26 Oktober 2010

Tujuan Hidup Manusia 2




Bersambung dari artikel semalam, kalau kita fikirkan lebih mendalam lagi sebenarnya Allah Taala berupaya atau berkuasa untuk menjadikan Setan itu makhluk yang baik mahupun menghapuskan Setan dan menghapuskan nafsu sekaligus. Dengan itu menjadikan manusia baik belaka yang pastinya kita tak ada bezanya dengan Malaikat yang dijadikan Allah untuk patuh pada perintahnya, tak punya perasaan dan hanya menghabiskan masa mereka beribadah kepada Allah Subhanawataalla.

Apapun semua ini berlaku kerana Allah mahu menduga makhluk bernama manusia ini untuk melihat siapakah yang lebih beriman diantara mereka, untuk melihat siapa yang kufur, melakukan maksiat serta melanggar perintahNya.

Teringat pula pada sebuah kisah Nabi. Kisah Nabi Yunus AS kalau tak silap saya. Kisah dimana setelah bertahun-tahun menjalankan dakwah hanya beberapa orang sahaja yang memeluk Islam hingga beliau berputus asa dan berdoa agar Allah Taala menurunkan bala kepada kaumnya.

Namun demikan apa yang terjadi ialah Allah Taala menyuruhnya membuat sebuah pasu besar untuk dipersembahkan kepadaNya. Maka Nabi Yunus AS berhempas pulas berbulan-bulan untuk membuat satu pasu yang cantik dan sempurna untuk dipersembahkan kepada Allah Taala. Apa yang terjadi ialah bila pasu itu siap dan dipersembahkan maka Allah memerintahkan pasu yang cantik itu dipecahkan.

Moral cerita itu ialah Allah yang mencipta manusia jadi Dia berkuasa untuk menghapuskan mana-mana manusia sekalipun bila Dia berkehendak. Dia Maha berkuasa atas setiap sesuatu. Oleh itu tugas kita hanyalah untuk mencantikkan pasu luar dan dalam dengan menjalankan usaha pengisian ilmu serta menjalankan usaha dakwah yang berterusan. Ini kerana yang pastinya kita semua akan mati satu hari nanti dan digantikan dengan generasi yang baru dengan dugaan yang serupa hinggalah ke hari kiamat kelak.

Kita manusia sebenarnya merupakan makhluk yang paling mulia, malah lebih mulia dari malaikat mahupun setan andai kita bertakwa kepada Allah. Setan punya sifat yang jahat, malaikat punya sifat yang baik dan menurut perintah Allah tetapi kita punya kedua-dua sifat itu dalam diri kita malah kita punya sifat binatang sekalipun. Kalau binatang menggunakan nalurinya untuk hidup tetapi manusia dikurniakan akal. Manusia punya sifat binatang tetapi binatang tak punya sifat manusia. Semua ini adalah kelebihan yang Allah berikan pada manusia namun ramai yang menyalahgunakan kelebihan ini untuk melakukan maksiat dan melanggar larangan Allah Taala.

Oleh itu sebagai manusia makhluk yang paling mulia, maka lawanlah godaan setan dan kekanglah nafsu, patuhlah kepada perintah Allah Taala dan jauhkan diri dari laranganNya.

Sesungguhnya Allah berfirman, “Hidup di dunia ini hanya main-main, akhirat juga yang kekal abadi.

Fikir-fikirkanlah..

Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.

Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.

Ikhlas dari,
                    
Ikhlas,

FY Al Haj
0166667430

Sekiranya anda mendapat manfaat membaca artikel ini FY harap anda dapat like dan share post ini dengan harapan ia juga membawa manfaat kepada orang yang dijodohkan dengannya.

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.