25 Oktober 2010

Artikel Motivasi Terbuka dan Percuma



Assalamualaikum buat semua pengunjung yang budiman...

Catatan ini FY tulis sebagai petanda yang Blog ini telah bertukar daripada link faizalyusup.blogspot.com kepada link www.faizalyusup.com.

Apapun perubahan ini tak akan mengubah apa-apa malah FY akan terus menulis pengisian-pengisian yang bermanfaat untuk semua dengan harapan ia akan dapat meningkatkan ilmu pengetahuan, memotivasikan, memberi jawapan mahupun memangkinkan peningkatan keimanan dalam diri sesiapa sahaja yang dijodohkan dengan blog ini.

Blog ini sebenarnya berbeza dengan blog motivator yang lain kerana FY yakin tak seperti ahli motivasi mahupun kaunselor yang lain mereka tidak menyampaikan pengisian yang terbuka sepertimana yang terdapat dalam blog ini.

Apa yang disampaikan di sini disampaikan dengan ikhlas secara percuma. Ini kerana FY cukup yakin yang sesuatu yang ikhlas dari hati akan dirasai oleh hati yang satu lagi. FY juga yakin yang ilmu yang disampaikan dengan ikhlas akan mendatangkan lebih banyak ilmu dari Allah Taala. Dalam hal ini tak perlulah kita kedekut ilmu mahupun memperniagakan ilmu tersebut kerana itu bukanlah saranan Islam.

Ilmu sebenarnya merupakan pendinding yang baik, pengubat kepada permasalahan, memberi kekuatan di saat kelemahan, memberi semangat dan sebagainya.

Oleh itu datanglah ke sini dimasa yang terluang, ambillah, "share"lah mana-mana pengisian dan artikel yang anda rasakan berharga untuk diri anda mahupun buat orang lain. Ketahuilah sesungguhnya manfaatnya tak akan berkurang walaupun satu. InsyaAllah FY akan terus-terusan menulis dan menyampaikan apa juga yang diinspirasikan dalam dari ini dengan harapan ia membawa manfaat kepada pembacanya walau dimana juga anda berada.

Semoga kita semua selalu di bawah lindungan Allah Taala hendakNya di sini mahupun di sana.

Sekian dulu catatan kali ini.

Wassalam.

Faizal Yusup

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.