayaan dan kekayaan. Yang pening ialah untuk berusaha dengan gigih, punya sifat dan sikap yang betul serta bersandar kepada Allah Taala atas segalanya.

18 tahun dalam pasaran saham dalam misi mencari rahsianya bukanlah mudah. Pahit getir kerugian yang mencecah ratusan ribu ringgit amat sukar untuk diatasi. FY percaya kalau kita tak cukup kuat kita akan mengalah dan meninggalkan pasaran saham. Ramai yang sudah kalah dan mengalah tapi FY ni jenis bebal agaknya dan mungkin juga FY bukan jenis yang berputus asa. Ujian kematian bapa, FY masuk ICU kerana sakit jantung, 2 orang anak FY yang menghidap penyakit jantung berlubang, ujian bebanan kewangan, kemalangan, patah tangan dan sebagainya menyulami perjalanan kehidupan.

Tapi Allah Taala Maha Kaya, Maha Mengetahui. Pencarian FY akhirnya mula membuahkan hasil. Menjelang umur 40 tahun, segalanya berubah. Yang susah jadi senang, yang tak faham jadi faham, yang tersorok kini terbuka terbentang luas di depan mata. Alhamdulillah. Kesenangan mengambil alih kesusahan. Apapun FY tahu ujian kesusahan lebih senang dari ujian kesenangan jadi dalam ujian kesenangan ini FY perlu berhati-hati agar tidak melakukan perkara-perkara yang melanggar perintah Allah Taala.

Dan atas sebab itulah menyedari yang ibu FY amat memerlukan kereta baru bagi menggantikan kereta lamanya yang semakin usang, FY mengambil keputusan untuk membeli kereta tersebut buatnya. Lagipun FY tahu yang inilah saranan Islam, untuk berbakti kepada kedua ibubapa dan ganjaran yang dijanjikan Allah Taala amat banyak kepada anak yang mengembirakan orang tuanya. 


FY harap kisah ini bakal membawa iktibar kepada kawan-kawan di luar sana atau sesiapa sahaja yang dijodohkan dengan kisah ini untuk terus-terusan berusaha tanpa putus asa, untuk berbakti kepada kedua ibubapa, untuk bersabar dengan dugaan atau apa-apa juga iktibar yang boleh diambil dari cerita FY ini.

Dan kalau anda ingin belajar melabur saham dan mendapatkan rahsia bagaimana FY boleh menjana pendapatan dari pelaburan saham, jemputlah datang ke Seminar Saham From Zero To Hero yang FY jalankan sekali sebulan itu. Di sini langkah untuk anda juga berjaya dalam pelaburan saham bermula. Di sini FY akan kongsikan rahsia-rahsianya. FY bukan Along! FY cuma nak tolong!

Ikhlas,

FY Al Haj
016 6667430
greng70@yahoo.com
Top Performing Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Mantan Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Speaker / Subject Matter Expert
Smart Invest Roadshow anjuran Securities Commission

FY menjalankan seminar saham From Zero To Hero hampir setiap bulan di Dewan DIFKA , Seksyen 7, Bangi hampir setiap bulan. Seminar yang FY jalankan ini diiktiraf oleh Bursa Malaysia. Jadi kalau anda berminat untuk menyertainya anda cuma perlu WhatsApp Hajah Azila di talian 016 664 1755.

PERKHIDMATAN KAMI

Buka Akaun CDS, CDS Islamik dan Trading
Sediakan photocopy IC dan Penyata Bank boleh datang ke pejabat FY di Kenanga Investment Bank Berhad, Tkt 2, the Curve, Mutiara Damansara atau melakukannya melalui pos. Berikan nama penuh, alamat dan no HP ke talian 011 2139 5718 untuk kami hantarkan borang CDS melalui pos.

Untuk keterangan lanjut anda boleh melayarinya di sini.

Buka Platform Online Kentrade di Kenanga
Platform online Kentrade adalah antara platform pelaburan saham yang terbaik di negara ini kerana ia punya pelbagai ciri dan paparan yang komprehensif untuk kita menjalankan analisa pelaburan. Transaksi penjualan dan pembalian saham juga boleh dijalankan melalui platform ini. Free trial selama 90 hari diberikan kepada pelabur baru dan selepas itu ia kekal percuma asalkan kita membuka akaun CDS dengan Kenanga. 

Anda boleh menonton kaedah membuka Platform Kentrade itu di sini

Khidmat Nasihat Pelaburan Saham

Remisier dan dealer dalam team FY sentiasa berada di pejabat setiap hari bersedia untuk membantu anda baik untuk menjalankan urusniaga pelaburan mahupun bagi tujuan mendapatkan khidmat nasihat pelaburan saham.

Masuk Group Saham FY di WhatsApp

Atau anda juga boleh masuk ke dalam group saham FY di WhatsApp dengan menghubungi FY terus di talian 016 666 7430. Di sini pelbagai pengisian pelaburan saham serta tips saham akan diberikan setiap hari.

Personal Coaching Pelaburan Saham

Personal Coaching live trading bersama FY, kelas FY dibuka pada waktu bekerja berdasarkan permintaan di The Curve, Mutiara Damansara. Dalam seminar ini pemilihan saham kaedah terkini IMANTAP serta TIMING yang betul akan dikongsikan.

Selepas kelas ini kami JAMIN anda akan boleh menjalankan urusniaga jual beli saham dengan penuh keyakinan tanpa keraguan lagi. Kalau anda masih buta dan tak yakin melabur walaupun telah membaca 1001 buku saham atau telah menyertai 1001 seminar saham maka datanglah ke kelas personal coaching ini. Percayalah mata ada akan celik dan keyakinan melabur akan menjadi milik anda selepas kelas ini nanti! Itu FY janji!

Sesi Personal Coaching bersama FY diadakan pada ;



HARI BEKERJA
Jam 9:30 pagi hingga 5:30 petang

di Pejabat kami ;
Kenanga Investment Bank Berhad
240 Tingkat 2, The Curve
Mutiara Damansara (Berdekatan IKEA)
Petaling Jaya

Kesesuaian

Investor dan Trader di Bursa Malaysia Newbie mahupun yang 
berpengalaman tapi masih blur, yang masih rugi melabur saham di Bursa Malaysia.

Lunch disediakan.

Yuran RM900.00 seorang untuk kelas sehari.
Peserta juga akan dimasukkan dalam group saham eksklusif bersama FY secara percuma.

Untuk membuat tempahan hubungi : En. Abdullah Ramzi - 017 3730513
Emel : eizmar11@yahoo.com

Jemputlah datang! Ia pasti berbaloi dan bakal menjadikan anda seorang pelaburyang bijak dan berhemah.

Group Ekslusif FY di WhatsApp

Pelabur yang membuka akaun dengan FY di Kenanga Investment Bank akan dapat menjadi ahli Group FY di WhatsApp dimana forum pelaburan dijalankan setiap hari.

Seminar Saham From Zero to Hero

Merupakan seminar pelaburan saham yang lengkap. Dari pelaburan Primary Market kepada Secondary Market. Dengan pelbagai pencerahan, analisa, startegi, rahsia-rahsia dan banyak lagi bagi membuka horizon memulakan portfolio pelaburan di Bursa Malaysia. Seminar yang diktiraf Bursa Malaysia.






Ebook Investlah Percuma
Dapatkan ebook Investlah bernilai RM100.00 setebal 134 ms secara percuma dengan melayari www.faizalyusup.my


Ebook – Rahsia Buat Duit dengan IPO Awam
Harga Promosi cuma RM60.00 sahaja.



Ebook – Rahsia Buat Duit dengan IPO di MITI
Harga Promosi cuma RM50.00 sahaja.


HUBUNGI TEAM FY ;

Persoalan Mengenai Memulakan Portfolio Saham Dan Membuka Akaun CDS ;
Hubungi : Cik Anna - 011 2139 5718
Emel : anaisme65@yahoo.com

Persoalan Mengenai Seminar Saham ;
Hubungi : Puan Azila Ismail - 016 664 1755
Emel : azilasmile@yahoo.com

Persoalan Mengenai Online Trading Dan Menjadi Seorang Trader ;
Hubungi : Sifu Zuhri Zain MSTA - 012 6290407
Emel : muhammadzuhri@gmail.com

Persoalan Asas Pelaburan Saham Serta Tempahan Personal Coaching ;
Hubungi : En. Abdullah Ramzi - 017 3730513
Emel : eizmar11@yahoo.com

LINK KAMI ;

Biodata Sifu Faizal Yusup
Apa Itu Saham?
Pelaburan Saham Di Bursa Malaysia
Saya Nak Melabur Saham Tapi…
Pakar Rujuk Pelaburan Saham
Kaedah Momohon Pink Form, IPO Awam, IPO MITI dan Private Placement
Perbezaan IPO Awam Dan IPO MITI
Ebook Panduan Lengkap Memohon IPO di MITI
Soalan Lazim Mengenai Permohonan IPO di MITI
Apa Itu Akaun CDS
Membuka Akaun CDS
Perkhidmatan Membuka Akaun CDS
Panduan Membuka Akaun Online
Panduan Mencari Mentor Saham
Modal Permulaan Melabur Saham
Pulangan Keuntungan Melabur Saham
Memulakan portfolio pelaburan saham
Onlne VS Khidmat Remisier
Trader VS Investor
Menentukan Status Syariah Saham 
Strategi Pelaburan Saham
Bermain Saham Secara Kontra
Menjana Keuntungan Konsisten Dalam Bursa Malaysia
Panduan Pemilihan Saham 
Panduan Membeli Saham Penny Stocks
Kejatuhan Mendadak Harga Saham
Membaikpulih Portfolio saham
Mencari Ilmu Pelaburan Saham
Personal Coaching





' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.