Baru-baru ni dalam belanjawan 2011 PM ada mengatakan tentang cadangan pembinaan Menara Warisan yang akan diusahakan oleh anak syarikat Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang akan menelan belanja RM5 Billion dan terletak di kawasan Stadium Merdeka.
Saya sebenarnya merasa pelik kerana kita telahpun punya mercu tanda KLCC dan dalam hal ini saya rasa kita tak perlukan satu lagi mercu tanda yang baru. Mercu tanda di New York adalah Trade Center yang dah roboh tu, di Paris Eiffel Tower, di Chicago Sears Tower, di Dubai menara Burj Dubai dan di Kuala Lumpur KLCC sudah cukup terkenal untuk memperkenalkan Malaysia. Kemudian pula ia mahu dibina pada masa ekonomi negara berada ditahap yang kurang memberansangkan.
Mungkin juga kalau dahulu pembinaan KLCC dikaitkan dengan Tun Mahathir agaknya pembinaan mercu tanda Menara Warisan ini adalah sebagai tanda yang mengaitkannya dengan PM kita yang baru pula agaknya.
Apapun PNB bukanlah syarikat yang menjalankan peniagaan, ia hanyalah satu syarikat amanah yang mengendalikan wang rakyat. Wang orang melayu yang dilaburkan di sana untuk tujuan pelaburan. Dalam hal ini bukankah lebih baik lebihan laba keuntungan pelaburan itu diberikan kembali kepada pelaburnya dalam bentuk dividen jesteru itu meningkatkan status kekayaan orang melayu sepertimana yang berlaku semasa pertukaran ASN kepada ASB dahulu dimana para pelabur mendapat 65% dividen dan bonus kalau tak silap saya. Syarikat pelaburan yang diamanahkan itu sepatutnya mengurangkan kos operasinya ke tahap yang paling rendah dan memaksimakan keuntungan pelaburnya. Sekiranya tidak ia merupakan satu bocoran kerana menggunakan wang tersebut ke tempat yang tidak sepatutnya sedangkan jumlah tersebut boleh digunakan untuk banyak perkara lain yang boleh membawa kebaikan.
Mungkin juga mereka melaburkan duit tersebut dalam projek ini bagi mendapatkan keuntungan jangkamasa panjang tetapi pada saya takkanlah sampai nak buat begitu mega sedangkan kita boleh buat pada kadar yang sederhana sepertimana yang disarankan Islam. Hanya orang dunia sahaja yang sibuk mencantikkan luarannya sedangkan orang Islam akan melakukan apa yang perlu dalam keadaan yang sederhana. Selebihnya boleh jatuh hukum makruh dan haram.
Seterusnya pembinaan pencakar langit ini sebenarnya hanya membenarkan petanda-petanda kiamat kecil dan negara kita adalah penyumbang kepada petanda-petanda ini. Beginilah sikap orang melayu. Seorang Islam pasti tak akan berbuat demikian. Cuba lihat apek Cina pasar yang berkepuk duitnya dan bandingkan pula dengan orang melayu yang pakaian serba branded tapi tak ada duit dalam poket. Biar papa asal bergaya katanya. Cuba lihat pula syarikat melayu yang kebanyakannya cantik diluar tetapi dengan ruang pejabat yang gah tetapi perniagaannya nyawa-nyawa ikan dan cuba lihat pula pada perniagaan Cina yang walaupun kilangnya bagai nak roboh tetapi perniagaannya berjalan dengan baik. Pejabat yang besar dan cantik tak penting tetapi yang penting ialah kemasukan duitnya.
Itu belum lagi saya sentuh perihal kos penyelenggaraan, masalah trafik, masalah ruang pejabat dan masalah-masalah yang lainnya.
Fikir-fikirkanlah.
Sekian dulu. Wassalam.
Faizal Yusup
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.