25 Oktober 2010

Tujuan Hidup Manusia




Bila difikirkan Allah Taala menjadikan Setan untuk menggoda manusia, untuk mengajak manusia supaya kufur dan masuk ke dalam neraka dan kalau difikirkan pastinya Allah juga boleh menjadikan malaikat untuk melakukan yang sebaliknya iaitu sebagai pengingat sebaik sahaja kita digoda oleh Setan. Namun itu tidak berlaku dan malaikat dijadikan Allah bukan untuk fungsi itu tetapi sebagai fungsi menjalankan tugas-tugas yang telah ditentukan Allah Taala. Menyampaikan wahyu, menulis amal kebaikan dan keburukan, menyampaikan rezeki, menjaga syurga dan sebagainya.

Mungkin kerana kalau malaikat menjadi pengingat dan setan menjadi penggoda maka ia akan menjadi neutral, jadi mungkin tak adalah orang yang akan kufur agaknya. Maksudnya disini bilamana Setan menghasut kita untuk melakukan maksiat, Malaikat pula mengingatkan kita untuk tidak melakukannya dengan menceritakan hukuman yang bakal diterima kalau kita melakukan maksiat tersebut dan begitu jugalah sebaliknya maka saya yakin tak ada apalah yang akan berlaku dan saya yakin juga manusia akan menjadi insan yang baik.

Contohnya setan menghasut kita supaya menipu malaikat pula mengingatkan kita yang kita akan memotong lidah berulang kali sekiranya kita menipu. Masalah juga rasanya.

Kalau tidakpun cukuplah kalau Allah Taala menampakkan setan di mata manusia, pasti ia cukup untuk menakutkan kita untuk melakukan sesuatu yang melanggar hukum hakam Allah Taala. Namun demikian, Allah Taala telah memperkenankan permintaan Setan untuk tidak kelihatan di mata manusia, untuk dipanjangkan umurnya sampai hari kiamat juga untuk dia duduk dalam darah manusia. Semua ini supaya dia dapat menghasut manusia menjadi kufur mengikutinya ke neraka.

Tak cukup dengan itu Allah Taala juga mencipta nafsu yang tak pernah puas dalam diri manusia yang begitu sukar untuk dikekang.

Jadi bagaimanakah kita sebagai manusia hendak melawan semua ini. Melawan Setan dan mengekang nafsu? Kalau difikirkan kalau diberi kebebasan pasti manusia akan menjadi seperti zaman jahiliah yang mengikut nafsu tanpa garis panduan undang-undang. Zaman yang mana seks bebas, judi, arak, penyembahan berhala dan pembunuhan berleluasa, anak-anak perempuan dibunuh kejam dengan di tanam hidup-hidup dan sebagainya pasti akan kembali menguasai muka bumi ini.

Apapun para Nabi dan Rasul diturunkan bagi tujuan menyampaikan dakwah dan pengisian mengingatkan kita untuk mengelakkan diri dari digoda setan juga menyampaikan ilmu bagi tujuan mengalahkan nafsu. Namun demikian Nabi yang terakhir telah meninggalkan kita selama lebih 1400 tahun dahulu. Jadi sebenarnya di zaman ini ia menjadi tugas kita untuk berdakwah dan menyebarkan syiar Islam, menyampaikan garispanduan hukum hakam Allah Taala agar manusia tidak sesat dan mengalami kegagalan di akhirat kelak.

Menjadi ibu dan bapa yang yang menyampaikan hukum hakam ugama kepada anaknya supaya anak itu menjadi anak yang soleh yang akan menyampaikan pula kepada zuriat yang seterusnya. Menjadi seorang yang beriman yang menyampaikan dakwah dan kebaikan kepada keluarga, jiran, masyarakat dan sesiapa sahaja dapam rangkuman capaiannya untuk kembali ke jalan Allah.

Atas sebab itulah hanya tiga perkara yang boleh dibawa mati dan ketiga-tiga perkara itu sebenarnya bertujuan untuk menyebar dan mengembangkan syiar Islam iaitu ;

·         Sedekah Amal Jariah
·         Ilmu yang bermanfaat yang disampaikan juga
·         Anak yang Soleh.

Semua ini akan dihuraikan dengan lebih lanjut dalam bab yang akan datang nanti.

Oleh itu jadilah orang yang sentiasa beribadah kepada Allah, menyebarkan syiar Islam walau bagaimana sekalipun dugaan yang mendatang dalam kesenangan mahupun dalam kesusahan, dalam kekayaan mahupun kemiskinan, ketika bebas mahupun dibelenggu, ketika sihat mahupun ketika sakit kerana kita manusia dijadikan / singgah di muka bumi ini dalam jangkamasa yang singkat ini untuk tujuan tersebut dan bukan tujuan-tujuan yang lainnya.

Fikir-fikirkanlah..

Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.

Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.

Ikhlas,

FY Al Haj
0166667430

Sekiranya anda mendapat manfaat membaca artikel ini FY harap anda dapat like dan share post ini dengan harapan ia juga membawa manfaat kepada orang yang dijodohkan dengannya.

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.