07 Oktober 2010

Teka Teki Corner



Teka Teki

1.           Mengapakah tukang masak dianggap kejam?
Pukul telur dan tumbuk cili.

2.           Dalam sebulan ada berapa hari?
Ada 7 hari , mana ada hari lain dah.

3.           Kaki apa yang paling panjang?
Kaki Lima.

4.           Kalau kat tangan, orang panggil jam tangan kalau kat dinding, orang panggil jam dinding kalau kat dahi pulak, orang panggil apa?
Jambul

5.           Banyak-banyak jam, jam apa paling murah ?
Jamban

6.           Jam untuk kesihatan?
Jamu

7.           Jam apa yang sedap?
Jambu

8.           Jam apa paling panjang?
Jambatan.

9.           Dahulu, ada sepasang suami isteri di sebuah hutan. Si isteri yang berbadan dua teringin sangat makan daging kambing hitam. Maka, si suami pun pergilah mencari kambing tersebut. Malangnya, kambing tersebut tidak dapat dicari. Sekembalinya si suami, isterinya sudah selamat bersalin. Dia kesal. Lalu dinamakanlah anaknya itu Hafiz, mengapa?
Sebab anaknya itu adalah bayi lelaki!

10.        Kenapa durian tak gugur pada waktu siang, sebaliknya pada malam?
Sebabnya kalau durian gugur pada siang dia tahu tinggi ke rendah dia, jadi kalau malam dia takkan nampaklah, jadi dia gugur ke bumi.

11.        Dalam sehari, berapa kali kita tengok tikar sembahyang?
Tikar mana pernah sembahyang.

12.        Sedang kita berjalan-jalan membeli juadah untuk berbuka. Tiba-tiba semua orang terkejut dan berpaling ke belakang bila terdengar bunyi hon kereta. Kenapa?
Belakang kepala mana ada mata, sebab tu kena berpaling.

13.        Kenapa pokok besar selalunya ditebang?
Sebab pokok besar mana boleh cabut.

14.        Seekor kucing dikejar oleh seekor anjing. Tiba-tiba kucing itu hilang entah kemana. Kat mana agaknye kucing tu pegi?
Kat Sarawak.

15.        Banyak-banyak mata , mata apa yang paling Besar?
Matahari.

16.        Seorang lelaki dijumpai mati tergantung di tengah-tengah sebuah bilik kosong. Di bawah lelaki tersebut ada sedikit air.takde kerusi, takde apa2 di bawahnya. Tapi polis dapati dia membunuh diri bukan orang bunuh dia. Jadi apa bukti dia bunuh diri?
Dia berdiri atas seketul ais besar lepas tu dah cair.

17.        Kenapa kalau orang naik teksi, diorang tak bayar duit dulu?
Sebab duit dulu- duit zaman dulu dah tak laku

18.        Orang Melayu makan pakai tangan, Orang Cina makan pakai chopstik Orang India makan pakai apa?
Pakai Mulut.

19.        Seorang pemandu teksi terkejut besar apabila dicuit penumpangnya dari belakang lantas memberi amaran supaya jangan melakukannya lagi. Kenapa?
Sebab selama ni dia merupakan pemandu kereta mayat

20.        Ada lima orang pakai satu payung tetapi mereka tidak basah. Mengapa?
Sebab hari tak hujan

Ikhlas dari,
                    
Faizal Yusup
Pengkaji Isu Sosial

Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!

PS - Anda suka blog ini? Jadilah follower, komenlah mana yang patut dan tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda atau linkkan blog saya ni kepada blog anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua. InsyaAllah.

Terima kasih…

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.