26 Oktober 2010

Aku Bosan! Aku Tension! Aku Tertekan!



Aku Bosan! Aku Tension! Aku Tertekan!

Aku dah bosan! Aku dah bosan! ( Ini lagu Amy Search )

Kata-kata ini sering saya dengar di sini di sana dan dimana sahaja. FY pun dah naik bosan mendengarnya dan buat sekian kalinya saya mengambil keputusan untuk menulis mengenainya.

Apapun dipendekkan cerita Allah itu Pencipta dan yang lainnnya dicipta dan ini termasuklah makhluk Bosan, Tension dan Tertekan ini. Mereka semua adalah kejadian atau makhluk ciptaan Allah yang gunanya untuk berkhidmat pada manusia untuk membuat manusia itu merasa bosan, tertekan dan tension.


Kita selalu menyangkakan yang makhluk hanyalah yang kelihatan seperti manusia, malaikat, pokok dan bukit dan sebagainya tetapi sebenarnya perasaan, ilmu, sakit malah mati itu juga makhluk atau kejadian yang dicipta Allah Taala.

Contohnya Nabi Sulaiman A.S. dapat mengawal semua makhluk tetapi menurut riwayatnya beliau kalah dengan makhluk angin ahmar. Mati juga satu makhluk yang mematikan manusia dan mati ini akan bertemu dengan kematiannya di akhirat kelak yang menyebabkan manusia hidup selama-lamanya.


Berbalik pada cerita Bosan. Apa yang Bosan boleh buat melainkan membosankan kita. Bosan tak boleh bercakap tak boleh menari dan sebagainya seperti kita manusia makhluk paling mulia. Makhluk yang diberi akal fikiran, boleh melakukan itu ini. Bosan hanya boleh bosan. Bosannya.

Cuba fikirkan bagaimana kita makhluk yang paling mulia kalah dengan makhluk bernama Bosan yang hanya boleh membosankan kita? Yang pastinya bukankah Bosan ini lebih hina dari kita makhluk manusia yang paling mulia disisi Allah andai kita bertakwa? Kenapa kita kalah kepada Bosan dan tak dapat mengalahkannya? Pada saya sebabnya terdapat ruang kekosongan dalam hati kita kekosongan yang disebabkan kita tidak / lupa untuk mengisinya dengan ingatan kepada Allah Taala.
 

Kemudian cuba fikirkan kalau Allah Taala TIDAK mencipta makhluk bernama Bosan ini. Bagaimanakah keadaannya? Saya yakin sejak dari zaman Nabi Adam A.S. hingga kini tak akan ada manusia yang akan bosan. Ketahuilah makhluk Bosan ini tak wujud dalam syurga. Bayangkanlah mereka yang masuk syurga dan hidup selama-lamanya di dalamnya Syurga, bayangkan pula kalau makhluk bosan ini ada dalam syurga bukankah pasti ia akan MEMBOSANKAN?

Seterusnya makhluk Bosan, Tension dan Tertekan ini sebenarnya melencongkan fokus / tumpuan kita dari tugas kita yang sebenar iaitu beribadah kepada Allah Taala. Disebabkan Bosan, Tertekan dan Tension menyebabkan kita minum arak, hisap dadah, khayal dan lupa pada Allah Taala. Sedarilah tidak Allah jadikan manusia dan jin melainkan untuk mengabdikan dirinya / beribadah kepada Allah.

Jadi kesimpulannya disini, kuasailah makhluk bosan ini, tangkap makhluk bosan ini duku-duku kepalanya, “starlight” dahinya supaya ia keluar dari membelenggu hati kita.

Selamat berjuang!



Fikir-fikirkanlah..

Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.

Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.

Ikhlas,

FY Al Haj
0166667430

Sekiranya anda mendapat manfaat membaca artikel ini FY harap anda dapat like dan share post ini dengan harapan ia juga membawa manfaat kepada orang yang dijodohkan dengannya.

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.