20 April 2012

Peruntukan Saham Khas di MITI - Felda Global Ventures Berhad

BERITA PENTING - FY DENGAR DARI SUMBER YANG BOLEH DIPERCAYAI PERUNTUKAN SAHAM KHAS BUMIPUTERA DI MITI BAGI FELDA GLOBAL VENTURES DAN GAS MALAYSIA AKAN KELUAR SERENTAK MINGGU DEPAN. HARAP ANDA DAPAT MEMBUAT PERSIAPAN UNTUK MELANGGANINYA.

Bagi yang telah memohon saham Gas Malaysia dahulu mereka tak perlu memohonnya sekali lagi.

Berikut ini FY terakan kaedah terkini membeli saham peruntukan khas Bumiputera di MITI. Untuk pengetahuan anda buat masa ini borang permohonan tersebut perlu dilakukan secara online di Website MITI dan buat masa ini ia masih belum keluar lagi. Andai ia telah keluar maka inilah yang perlu anda lakukan ;

1. Pergi ke website MITI, isi borang permohonan untuk membeli saham tersebut. (Pastikan anda telah mempunyai akaun CDS)
2. Print borang tersebut.
3. Lampirkan bersama salinan IC yang disahkan.
4. Lampirkan salinan penyata kewangan samaada penyata Bank selama 3 bulan, salinan buku ASB atau Akaun Amanah Saham yang lain mahupun Akaun Tabung Haji.
5. Hantarkan terus ke MITI sebelum tarikh tutupnya.
atau
6. Hantarkan pada FY sekiranya ingin FY membantu memastikan semua dokumen lengkap dan menghantarnya ke MITI. (Kalau hantar pada FY kena caj 1 sen untuk Persatuan Remisier Bumiputera.)

UNTUK MEMBUKA AKAUN CDS


Untuk membeli dan menjual saham tak kiralah sekiranya anda mendapat saham tersebut melalui Blue Form, Pink Form, IPO, ESOS dan lain-lain anda perlu membuka akaun saham. Akaun saham ini dinamakan akaun CDS. Berikut adalah cara membukanya ;

Bagi warganegara Malaysia ;

1.   Kita perlukan salinan kad pengenalan
2.   Kita perlukan RM10.00 untuk membuka akaun CDS ( Central Depository System ) dengan MCD ( Malaysian Central Depository Sdn Bhd )(- bertujuan untuk menyimpan saham tersebut.)
3.   Buka akaun trading dengan broker / remisier yang terlibat.
4.   Salinan muka depan buku akaun bank bagi tujuan E Dividen.

PERKHIDMATAN MEMBUKA AKAUN CDS

Kami ada menyediakan perkhidmatan untuk membuka akaun CDS ini bagi warga Malaysia. Apa yang perlu anda lakukan ialah ;


1. Berikan nama dan alamat penuh berserta dengan nombor telefon untuk dihubungi.

2. Pihak kami akan menghantarkan borang-borang tersebut dengan pos laju.

3. Di dalamnya kami serta cara mengisi borang-borang tersebut.

4. Sertakan 6 salinan kad pengenalan dan 2 salinan muka depan buku bank atau penyata akaun semasa beserta RM20.00. RM10.00 yuran CDS dan RM10.00 lagi kos pos laju pihak kami. 

5. Kembalikan kepada alamat berikut ; 

Faizal Yusup
Kenanga Investment Bank Berhad, 
Lot 240, Second Floor, 
The CURVE, Mutiara Damansara 
47800 Petaling Jaya, 
Selangor Darul Ehsan.

atau

Anda boleh datang sendiri ke alamat di atas. 

Pihak kami akan membuka akaun CDS itu dengan seberapa segera dan anda akan mendapat surat pengesahan dari Bursa Malaysia selepas itu.

Akaun Trading dan Akaun Trading Online akan diberikan juga secara PERCUMA.


Sekiranya anda perlukan khidmat FY sebagai perunding portfolio pelaburan anda, perlukan khidmat nasihat saham dan sebagainya bukalah akaun saham dengan FY. Membuka akaun CDS cuma RM10 sahaja. Terus terang tip saham dan kemasukan ke dalam Kelab Pelaburan hanya FY berikan kepada pelanggan FY sahaja.

Hubungi saya Faizal Yusup remisier di Kenanga Investment Bank Berhad di talian 012 654 0130 atau Emel kepada greng70@yahoo.com. InsyaAllah FY sedia membantu.

Kalau ada apa-apa yang kurang jelas hubungi FY ok.

Sekian harap maklum.

FY

012 654 0130
Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera
AJK Biro Penerangan
greng70@yahoo.com


www.faizalyusup.net 

PS – FY akan menjalankan SEMINAR SEHARI BIJAK MELABUR yang penuh dengan pengisian pelaburan. Ia akan dijalankan dalam bulan Jun nanti. Kepada yang berminat sila hubungi FY melalui emel atau no HP di atas. Jangan lepaskan peluang keemasan ini!

' style='padding: 0; border: none;'/>

Perihal Borang Pink Felda Global Ventures Berhad



Salam mesra... 

Oleh sebab terdapat pertanyaan yang banyak mengenai Borang Pink dalam penyenaraian Felda Global Ventures maka kali ini FY akan terangkan pula mengenai perihal Borang Pink ini.

Kita recall balik tulisan FY tempohari dalam artikel yang menjelaskan tentang Borang Biru.

Selalunya dalam sesuatu penyenaraian, peruntukan saham-saham dibahagikan kepada tiga atau segmen aatau lima segmen iaitu;

  1. Peruntukan Pink Form atau Borang Merah Jambu diberikan kepada kakitangan syarikat dan pengarah syarikat dan mereka perlu membayar penuh berdasarkan harga tawaran Saham Terbitan Awamnya.
  2. Kadang-kadang peruntukan Blue Form atau Borang Biru dikeluarkan khas untuk kakitangan mahupun orang-orang yang penting dalam membangunkan syarikat tersebut. Berbeza dengan Borang Merah Jambu, Borang Biru selalunya diberikan secara percuma.
  3. Green Form atau Borang Hijau pula diperuntukan kepada pelabur-pelabur institusi mahupun pelabur high networth dengan jumlah pelaburan minima RM 250,000.00.
  4. Seterusnya peruntukan saham di MITI untuk pelabur-pelabur yang dipilih oleh pihak MITI.
  5. Akhir sekali White Form atau Borang Putih untuk pelabur awam.

Dalam hal borang pink ini peruntukannya akan bergantung kepada pangkat dan berapa lama dia bekerja dengan syarikat yang bakal disenaraikan itu.

Katalah kakitangan itu mendapat penruntukan atau entitlement sebanyak 10,000 unit pada harga tawaran RM5.00 maka dia perlu membayar dengan sejumlah RM50,000.00 bagi mendapatkan saham tersebut.

Kaedah 1 – Bayar dengan duit sendiri.
Dalam kaedah ini maka kakitangan tadi perlu membuat bank draft sebanyak RM50,000 dan hantarkan bersama borang pink yang telah siap diisi ( Pastikan sudah ada akaun CDS) beserta salinan kad pengenalan kepada issuing house yang mana alamatnya tertera di belakang borang pink tersebut.

Kaedah 2 – Memohon pinjaman Bank.
Dalam kaedah ini kakitangan yang mendapat borang pink tadi memohon pinjaman share financing dari pihak Bank dan pinjaman ini boleh diberikan antara 60% hingga 100% berdasarkan budibicara bank dan berdasarkan risiko saham yang bakal disenaraikan. Selalunya jangkamasa atau tenur pinjaman ini singkat antara 3 hingga 6 bulan sahaja. Dalam lain perkataan saham itu perlu dijual sebelum tempoh pinjaman itu tamat. Di sini pihak Bank akan menyediakan Bank Draft bagi tujuan pembayaran saham tersebut.

Pada masa yang sama Akaun CDS saham perlu dibuka untuk saham itu dimasukkan oleh pihak registar ke dalam akaun CDS kakitangan tadi beberapa hari sebelum penyenaraian.

Setelah semua ini selesai, hantarkan borang pink yang lengkap diisi dengan nama penuh, alamat, jumlah saham, no akaun CDS disertakan dengan Bank Draft dan satu salinan kad pengenalan kepada pihak Issuing house.

Setelah semuanya selesai maka tak lama kemudian Registrar syarikat akan memasukkan saham-saham itu ke dalam akaun-akaun CDS pihak-pihak yang diperuntukan saham tersebut.

Saham itu kemudiannya akan disenaraikan di Bursa Malaysia untuk didagangkan. Anda boleh menghubungi remisier atau dealer anda untuk menjual saham-saham tersebut. Kalau saham itu naik maka ia akan menguntungkan tapi sebaliknya kalau saham itu turun maka ia bakal merugikan. Kenaikan dan penurunan saham itu bergantung kepada pelbagai faktor baik dari keadaan pasaran semasa, jenis industri, jenis perniagaan, asas syarikat dan sebagainya. Mungkin juga saham itu telah overvalue lantas menyebabkan penurunan harganya.

Satu masalah bagi mereka yang mengambil pinjaman, andai saham itu tidak naik maka mereka akan kena apa yang dinamakan margin call yang mana mereka terpaksa menjual saham itu secara paksa dengan kerugian dan interest yang perlu dibayar kepada pihak bank atau mereka terpaksa menambah duit kepada pembiaya bagi mengelakkan saham-saham tersebut dari dijual. Dalam hal ini membeli saham itu dengan duit sendiri adalah jauh lebih selamat.

Apa akan jadi sekiranya saham borang pink ini tidak diambil?

Sekiranya ia tidak diambil kakitangan yang diperuntukkan saham tersebut maka ia akan disalurkan ke segmen yang lain. Selalunya kepada pihak Bank Penasihat yang merupakan underwriter kepada saham syarikat tersebut. Kalau saham itu naik maka merekalah yang beruntung dan sebaliknya sekiranya saham itu turun mereka akan menyimpannya untuk satu jangkamasa yang lebih panjang menanti kenaikan harganya dimasa-masa yang mendatang.

FY harap artikel ini cukup jelas untuk menerangkan akan perihal borang pink dalam sesuatu penyenaraian. Kalau anda mendapat borang pink ini dan mahu membuka akaun CDS saham hubungi FY, FY sedia membantu. Kalau anda mendapat borang pink ini dan tak tahu samaada harga sahamny aakan naik atau turun hubungi FY, mungkin FY boleh memberikan sedikit pandangan mengenainya.

Sekian.

FY mengundur diri dahulu.

FY
012 654 0130
www.faizalyusup.net




Sekiranya anda perlukan khidmat FY sebagai perunding portfolio pelaburan anda, perlukan khidmat nasihat saham dan sebagainya bukalah akaun saham dengan FY. Membuka akaun CDS cuma RM10 sahaja. Terus terang tip saham dan kemasukan ke dalam Kelab Pelaburan hanya FY berikan kepada pelanggan FY sahaja.

Hubungi saya Faizal Yusup remisier di Kenanga Investment Bank Berhad di talian 012 654 0130 atau Emel kepada greng70@yahoo.com. InsyaAllah FY sedia membantu.



PS – FY akan menjalankan SEMINAR SEHARI BIJAK MELABUR yang penuh dengan pengisian pelaburan. Ia akan dijalankan dalam bulan Jun nanti. Kepada yang berminat sila hubungi FY melalui emel atau no HP di atas. Jangan lepaskan peluang keemasan ini!

' style='padding: 0; border: none;'/>

19 April 2012

Seminar Bijak Melabur Kelolaan Faizal Yusup

Gambar diambil semasa seminar pertama yang FY jalankan di Hotel Vistana Julai 2010 dengan 
Shamsudin Yahaya CFA sebagai speaker jemputan.

Salam sejahtera,

Oleh sebab ramai orang kita yang kurang pengetahuannya dalam pasaran saham dan oleh sebab banyaknya permintaan yang FY terima, FY bercadang untuk mengadakan seminar saham yang kedua dalam bulan Jun nanti dengan matlamat menjadikan anda pelabur yang celik dan tahu mengambil peluang-peluang menjana keuntungan di Bursa Malaysia dengan pelbagai kaedah yang bakal diterangkan seperti ;


  • Kaedah asas Fundamental, Financial dan Technical Analysis
  • Rahsia menjana keuntungan menggunakan kaedah MK Experience
  • Rahsia mendapatkan tawaran saham IPO
  • Rahsia mendapatkan peruntukan saham di MITI
  • Menjana keuntungan pelaburan saham Kaedah CSI - Kaedah yang diasaskan FY sendiri.


Mengetahui hakikat menjalankan pelaburan saham secara bersendirian adalah sesuatu yang sukar jadi peserta seminar ini akan secara automatik akan dijemput masuk ke dalam Kelab Pelaburan Saham di Facebook yang di dalam terdiri daripada ramai pakar-pakar pelaburan saham yang mana boleh membantu anda dalam apa juga perihal pelaburan saham. Penyertaan anda ke dalam kelab ini adalah secara PERCUMA bilamana anda menyertai seminar saham ini.

Anda juga boleh membuka akaun CDS, Trading dan Online secara PERCUMA bagi memulakan portfolio pelaburan saham anda. Program Kit juga akan diberikan secara PERCUMA.

Semua ini hanya dengan pelaburan sebanyak RM390.00. Penyertaan awal sebelum 31 Mei 2012 akan mendapat rebat diskaun sebanyak RM40.00.

Sekiranya anda berminat untuk menyertainya sila hantarkan emel ke greng70@yahoo.com atau dan maklumat selanjutnya mengenai seminar ini akan diberitahu kemudian.

Percayalah seminar sehari ini akan membuka mata anda tentang pelaburan saham di Bursa Malaysia dan dengan ini memudahkan anda menjana keuntungan melalui kaedah pelaburan saham!

Untuk mendaftar hubungi ;

FY - 012 654 0130
Zuhri Zain - 012 629 0407
Azila Ismail - 012 2511 755

Sekian dulu.

FY
016 6667430
greng70@yahoo.com
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia

www.seminarsaham.com.my

HUBUNGI TEAM FY ;

Persoalan mengenai memulakan portfolio saham dan membuka akaun CDS ;
Hubungi : En. Yasin Yunus - 019 3346570
Emel : yasinyunus2714@gmail.com

Persoalan mengenai seminar saham ;
Hubungi : Puan Azila Ismail - 012 2511755
Emel : azilasmile@yahoo.com

Persoalan mengenai online trading dan menjadi seorang trader ;
Hubungi : Sifu Zuhri Zain MSTA - 012 6290407
Emel : muhammadzuhri@gmail.com

Persoalan asas pelaburan saham ;
Hubungi : En. Abdullah Ramzi - 017 3730513
Emel : eizmar11@yahoo.com

LINK PERKHIDMATAN KAMI ;

Biodata Sifu Faizal Yusup
Apa Itu Saham?
Pelaburan Saham Di Bursa Malaysia
Saya Nak Melabur Saham Tapi…
Pakar Rujuk Pelaburan Saham
Kaedah Momohon Pink Form, IPO Awam, IPO MITI dan Private Placement
Perbezaan IPO Awam Dan IPO MITI
Ebook Panduan Lengkap Memohon IPO di MITI
Cover Letter Permohonan Saham IPO di MITI
Soalan Lazim Mengenai Permohonan IPO di MITI
Apa Itu Akaun CDS
Membuka Akaun CDS
Perkhidmatan Membuka Akaun CDS        
Panduan Membuka Akaun Online
Panduan Mencari Mentor Saham
Modal Permulaan Melabur Saham
Pulangan Keuntungan Melabur Saham
Memulakan portfolio pelaburan saham
Onlne VS Khidmat Remisier
Trader VS Investor
Menentukan Status Syariah Saham
Strategi Pelaburan Saham
Bermain Saham Secara Kontra
Menjana Keuntungan Konsisten Dalam Bursa Malaysia
Panduan Pemilihan Saham
Panduan Membeli Saham Penny Stocks
Kejatuhan Mendadak Harga Saham
Membaikpulih Portfolio saham
Mencari Ilmu Pelaburan Saham
Woksyop BTX - Online Trader
Personal Coaching
Seminar Saham Super Investor
Testimoni Peserta Seminar Super Investor
Seminar SuperTech Investor
Seminar SuperTrader

    FOLLOW FY di Twitter – twitter.com/afaizalyusup
    ADD FY di Facebook - www.facebook.com/faizalyusupii
    SUBSCRIBE di www.faizalyusup.net bagi mendapatkan artikel-artikel TERKINI mengenai pelaburan saham.



    ' style='padding: 0; border: none;'/>

    12 April 2012

    HUKUM HAKAM ALLAH TAALA



    Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam ugama Islam (dengan mematuhi) seluruh hukum-hukumnya.

    Al – Baqarah ayat 208


    Dalam perspektif selain Islam termasuklah ideologi Barat, semua perkara dibahagikan kepada dua kategori iaitu yang baik dan yang buruk tetapi dalam perspektif ugama Islam ia dibahagikan kepada lima kategori hukum utama selain dari hukum-hukum yang lainnya.

    WAJIB, SUNAT, HARUS, MAKRUH dan HARAM

    Wajib              – Buat dapat pahala, tak buat berdosa.
    Sunat             – Buat dapat pahala, tak buat tak mengapa.
    Harus             – Buat / tak buat tak mengapa.
    Makruh          – Buat kemungkinan dapat dosa, tak buat tak mengapa.
    Haram            – Buat berdosa, tak buat dapat pahala.

    Contohnya pengisian yang kita dengar seharian juga tertakluk kepada hukum. Ada pengisian yang haram iaitu pengisian yang bersifat fitnah, mengadu domba, penipuan dan sebagainya, ada juga pengisian yang makruh iaitu pengisian yang sia-sia, ada pula pengisian yang harus yang menceritakan tentang isu semasa, kemudian ada pula pengisian sunat yang bertujuan merapatkan silaturrahim dan ada juga pengisian fardhu iaitu pengisian dakwah yang membawa kebenaran.

    Bagi saya terdapat banyak maklumat yang berkisar di dunia ini hinggakan kemajuan internet telah membolehkan kita memperolehi pelbagai maklumat dengan hanya satu petikan jari pada tetikus. Pada pendapat saya dalam maklumat yang begitu banyak itu akan terselit ilmu. Ilmu itu sebenarnya datang Allah dan benar sifatnya. Pengisian inilah pengisian dakwah yang berada dalam rangkuman Fardhu Kifayah yang tinggi nilainya kalau dibandingkan dengan pengisian-pengisian maklumat yang lainnya.

    Sebagai contoh lain semua kerja yang kita lakukan juga tertakluk pada hukum. Menyanyi, berhibur, membuang masa sia-sia dan tak berfaedah boleh jadi makruh hukumnya. Ada puasa wajib di bulan Ramdhan, ada puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis ada puasa harus, ada puasa makruh pada hari Ahad dan ada puasa yang haram kalau dijalankan pada Hari Raya contohnya. Ada wajib makan kalau kita sudah terlalu lapar hingga boleh memudaratkan, ada sunat makan, ada harus makan ada makruh makan kalau sudah berlebihan ada haram makan kalau apa yang dimakan itu diharamkan.

    Kalau difikirkan apakah kerja yang kita lakukan sekarang dan apakah kategorinya? Membaca buku bersifat ilmu boleh jadi fardhu kifayah tetapi membaca majalan hiburan lain pula hukumnya.

    Apakah pula kerja yang kita lakukan sekarang? Adakah kita bekerja di Bank, di Hotel, di Genting Highland, di Kelab-kelab malam, di kilang rokok dan Arak atau melibatkan penipuan, rasuah dan riba yang boleh menyebabkan rezeki yang kita terima berada dalam lingkungan makruh mahupun haram?

    Rezeki yang diterima dengan cara yang sebegini pasti ada implikasinya yang tersendiri dan dari kajian yang saya buat ia bakal mengundang kesusahan kepada penerimanya.

    Kemudian timbul pula persoalan rezeki yang diterima itu kemana pula ia dibelanjakan. Pengisian dunia tidak mengatakan kemana ia dibelanjakan oleh itu orang Barat lebih suka membelanjakannya ke arah perkara-perkara yang makruh. Melalui televisyen mereka memaparkan kemewahan dalam bentuk rumah yang besar siap dengan semua perhiasannya, kereta yang canggih dan sebagainya lantas inilah yang ditiru orang kita tanpa mengettahui yang semua ini berada dalam rangkuman makruh.

    Dalam Islam orang yang bermampuan hendaklah menyempurnakan kewajipan rezeki dengan melangsaikan hutang, menunaikan zakat dan menunaikan haji, kemudian sedekah dari yang dekat kepada yang jauh, membantu anak yatim dan orang yang dalam kesusahan dan sebagainya. Seterusnya menyediakan keperluan makan, minum dan tempat perlindungan yang termasuk dalam rangkuman harus. Perhiasan rumah, shopping,  membesarkan rumah hingga berlebihan boleh termasuk dalam hukum makruh dan akhir sekali penyalahgunaan rezeki dengan aktiviti haram hendaklah dielakkan sama sekali.

    Malangnya manusia lebih suka melakukan perkara yang makruh dan haram. Suka membazir, bercakap perkara yang tiada faedah, melakukan kerja-kerja yang haram dan sebagainya. Saya pernah ditanya soalan akan apa salah sekiranya seorang melayu mewarnakan rambut perang dan memakai kanta lekap berwarna biru tetapi iman dalam hati siapa yang tahu? Lalu saya katakan yang Allah sukakan kepada perkara yang wajib dan sunat dikerjakan manusia maka berambut kuning dan bermata biru berada dalam kedudukan makruh malah mungkin haram maka sebenarnya ia jelas menunjukkan kedudukan keimanan seseorang itu. Mereka yang beriman pasti akan mengelakkan dari melakukan perkara-perkara yang makruh dan haram sebegini.

    Dalam berpakaian juga kita boleh melihat kepercayaan dan penerapan diri seseorang insan itu. Pada masa yang sama ia juga berada dalam rangkuman hukum Islam yang sedang diperkatakan ini. Ada yang berpakaian menjolok mata yang haram sifatnya, ada yang berpakaian bersilau dan berkelip-kelip yang menjadi tumpuan ramai, ada yang memakai baju Manchester United mahupun Liverpool demi menunjukkan sokongan kepada pasukan kegemaran mereka tanpa melihat sokongan kepada Red Devil atau setan merah mahupun jenama arak yang terpampang di dada. Bukankah semua ini berada dalam rangkuman makruh dan berkemungkinan menjadi haram sedangkan kita boleh memakai baju putih dan menutup aurat mengikut sunnah Nabi Muhammad S.A.W. yang menjanjikan pahala dari Allah Taala.
                                                         
    Ini semua sebenarnya adalah dakyah Barat yang pada masa yang sama didorongi syaitan dibelakangnya. Kalau kita perhatikan sedalam-dalamnya mereka menonjolkan rangkuman makruh dan haram dengan budaya hedonism iaitu budaya hiburan, maksiat, seks, dadah dan arak, penonjolan kepada kemewahan, kekayaan dan sebagainya. Ramai pula diantara kita yang lebih suka mengagung-agungkan budaya Barat ini kerana mereka percaya yang budaya ini merupakan budaya universal yang sepatutnya diterima umum walhal budaya ini pada hakikatnya serba lemah dan banyak kekurangannya.

    Mungkin juga kedudukan keimanan seseorang itu bergantung kepada apa yang dilakukan sepertimana di bawah ini.


    WAJIB, SUNAT, HARUS
    Solat
    Puasa
    Menunaikan zakat
    Menunaikan Haji
    Berdakwah
    Bercakap Benar
    Berzikir
    Mengaji Al Quran
    Sedekah
    Derma
    Saling Berkhidmat
    Bersilaturrahim
    Bekerja
    Belajar
    Berniaga
    Bercucuk tanam
    dan lain-lain ibadah.

    MAKRUH DAN HARAM
    Mewarna rambut
    Membuka aurat
    Merokok
    Bercakap sia-sia
    Membazir masa, tenaga dan sumber
    Fitnah
    Mengadu Domba
    Menipu
    Syak wasangka buruk
    Berjudi
    Minum arak
    Bercampur gaul
    Bergaduh
    Melakukan zina
    dan lain-lain maksiat.

    Dari rangkuman di atas anda berada dalam golongan yang mana?

    Masa juga sebenarnya tertakluk kepada hukum. Kita diwajibkan solat setiap kali masa waktu 5 kali sehari iaitu menjelang fajar, menjelang tengahari, menjelang petang, menjelang senja dan menjelang malam. Setiap kali waktu itu menjelang maka perkara pertama yang perlu kita lakukan ialah bersolat fardhu yang diwajibkan ke atas kita kemudian barulah kita buat urusan dalam rangkuman hukum yang lainnya. Seorang sahabat pernah bertanya kepada Rasullullah S.A.W., apakah amalan yang paling baik untuk dilakukan? Baginda menjawab, mendirikan solat di awal waktu, berbuat baik kepada ibubapa dan berjihad ke jalan Allah. Ia membawa maksud yang kita menjadikan Allah keutamaan iaitu mendahulukan Allah sebelum perkara yang lain. Inilah disiplin yang diterapkan Islam yang begitu sempurna tiada dalam ugama lain.

    Saya juga pernah mendengar satu khutbah yang mengatakan menurut statistik kebanyakan penceraian yang berlaku di negara ini adalah disebabkan penghuni di dalam rumah tangga itu tidak menunaikan solat atau mempelecehkan soal solat. Cuba perhatikan sampel-sampel yang berada di sekeliling anda. Adakah mereka yang menghadapi cerai berai ini terdiri dari mereka yang mendirikan solat atau sebaliknya? Saya tak tahu apa hubungkait penceraian dengan rumahtangga tetapi saya yakin yang fakta ini adalah benar. 



    Apapun Allah Taala suka kepada makhlukNya yang melakukan kerja-kerja dalam rangkuman Wajib dan Sunat. Wajib mesti ditegakkan dan sunat pula sebagai tambahan kepada Wajib sekiranya Wajib tidak dapat disempurnakan dengan sebaiknya atau Sunat merupakan bonus kepada Wajib yang telah dilengkapkan.

    Kesimpulannya pula sebagai seorang Islam semua perkara dalam kehidupan kita sebenarnya tertakluk kepada hukum.

    Sekian dulu buat kali ini.

    FY

    ' style='padding: 0; border: none;'/>

    08 April 2012

    PERKHIDMATAN REMISIER SAHAM DI BURSA MALAYSIA


    Salam Sejahtera....

    Selain menyimpan di Bank dan melabur dalam simpanan amanah, rumah dan tanah, anda sebenarnya juga boleh melabur saham di Bursa Malaysia. Melabur dalam syarikat-syarikat kukuh dalam negara yang disenaraikan. Pertumbuhan dan kemajuan syarikat-syarikat ini pula akan memberikan pulangan yang baik kepada pelaburan anda.

    Di negara ini masih ramai orang kita yang belum mempunyai akaun CDS iaitu akaun pelaburan saham. Akaun yang perlu dibuka di syarikat-syarikat broker saham bagi menjalankan urusniaga jual beli saham-saham yang disenaraikan di Bursa Malaysia. Sebenarnya dalam 28 juta penduduk Malaysia hanya 300,000 sahaja akaun CDS yang aktif. Oleh itu anda mungkin salah seorang daripada rakyat Malaysia yang belum melabur saham dan belum punya akaun CDS ini.

    Ada mungkin punya akaun bank, punya akaun amanah saham, punya Insuran dan punya kad kredit tapi belum tentu ada punya akaun CDS. Akaun saham yang boleh dibuka dengan yuran sebanyak RM10.00 sahaja.

    Ia sebenarnya amat berguna bila anda ingin memohon saham IPO atau saham terbitan awam, peruntukan saham Blue Form, Pink Form atau ESOS yang diberikan kepada kakitangan syarikat, memohon saham di MITI dan sebagainya. Dalam semua hal ini anda perlukan akaun saham CDS.

    Mungkin anda tak punya langsung pengalaman dan pengetahuan mengenai bidang saham ini tapi tak mengapa kerana dalam hal ini Remisier iaitu wakil peniaga saham yang berlesen dengan Suruhanjaya Sekuriti atau Securities Commission boleh membantu anda. Saya Faizal Yusup @ FY juga seorang remisier dan boleh memberikan perkhidmatan seperti ;

    • Membantu membuka akaun CDS, Trading, Margin, Online mahupun Global.
    • Membantu dalam peruntukan saham ESOS.
    • Membantu dalam peruntukan saham Blue Form dan Pink Form.
    • Membantu dalam permohonan peruntukan khas saham bumiputera di MITI.
    • Membantu mendapatkan pinjaman saham-saham dimana perlu.
    • Membantu anda memahami produk-produk dalam pasaran saham di Bursa Malaysia.
    • Membantu memahami selok belok pasaran saham di Bursa Malaysia
    • Memberikan tutorial mengenai pasaran saham baik dengan kaedah Fundamental, Financial, Technical, Kaedah-kaedah yang lain dan
    • Banyak perkhidmatan yang lain lagi.

    Untuk mendapatkan semua perkhidmatan di atas maka anda disarankan membuka akaun CDS dan untuk membukanya anda boleh menghubungi FY di nombor talian 012-654 0130 atau datang sendiri ke pejabat FY di 

    Kenanga Investment Bank Berhad, 
    Lot 240, Second Floor, 
    The CURVE, 
    Mutiara Damansara 
    47800 Petaling Jaya, 
    Selangor Darul Ehsan.

    Memulakan pelaburan saham umpama bermain bungee jumping, ia menakutkan pada mulanya untuk terjun tetapi kalau kita dah terjun berkali-kali maka ia akan menjadi lebih mudah. Bagaimanapun FY akan cuba sedaya upaya untuk membantu anda.

    Apapun risiko pelaburan saham sama sahaja umpama risiko perniagaan, bukan semua pelaburan membawa keuntungan kerana adakalanya kerugian juga boleh berlaku.

    Sekian dulu.

    FY
    No Lesen – CMSRL/A3951/2007
    012-6540130

    ' style='padding: 0; border: none;'/>

    06 April 2012

    Apa itu akaun CDS?



    Sekiranya anda mendapat peruntukan saham baik melalui Blue Form, Pink Form, ESOS, IPO atau anda ingin memohon peruntukan saham bumiputera di MITI maka anda WAJIB ada akaun CDS. Kalau tidak saham tersebut tidak berharga kerana ia tak boleh dijual.

    Akaun CDS atau nama panjangnya Central Depository System adalah tempat dimana saham-saham tersebut bakal disimpan. Untuk pengetahuan semua, CDS ini sebenarnya telah bertukar nama kepada Bursa Malaysia Depository.

    Untuk menjalankan urusniaga saham tersebut di Bursa Malaysia pula anda perlu membuka akaun Trading saham yang dikendalikan oleh seorang wakil peniaga yang dikenali sebagai Dealer’s Representative atau Remisier yang berlesen.

    FY adalah salah seorang remisier yang berlesen dengan Suruhanjaya sekuriti. (SC)

    Sekiranya anda ingin membuka akaun saham CDS ini, maka berikut adalah langkahnya ;

    1. Berikan nama dan alamat penuh berserta dengan nombor telefon untuk dihubungi.

    2. Pihak kami akan menghantarkan borang-borang tersebut dengan pos laju.

    3. Di dalamnya kami serta cara mengisi borang-borang tersebut.

    4. Sertakan 6 salinan kad pengenalan dan 2 salinan muka depan buku bank atau penyata akaun semasa beserta RM20.00. RM10.00 yuran CDS dan RM10.00 lagi kos pos laju pihak kami. 

    5. Kembalikan kepada alamat berikut ; 

    Faizal Yusup
    Kenanga Investment Bank Berhad, 
    Lot 240, Second Floor, 
    The CURVE, Mutiara Damansara 
    47800 Petaling Jaya, 
    Selangor Darul Ehsan.

    atau

    Anda boleh datang sendiri ke alamat di atas.

    Pihak kami akan membuka akaun CDS itu dengan seberapa segera dan anda akan mendapat surat pengesahan dari Bursa Malaysia selepas itu.

    Akaun Trading dan Akaun Trading Online akan diberikan juga secara PERCUMA.


    Sekiranya anda perlukan khidmat FY sebagai perunding portfolio pelaburan anda, perlukan khidmat nasihat saham dan sebagainya bukalah akaun saham dengan FY. Membuka akaun CDS cuma RM10 sahaja. Terus terang tip saham dan kemasukan ke dalam Kelab Pelaburan hanya FY berikan kepada pelanggan FY sahaja.

    Hubungi saya Faizal Yusup remisier di Kenanga Investment Bank Berhad di talian 012 654 0130 atau Emel kepada greng70@yahoo.com. InsyaAllah FY sedia membantu.


    Sekian.

    FY
    016 6667430
    Remisier
    Kenanga Investment Bank Berhad
    Mantan Naib Presiden
    Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia


    ' style='padding: 0; border: none;'/>