19 Oktober 2010

Ikhlas, Redha, Bersangka Baik, Memaafkan, Menghargai




Kita hendaklah menanamkan sifat ikhlas dalam diri supaya ;

-      Kita ikhlas pada semua perkara yang kita lakukan
-      Kita ikhlas kepada semua manusia
-      Kita ikhlas kepada Allah Taala

Kita hendaklah menanamkan sifat redha dalam diri supaya ;

-      Kita boleh menerima apa juga yang terjadi dalam kehidupan.
-      Kita redha dengan setiap takdir Allah Taala.

Kita hendaklah menanamkan sifat berprasangka baik dalam diri supaya ;

-      Kita dapat menjalankan kehidupan dengan jiwa yang tenang dan sentiasa positif.
-      Kita tak menyalahkan Allah Taala atas apapun juga takdirNya dan percaya ada hikmahNya dalam setiap kejadian.

Kita hendaklah menanamkan sifat berani meminta maaf bila melakukan kesilapan dalam diri supaya ;

-      Kita meminta maaf pada orang yang kita lakukan kesalahan.
-      Kita memohon ampun pada Allah Taala atas kesilapan dan kemungkaran yang kita lakukan.

Kita hendaklah menanamkan sifat menghargai dalam diri supaya ;
-      Kita menghargai setiap orang yang datang dan lalu dalam kehidupan kita.
-      Kita mensyukuri dan menghargai nikmat yang dikurniakan Allah pada kita.

Janganlah kita hanya ikhlas pada manusia tetapi tidak ikhlas pada Allah dan sebaliknya janganlah pula kita ikhlas pada Allah tetapi tidak ikhlas pada manusia dan begitu jugalah perihalnya dalam sifat dan sikap yang dinyatakan di atas tadi.

Semua sifat ini sebenarnya boleh datang dalam diri secara spontan tanpa kita sedari mungkin keranan ia telah menjadi kebiasaan kita namun demikian kita boleh juga mencarinya.

Gunalah konsep 4P iaitu ;

Pengisian           – Carilah pengisian
Pengulangan - Ulang-ulang ikhlas dalam tindakan
Pengukuhan – Cuba lihat keliling akan kebaikan menjadi seorang yang ikhlas
Penerapan – Maka InsyaAllah, Allah akan kurniakan kefahaman dan sifat ikhlas itu dalam hati kita.

Janganlah duduk menunggu keikhlasan menjadi sifat dalam diri kita. Carilah ia kelak kita akan BERTEMU dengannya. InsyaAllah.

Fikir-fikirkanlah..

Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.

Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.

Ikhlas dari,
                    
Faizal Yusup
Pengkaji Isu Sosial

Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!

PS - Anda suka blog ini? Jadilah follower, komenlah mana yang patut dan tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda atau linkkan blog saya ni kepada blog anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua. InsyaAllah.

Terima kasih…

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.