28 Oktober 2010

Kisah Segelintir Melayu Islam



Salam sejahtera semua..

Kekadang FY rasa pelik dengan sesetengah orang. Orang yang melayu yang berugama Islam. 

Cuba perhatikan kisah di bawah ini ;

Dua orang pelanggan ayam di Thailand keluar dan sarang pelacuran selepas melempiaskan nafsu. Mereka mahu pergi cari makan. (Mereka ini melayu yang berugama Islam.) Salah seorang daripada mereka berkata, 
" Eh! Kita tak boleh makan kat restoran ni.. TAK HALAL!" Tu ha kat hujung sana ada restoran yang halal."

Ini kes mengambil hukum Islam itu separuh-separuh. Tak boleh tuan. Islam kena ambil keseluruhannya.

Kemudian ada pulak seorang kawan ni, dia telah berkahwin, rajin bersolat, siap dengan solat sunat yang panjang dan selalu memberi tazkirah mengenai ugama Islam tapi pada masa yang sama ada simpan girlfriend. Bila bertemu berpegangan tangan dan bercumbuan.

Firman Allah Taala, "Sesungguhnya solat itu dapat mengelakkan dari perbuatan yang keji dan mungkar." Dalam hal ini persoalannya ialah bagaimanakah keadaan solat mereka agaknya hingga tak dapat mengelakkan mereka dari melakukan perkara yang keji dan mungkar. Bersolat tetapi masih melakukan perkara yang mungkar.

Seterusnya kita sering mendengar kenyataan ini. "Saya seksi kat luar ni jer tapi kerja-kerja amal ibadah kena sorok. Tak ikhlas jadinya nanti."

Kemudian kita dengar kisah pemimpin negara yang bercakap beria-ia kepada pengundinya tetapi di belakang mereka kaki seks, kaki perempuan, kaki judi, kaki rasuah dan kaki arak.

Pada saya ini pula kes Rohani, Jasmani dan Akal yang tak selari. Mulut kata lain hati kata lain, tangan buat lain, kaki buat lain hingga tak tahu dimana kebenarannya. Dalam hal ini Islam itu benar dan telus jadi semuanya mesti selari. Apa yang cantik di dalam akan dicerminkan dengan tuturkata, perbuatan dan tindakan dalam rangkuman akhlak yang baik. Ada yang tak kena kalau ada yang disorokkan. Benda yang tersorok dalam gelap itu pasti ada kaitan dengan Setan.

Fikir-fikirkanlah.

Ikhlas,

FY Al Haj
0166667430

Sekiranya anda mendapat manfaat membaca artikel ini FY harap anda dapat like dan share post ini dengan harapan ia juga membawa manfaat kepada orang yang dijodohkan dengannya.

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.