Bursa Malaysia sebenarnya adalah Bursa yang defensif kalau dibandingkan dengan negara-negara yang lain. Ramai pelabur luar suka melabur di Malaysia kerana defensif bermakna ia boleh menyimpan dan mempertahankan nilai pelaburan mereka.
KENAPA BURSA MALAYSIA DEFENSIF?
Ia defensif tidak seperti Singapura, Taiwan, Hong Kong dan sebagainya kerana Malaysia punya banyak bahan mentah, bahan pengeluaran industri, pelancongan dan sebagainya yang menyumbang kepada ekonominya. Biarpun kebergantungan ekonomi kita kepada komoditi adalah sekitar 40% tetapi kalau dibandingkan dengan negara-negara Arab kebergantungan mereka adalah di tahap melebihi 80%! Jadi kejatuhan harga komoditi akan secara langsung menjatuhkan ekonomi mereka, menjatuhkan nilai matawang mereka, menjatuhkan pasaran saham mereka.
Ia defensif kerana punya kestabilan politik. Ops! Mungkin anda tak percaya dengan pandangan FY ini tapi terus terang kalaupun pemimpinnya silih berganti, kalaupun tampuk pemerintahannya dipegang oleh parti pembangkang sekalipun mereka juga bakal mempunyai dasar yang liberal. Dasar yang mementingkan ekonomi dan kewangan. Lagipun rakyat Malaysia bukan seperti rakyat Thailand, Indonesia, Filipina dan yang lainnya yang mana rakyatnya merusuh untuk menjatuhkan pemimpinnya. Di sini di negara ini rakyatnya baik-baik belaka J.
Ia defensif kerana dari segi geografinya Malaysia tidak terletak di atas Tectonic Plate yang mana adanya gunung berapi, berlakunya gempa bumi, ribut taufan dan sebagainya yang boleh membawa kepada tsunami sepertimana yang berlaku di negara-negara seperti Jepun, New Zealand, Filpina mahupun Indonesia. Dari segi geografinya ia negara yang bebas dari semua bencana besar yang FY sebutkan tadi.
Ia defensif kerana syarikat-syarikat yang tersenarai dalam Bursa Malaysia boleh memberikan pulangan dividen yang baik, malah Bank-Banknya juga memberikan kadar faedah yang baik atas deposit yang dibuat. Untuk pengetahuan banyak negara maju pendeposit di Bank-Bank langsung tak dapat faedah dari simpanan mereka di Bank. Malah mereka pula yang terpaksa membayar yuran perkhidmatan untuk menyimpan duit di Bank. Ini membolehkan para Hedge Fund Managers meminjam dari Bank di sana untuk melaburkan duit mereka di sini. Kaedah ini dinamakan Carry Trade.
Kemudian ia defensif kerana Institusi tempatan seperti EPF, Khazanah, PNB dan yang lainnya dikenakan peraturan yang ketat dari melabur ke luar negara. Jadi kebanyakan dana dilaburkan di dalam negara ini. Atas sebab inilah semasa Sub Prime Crisis pada tahun 2008 dahulu tempiasnya kepada ekonomi Malaysia amat kecil tak seperti yang berlaku kepada Singapura, Hong Kong, Arab Saudi dan banyak negara lain yang melabur dalam instrumen kewangan yang bernama CDO di Amerika Syarikat dahulu.
Ia defensif kerana biarpun nilai matawang RM jatuh tetapi ada industri seperti produk getah, logistik, semikonduktor dan yang lainnya yang menjual produk dan perkhidmatan mereka dalam matawang USD lantas membawa kepada keuntungan yang lebih baik kepada syarikat mereka. Pada masa yang sama ia membawa keuntungan kepada negara dengan trade surplus kerana kenaikan jumlah eksport yang lebih banyak dari jumlah import. Maka lebih banyaklah wang akan mengalir masuk ke dalam negara ini.
Ia defensif kerana Malaysia merupakan pengeluar Sukuk atau Bon Islamik yang terbesar di dunia. Jadi Malaysia tak punya masalah dalam perihal kecairan kewangan. Syarikat-syarikat di negara ini boleh meminjam dengan begitu mudah bagi menjalankan operasi mahpun mengembangkan perniagaan mereka.
Syukurlah kerana kita berada dalam negara yang dirahmati, InsyaAllah diberkati dan dilindungi sepanjang masa. Jadi tiada apa yang nak dihairankan dengan kenaikan Bursa Malaysia pada ketika ini walaupun dalam keadaan ekonomi dunia yang serba tak kena dewasa ini.
Dahlah yer.. Dah lewat malam ni... FY nak tido... InsyaAllah kalau umur FY panjang, kalau diberikan kesempatan oleh Allah Taala nanti FY menulis lagi.
Ikhlas,
FY
InvestSmart Roadshow anjuran Securities Commission
- 30 APRIL 2016 – BANGUNAN LEMBAGA GETAH ASLI, KUALA LUMPUR
- SEMINAR SUPER INVESTOR
- SEMINAR SUPERTRADER
- PERSONAL COACHING TRAIN THE SUPERTRADER
- 14 dan 15 MEI 2016 - HOTEL OCEANIA, KOTA KINABALU, SABAH
Buka Akaun CDS, CDS Islamic dan Trading
Sediakan photocopy IC dan Penyata Bank boleh datang ke pejabat atau melalui pos. Berikan nama penuh, alamat dan no hp ke talian 019 3346570 untuk urusan melalui pos.
Khidmat Nasihat Pelaburan Saham
Remisier dan dealer dalam team FY sentiasa berada di pejabat setiap hari bersedia untuk membantu anda baik untuk menjalankan urusniaga pelaburan mahupun bagi tujuan mendapatkan khidmat nasihat pelaburan saham.
Personal Coaching Pelaburan Saham
Apapun andai anda ;
Tak tahu apakah impak Currency, Komoditi dan Politik kepada pasaran,
Tak tahu apakah tema pasaran samasa,
Tak tahu samaada Bursa Malaysia sihat atau tidak untuk melabur,
Tak tahu bagaimana untuk memilih saham yang menguntungkan,
Tak tahu bagaimana untuk memilih saham pendapatan atau pertumbuhan
Tak tahu samaada anda sesuai menjadi Trader atau Investor
Tak tahu bagaimana untuk mengetahui saham mana yang patuh syariah,
Tak tahu bagaimana untuk mengira EPS dan PE atau ratio syarikat,
Tak tahu bagaimanakah strategi mengira saham,
Tak tahu apakah strategi pelaburan nilai,
Tak tahu apakah strategi dollar cost averaging,
Tak tahu apakah strategi terbaik dan berkesan melabur saham,
Tak tahu membandingkan saham-saham dalam industri,
Tak tahu analisa manakah yang terbaik FA, TA, RA, BA, QA dan lain-lain,
Tak tahu impak rumors dan news kepada harga saham,
Tak tahu nilai sasaran sesuatu saham,
Tak tahu Indikator mana dalam Analisa Teknikal yang paling berkesan,
Tak tahu strategi terbaik Analisa Teknikal dan Bursa Malaysia
Tak tahu manakah platform online yang terbaik,
Tak tahu timing terbaik membeli dan menjual saham,
Tak tahu bagaimana nak screening saham,
Tak tahu mengenai sindiket saham di belakang tabir,
Tak tahu di mana nak cari maklumat-maklumat saham,
Tak tahu itu dan ini dalam melabur di Bursa Malaysia...
Jawapan kepada semua persoalan ini ada dalam sesi Personal Coaching FY!
Personal Coaching live bersama FY, kelas FY dibuka SETIAP HARI waktu bekerja di The Curve, Mutiara Damansara. Dalam seminar ini pemilihan saham kaedah terkini IMANTAP serta TIMING yang betul akan dikongsikan. Inilah satu-satunya kelas personal coaching saham yang dibuka setiap hari waktu bekerja di negara ini.
Selepas kelas ini kami JAMIN anda akan boleh menjalankan urusniaga jual beli saham dengan penuh keyakinan tanpa keraguan lagi. Kalau anda masih buta dan tak yakin melabur walaupun telah membaca 1001 buku saham atau telah menyertai 1001 seminar saham maka datanglah ke kelas personal coaching ini. Percayalah mata ada akan celik dan keyakinan melabur akan menjadi milik anda selepas kelas ini nanti! Itu FY janji!
Anda cuma perlu menghubungi pihak kami bagi menempah slot anda. Saksikan testimoni peserta dalam video ini ;
Sesi Personal Coaching bersama FY diadakan pada ;
SETIAP HARI WAKTU BEKERJA
di Pejabat kami ;
Untuk Semua Investor dan Trader di Bursa Malaysia Newbie mahupun yang
Jemputlah datang! Ia pasti berbaloi dan bakal menjadikan anda seorang pelabur yang bijak dan trader yang berhemah.
Group FY di FB dan WhatsApp
Pelabur yang membuka akaun dengan FY di Kenanga Investment Bank akan dapat menjadi ahli Group FY di WhatsApp dimana forum pelaburan dijalankan setiap hari.
Woksyop Analisa Teknikal
Seminar untuk Trader jangkamasa pendek yang ingin buat duit setiap hari di Bursa Malaysia dengan kaedah Analisa Teknikal. Meramal pergerakan harga saham dengan menganalisa carta pergerakan harga menggunakan indikator-indikator pasaran. Diadakan dari masa ke semasa. Nantikan pengumuman tarikhnya dalam blog ini.
Seminar Saham Super Investors
Seminar basic overview pelaburan saham yang lengkap. Dari pelaburan Primary Market kepada Secondary Market. Dengan pelbagai pencerahan, analisa, startegi, rahsia-rahsia dan banyak lagi bagi membuka horizon memulakan portfolio pelaburan di Bursa Malaysia.
Kalau anda ;
Nak tahu kedudukan Bursa Malaysia di mata dunia
Nak tahu mengenai pelaburan saham sebagai alternatif pendapatan
Nak tahu rahsia menjana pendapatan dari IPO Awam
Nak tahu rahsia menjana pendapatan dari IPO di MITI
Nak tahu rahsia menjana pendapatan dari Private Placements
Nak tahu bagaimana sesuatu saham disenaraikan
Nak tahu kenapa sesuatu syarikat ingin disenaraikan
Nak tahu apakah kelebihan melabur saham
Nak tahu apakah kategori saham-saham di Bursa Malaysia
Nak tahu kepentingan indeks dan petunjuk pasaran
Nak tahu kos menjalankan urusniaga saham
Nak tahu settlement period Bursa Malaysia
Nak tahu adakah menggunakan trading online atau remisier lebih baik
Nak buka akaun CDS secara percuma
Nak buka akaun CDS Islamik
Nak buka akaun Trading
Nak tahu kepentingan Network kepada pelabur
Nak tahu 6 langkah rahsia menjana keuntungan dalam pelaburan
Nak tahu 15 garispanduan memilih saham
Nak tahu software pelaburan saham yang terkini dan terbaik
Nak tahu kelebihan kita sebagai pelabur
Nak tahu itu dan ini dalam melabur di Bursa Malaysia...
Saksikan testimoni peserta Seminar Super Investor dalam video pendek ini ;
Dapatkan ebook Investlah bernilai RM100.00 setebal 134 ms secara percuma bila anda menghubungi pihak kami.

Ebook – Rahsia Buat Duit dengan IPO Awam
Persoalan Mengenai Memulakan Portfolio Saham Dan Membuka Akaun CDS ;
Persoalan Mengenai Seminar Saham ;
Persoalan Mengenai Online Trading Dan Menjadi Seorang Trader ;
Persoalan Asas Pelaburan Saham Serta Tempahan Personal Coaching ;
LINK PERKHIDMATAN KAMI ;
Biodata Sifu Faizal Yusup
FOLLOW FY di Twitter – twitter.com/afaizalyusup

Tiada ulasan:
Catat Komen
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.