Artikel ini saya tulis sebagai iktibar dari tragedi 12 orang yang terkorban kemalangan maut di Simpang Ampat pada 10.10.10.
Al Fatihah, semoga Allah Taala mencucuri rahmat kepada roh mereka dan menempatkan mereka di kalangan orang-orang yang beriman. InsyaAllah.
Hanya satu saranan saya. Pasanglah mekanisme yang hanya membenarkan bas-bas dan kenderaan-kenderaan berat ini hanya boleh dipandu paling laju 80 atau 90 km sejam. Ini kerana mekanisme ini nampaknya tidak berfungsi dalam diri pemandu kenderaan-kenderaan ini walaupun sudah berkali-kali menyertai kursus pemandu berhemah.
Kalau tak pun suruh mereka semua memandu steamroll selama 40 hari berturut-turut sebelum memandu bas ekspress! Barulah boleh menerapkan nilai sabar dalam diri dan baru padan dengan muka! Hawhawhaw...
Teringatkan perihal kematian itu, beginilah cuba lihat berapa umur kita dan cuba fikirkan berapa lama lagi yang kita ada?
Kita tak tahu bila kita akan mati. Ia mungkin lama lagi, ia mungkin lagi 50 tahun, kita mungkin akan hidup sampai 100 tahun, kita mungkin juga akan mati sebentar lagi. Apapun bapa saya Mohamed Yusup bin Hj Jamal meninggal dunia pada 5:10 petang Jumaat 9hb Mei 2001 pada umur 53 tahun. Kalau saya juga akan meninggal dunia pada umur yang sama maka saya cuma tinggal 13 tahun untuk melakukan perubahan dengan harapan ia meninggalkan kesan. 13 tahun bukanlah satu jangkamasa yang lama. Ia akan berlalu begitu sahaja tanpa kita sedari.
Saya berumur 40 tahun dan katalah saya meninggal dunia pada umur 60 tahun maka saya tinggal lagi 20 tahun lagi untuk hidup. Saya cuma tinggal 1/3 lagi masa untuk menempa kejayaan baik kejayaan di dunia mahupun kejayaan di akhirat.
Oleh itu,
Saya cuma tinggal 20 tahun untuk beribadah.
Saya cuma tinggal 20 tahun untuk berdakwah.
Saya cuma tinggal 20 tahun untuk berkarya.
Saya cuma tinggal 20 tahun untuk bekerja.
Saya cuma tinggal 20 tahun untuk mencari pendapatan.
Saya cuma tinggal 20 tahun untuk bersilaturrahim.
Saya cuma tinggal 20 tahun untuk beriadah.
Saya cuma tinggal 20 tahun untuk membesar dan mendidik anak-anak.
Saya cuma tinggal 20 tahun untuk berehat.
Saya cuma tinggal 20 tahun untuk tidur.
ALAMAK! Saya tak punya banyak masa lagi!
Kalau anda ada banyak masa untuk dibuang,
Kalau anda ada banyak masa untuk disia-siakan,
Kalau anda ada banyak masa untuk melepak,
Kalau anda ada banyak masa untuk main game,
Kalau anda ada banyak masa untuk menonton video lucah,
Kalau anda ada banyak masa untuk berhibur,
Kalau anda ada banyak masa untuk melakukan kerja-kerja maksiat yang lainnya,
Apa kata pass sikit masa tu pada saya! J
Sebab saya tak punya banyak masa lagi!
ALAMAK! SAYA DAH BUANG MASA NIE...! MINTA DIRI DULU...
Fikir-fikirkanlah..
Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.
Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.
Ikhlas dari,
Faizal Yusup
Pengkaji Isu Sosial
Email : greng70@yahoo.com
Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!
PS - Anda suka blog ini? Jadilah follower, komenlah mana yang patut dan tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda atau linkkan blog saya ni kepada blog anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua. InsyaAllah.
Terima kasih…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.