Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua.
Buat masa ini pasaran saham masih lagi panas dan menarik buat palabur juga trader di parasan. Alhamdulillah ramai pelanggan FY yang dapat menjana keuntungan kebelakangan ini. Kenaikan saham seperti MALTON, INARI, LBS, PRTASCO dan beberapa saham yang IPO seperti SOLID dan WESTPORT cukup menggembirakan para pelanggan FY. Kenapa tiada saham SERSOL, TMS, INSBIO, TMS dan SUMATEC? Oh! Saham-saham tu saham saham cap ayam, saham yang mengalami kerugian yang tidak termasuk dalam portfolio FY. Biarlah harganya nak naik ke langit sekalipun, tidaklah akan FY hiraukan. Ini kerana saham-saham sedemikian digoreng oleh sindiket-sindiket saham dimana harganya dimanupulasikan. FY ada SOP (Standard Operation Procedure) dalam pemilihan saham bagi memastikan risiko portfolio saham para pelanggan FY rendah bersesuaian dengan pulangannya.
Kebelakangan ini ada ramai yang mengadu kepada FY tentang banyak perkara antaranya (mungkin kerana bila google pasal saham nama FY yang keluar ) ;
· Ada yang mengadu pergi seminar saham, bayar beribu ringgit tapi tak berbaloi dengan yuran yang dibayar. Seminar tak ada isi, seminar basic, seminar tak ada modul dan sebagainya.
· Ada yang mengadu dah belanja RM13,000 dalam seminar saham dari Basic ke Advance tapi tak tahu bagaimana nak mula dan tak tahu apa yang perlu dilakukan. Dalam ertikata lain sesat.
· Ada yang mengadu penganjur seminar menyampaikan isi yang yang tak betul isi kandungannya.
· Ada yang mengatakan yang penganjur seminar tak punya kelayakan tapi mengaku punya kelayakan.
· Ada penganjur seminar yang memberi tips untuk membeli PATIMAS, INSBIO, TMS dan sebagainya yang akhirnya membawa kerugian kepada mereka.
· Ada yang mengadu buka akaun CDS di Maybank tapi tak boleh beli saham IPO.
· Ada yang mengadu membeli saham IPO Astro, Felda dan AAX namun merugikan. Apa nak buat?
· Dan macam-macam aduan lagi…
Alamak! FY ni dah jadi macam biro pertanyaan dan pengaduan pulak dah. Susah jugak nak jawab memandangkan FY juga menganjurkan seminar saham.
Apapun ini saranan FY.
· Pertamanya pastikan adakah orang yang menganjurkan seminar itu orang yang berkelayakan.
Orang yang berkelayakan di sini pada FY samaada dia punya lesen CMSRL serta pengalaman dalam pelaburan saham atau punya sijil-sijil professional yang lain seperti CFA, MSTA, CMT dan sebagainya yang berkenaan dengan bidang saham. Mereka ini adalah orang yang directly involve dalam Bursa Malaysia dan FY yakin mereka tahu selok belok operasinya berdasarkan pengalaman yang mereka ada. Anda boleh cek dengan Suruhanjaya Sekuriti untuk memastikan semua kelayakan ini.
Namun demikian dewasa ini ramai yang setahun jagung dalam industri ini sudah menjalankan seminar saham. Pada FY mereka ini akan hanya menguncupkan ekonomi ummah dan bukan akan mengembangkannya. Ini akan membawa kepada kerosakan dan kemeruduman yang lebih teruk kalau dibiarkan berleluasa.
· Keduanya kalau nak tahu samaada penganjur seminar itu bagus atau tidak minta mereka berikan beberapa stock highlights, berapa harga nak beli dan bila nak beli. FY ulangi bukan stock recommendation tapi stock highlights, stock yang mereka rasakan akan naik. Kemudian anda sendiri boleh buat analisa Fundamental, Financial dan Technical disamping melihat samaada benar stok itu naik atau tidak. Hanya Sifu saham yang bagus sahaja yang berani memberi stock highlights kerana mereka punya ilmu saham yang mendalam mengenai saham-saham yang mereka nyatakan itu. Kalau saham yang dihighlightskan itu merudum maka FY rasa anda perlulah fikir semula. Ketahuilah saham yang bagus akan terus-terusan naik dan saham yang berdarah dan bernanah akan terus merudum. Oleh itu pastikan saham yang anda pilih itu adalah saham yang sasa umpama Rambo dan Arnord Susahnakeja.
· Ketiganya kalau penganjur itu buat seminar saham pada hari bekerja lantas mengatakan ia lebih mudah demi untuk mengajar pada hari trading sedarilah yang sebenarnya ia menunjukkan penganjur itu tak sibuk dan tak fokus pada pasaran. Orang yang sibuk buat duit di pasaran saham sebenarnya tak ada masa untuk buat seminar pada hari bekerja tapi akan melakukannya pada hari cuti. Mereka ini buat seminar bukan untuk buat duit dalam seminar tapi hanya dengan niat untuk berkongsi ilmu kepada ummah demi membangunkan ekonomi pesertanya. Pendapatan utama mereka adalah dalam trading di Bursa Malaysia dan bukannya dengan mengendalikan seminar.
Maaflah kalau ada sesiapa yang terasa namun inilah hakikatnya. Hakikat yang perlu FY sebut kerana tak mahu orang ramai yang tak tahu apa-apa di luar sana dimanipulasikan hingga membawa kepada kerugian kepada mereka.
Kepada mereka yang merasakan diri mereka ditipu FY sarankan hubungilah bahagian Hal Ehwal Pelabur di Securities Commision bagi mengelakkan lebih ramai lagi ditipu.
Apapun, semua ini berada dalam susunan dan ketentuan Allah Taala. Pelaburan saham sebenarnya kompleks. Ia perlukan ilmu dan pengalaman yang jitu. Kalau tidak Bursa Malaysia akan hanya menjadi tempat anda meleburkan duit anda.
Tak mengapalah, kalau anda sudah mengalami kerugian dan tak ada tempat mengadu hubungi FY 016 666 7430, InsyaAllah FY akan cuba bantu apa yang terdaya.
Mengenai aduan ;
· Ada yang mengadu buka akaun CDS di Maybank tapi tak boleh beli saham IPO.
Anda sebenarnya membuka akaun nominee dan akaun ini bukan akaun personal yang membolehkan anda membeli saham IPO, IPO MITI, PINK FORM, BLUE FORM mahupun PRIVATE PLACEMENT. Dalam hal ini hubungi Admin Asst FY En Yasin di talian 019 334 6570 untuk membuka akaun CDS personal di Kenanga Invertment Bank Berhad tempat FY bekerja supaya anda dapat memohon saham-saham IPO ini.
Mengenai aduan ;
· Ada yang mengadu membeli saham IPO Astro, Felda dan AAX namun merugikan. Apa nak buat?
Dalam hal saham Felda FY dah pernah tulis artikel pada bulan Julai tahun lepas menyarankan saham ini dijual sebelum atau pada hari Felda yang mana pada masa itu menguntungkan pelaburnya. Namun selepas itu penurunan harga kelapa sawit secara langsung menyebabkan harga Felda ini turun lantas merugikan. Kemudian Saham Astro dan AAX yang merugikan pada hari penyenaraiannya di Bursa Malaysia. Dalam ertikata lain kita tak dapat buat duit melalui IPO. Dalam hal ini FY sarankan pertukaran saham atau switching kepada saham lain. Saham ASTRO FY sarankan ditukarkan kepada GAS MALAYSIA mahupun MATRIX dan saham AAX pula FY sarankan ditukarkan kepada PRTASCO memandangkan pulangan dividend an potensinya yang lebih baik kalau dibandingkan kalau kita memegang saham ASTRO mahupun AAX itu. Pelanggan FY yang menjual saham AAX pada harga 1.25 itu digantikan dengan PRTASCO pada harga RM1.19 la ni telah mendapat pulangan dan keuntungan dari pelaburan mereka itu memandangkan harga PRTASCO ditutup pada harga RM1.43 tadi. Anda juga pelu berbuat demikan dengan saham Felda yang anda masih pegang itu. Mereka yang punya ilmu dan pengalaman dalam bidang saham tak akan TAKUT dengan pasaran saham.
Sebagai penutup FY ingin kongsikan satu analogi. Bagi pelabur Cina kalau diberikan pilihan antara duit seguni dengan seorang budak kecil, mereka akan mengambil budak kecil itu. Itu kerana duit semakin HILANG nilainya kerana dewasa ini duit umpama duit daun pisang di zaman Jepun yang dicop saban hari di seluruh dunia. Budak kecil itu lebih berharga kerana dia akan membesar dan berkemungkinan akan membawa keuntungan kepada mereka.
Ia umpama memilih untuk membeli saham AAX. Saham yang punya potensi untuk membesar dan membawa keuntungan kepada mereka sepertimana yang telah dipamerkan oleh Air Asia sebelum ini. Tahukah anda Air Asia bermula dengan hutang sebanyak RM20 juta dan dalam masa 10 tahun mempunyai Modal pasaran melebihi 10 Billion hingga dapat mengalahkan MAS malah Singapore Airlines? Tahukah anda ia mengambil masa 7 tahun sebelum Air Asia dapat member dividen kepada pelaburnya? Fikir-fikirkanlah. Sekali lagi dapatkan ilmu pelaburan yang betul dari sifu yang betul agar anda menjadi pelabur yang betul. Bukan pelabur yang ikut ajaran si ibu ketam.
Apapun nilai sesuatu ilmu subjektif sifatnya. Ada yang rasa mahal dan ada yang rasa murah kepada seminar yang sama. Pada FY apa yang penting ialah untuk memberi lebih dari apa yang kita ambil kerana dengan itu kita tidak mengambil apa yang bukan hak atau dalam ertikata lain mencuri hak orang lain. Keadaan ini bakal membawa kepada kemudaratan kepada kita sendiri di kemudian hari tanpa kita sedari.
Sekian dulu semoga artikel ini membawa manfaat, membuka hati dan minda anda, semoga ada taufiq dan hidayah di dalamnya, InsyaAllah.
Sekian dulu buat kali ini.
Ikhlas,
FY
016 6667430
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Speaker
Smart Invest Roadshow anjuran Securities Commission
PS – Seminar Saham Super Investors yang seterusnya akan diadakan di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam pada hari Sabtu 26 Mac 2016 ini. Keterangan lanjut di www.seminarsaham.com.my
PSS – InsyaAllah FY akan ke menjalankan seminar lengkap basic dan advance di Kota Bahru, Kota Kinabalu, Johor Bahru dan Pulau Pinang dalam tahun 2016 ini supaya pelabur di luar sana tak perlu datang belajar personal coaching bersama FY di Kuala Lumpur.
PERKHIDMATAN KAMI
Buka Akaun CDS, CDS Islamic dan Trading
Sediakan photocopy IC dan Penyata Bank boleh datang ke pejabat atau melalui pos. Berikan nama penuh, alamat dan no hp ke talian 019 3346570 untuk urusan melalui pos.
Khidmat Nasihat Pelaburan Saham
Remisier dan dealer dalam team FY sentiasa berada di pejabat setiap hari bersedia untuk membantu anda baik untuk menjalankan urusniaga pelaburan mahupun bagi tujuan mendapatkan khidmat nasihat pelaburan saham.
Personal Coaching Pelaburan Saham
Personal Coaching live bersama FY, kelas FY dibuka SETIAP HARI waktu bekerja di The Curve, Mutiara Damansara. Dalam seminar ini pemilihan saham kaedah terkini IMANTAP serta TIMING yang betul akan dikongsikan. Inilah satu-satunya kelas personal coaching saham yang dibuka setiap hari waktu bekerja di negara ini.
Selepas kelas ini kami JAMIN anda akan boleh menjalankan urusniaga jual beli saham dengan penuh keyakinan tanpa keraguan lagi. Kalau anda masih buta dan tak yakin melabur walaupun telah membaca 1001 buku saham atau telah menyertai 1001 seminar saham maka datanglah ke kelas personal coaching ini. Percayalah mata ada akan celik dan keyakinan melabur akan menjadi milik anda selepas kelas ini nanti! Itu FY janji!
Sesi Personal Coaching bersama FY diadakan pada ;
SETIAP HARI WAKTU BEKERJA
Jam 9:30 pagi hingga 5:30 petang
di Pejabat kami ;
Kenanga Investment Bank Berhad
240 Tingkat 2, The Curve
Mutiara Damansara
Untuk Semua Investor dan Trader di Bursa Malaysia Newbie mahupun yang
berpengalaman.
Lunch disediakan.
Yuran RM900.00 seorang untuk sesi sehari.
Untuk membuat tempahan hubungi : En. Abdullah Ramzi - 017 3730513
Emel : eizmar11@yahoo.com
Group FY di FB dan WhatsApp
Pelabur yang membuka akaun dengan FY di Kenanga Investment Bank akan dapat menjadi ahli Group FY di WhatsApp dimana forum pelaburan dijalankan setiap hari.
Woksyop Analisa Teknikal
Seminar untuk Trader jangkamasa pendek yang ingin buat duit setiap hari di Bursa Malaysia dengan kaedah Analisa Teknikal. Meramal pergerakan harga saham dengan menganalisa carta pergerakan harga menggunakan indikator-indikator pasaran. Diadakan dari masa ke semasa. Nantikan pengumuman tarikhnya dalam blog ini.
Seminar basic overview pelaburan saham yang lengkap. Dari pelaburan Primary Market kepada Secondary Market. Dengan pelbagai pencerahan, analisa, startegi, rahsia-rahsia dan banyak lagi bagi membuka horizon memulakan portfolio pelaburan di Bursa Malaysia.
Layari www.seminarsaham.com.my untuk mendapatkan kandungan seminar mahupun keterangan lanjut.
Ebook Investlah Percuma
Dapatkan ebook Investlah bernilai RM100.00 setebal 134 ms secara percuma bila anda menghubungi pihak kami.
Ebook – Rahsia Buat Duit dengan IPO di MITI
Harga Promosi cuma RM50.00 sahaja.
Persoalan Mengenai Memulakan Portfolio Saham Dan Membuka Akaun CDS ;
Hubungi : En. Yasin Yunus - 019 3346570
Emel : yasinyunus2714@gmail.com
Persoalan Mengenai Seminar Saham ;
Hubungi : Puan Azila Ismail - 012 2511755
Emel : azilasmile@yahoo.com
Persoalan Mengenai Online Trading Dan Menjadi Seorang Trader ;
Hubungi : Sifu Zuhri Zain MSTA - 012 6290407
Emel : muhammadzuhri@gmail.com
Persoalan Asas Pelaburan Saham Serta Tempahan Personal Coaching ;
Hubungi : En. Abdullah Ramzi - 017 3730513
Emel : eizmar11@yahoo.com
LINK PERKHIDMATAN KAMI ;
Biodata Sifu Faizal Yusup
Apa Itu Saham?
Pelaburan Saham Di Bursa Malaysia
Saya Nak Melabur Saham Tapi…
Pakar Rujuk Pelaburan Saham
Kaedah Momohon Pink Form, IPO Awam, IPO MITI dan Private Placement
Perbezaan IPO Awam Dan IPO MITI
Ebook Panduan Lengkap Memohon IPO di MITI
Cover Letter Permohonan Saham IPO di MITI
Soalan Lazim Mengenai Permohonan IPO di MITI
Apa Itu Akaun CDS
Membuka Akaun CDS
Perkhidmatan Membuka Akaun CDS
Panduan Membuka Akaun Online
Panduan Mencari Mentor Saham
Modal Permulaan Melabur Saham
Pulangan Keuntungan Melabur Saham
Memulakan portfolio pelaburan saham
Onlne VS Khidmat Remisier
Trader VS Investor
Menentukan Status Syariah Saham
Strategi Pelaburan Saham
Bermain Saham Secara Kontra
Menjana Keuntungan Konsisten Dalam Bursa Malaysia
Panduan Pemilihan Saham
Panduan Membeli Saham Penny Stocks
Kejatuhan Mendadak Harga Saham
Membaikpulih Portfolio saham
Mencari Ilmu Pelaburan Saham
Woksyop BTX - Online Trader
Personal Coaching
Seminar Saham Super Investor
Testimoni Peserta Seminar Super Investor
Seminar SuperTech Investor
Seminar SuperTrader
FOLLOW FY di Twitter – twitter.com/afaizalyusup
ADD FY di Facebook - www.facebook.com/faizalyusupii
LIKE Page FB FY – www.facebook.com/SeminarSuperInvestor
SUBSCRIBE di www.faizalyusup.net bagi mendapatkan artikel-artikel TERKINI mengenai pelaburan saham.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.