Alangkah beruntungnya seorang Muslim, setiap amalannya bisa bernilai ibadah dan diganjar pahala oleh Allah Taala. Mulai dari aktiviti ringan sampai yang berat. Dari yang kecil sampai yang besar. Nah, agar setiap amalan kita bernilai ibadah, berikut 5 syarat yang harus ada dalam amalan tersebut:
1. Niat.
Dalam melakukan aktiviti apapun, niat yang harus dipasang adalah ikhlas kerana Allah semata-mata. Tidak ada sifat riak, ujub, takbur dan sebagainya dalam melakukannya. Misalnya seorang suami yang mencari nafkah untuk keluarga, selain kerana kewajiban sebagai ketua rumah tangga, ia juga melakukannya untuk mendapat redha dari Allah.
2. Tentang aktiviti itu sendiri.
Aktiviti yang kita lakukan itu tidak boleh sesuatu yang haram seperti mengedar dadah, mencuri, menjual diri, mengambil rasuah, menindas dan sebagainya kerana ini akan termasuk dalam rangkuman aktiviti maksiat.
3. Bagaimana aktiviti tersebut dijalankan.
Apakah sesuai dengan aturan Allah atau tidak. Misalnya berolahraga. Apakah dalam berolahraga tersebut aurat ditutup sesuai syari’at, apakah tidak bercampur gaul lelaki perempuan, tidak berbohong atau menipu, memanipulasi dan sebagainya. Semuanya harus merujuk pada aturan Islam.
4. Alatan dan prasarana yang digunakan.
Semua peralatan yang digunakan dalam aktiviti tersebut haruslah halal. Misalnya aktiviti menulis. Apakah buku, pen, komputer dan peralatan yang digunakan lainnya bukan hasil curian, seludupan dan dari sumber tidak sah lainnya.
5. Hasil.
Dalam Islam disebut dengan natijah. Yaitu apa yang didapatkan dari aktiviti tersebut. Jadi hasilnya haruslah dipergunakan untuk sesuatu yang baik, sesuai dengan syari’at. Misalnya untuk membiayai keluarga, untuk kesihatan, untuk berdakwah dan sebagainya.
*Dipetik dari nasihat Ibnu Muhammad
Ikhlas,
FY Al Haj
0166667430
Sekiranya anda mendapat manfaat membaca artikel ini FY harap anda dapat like dan share post ini dengan harapan ia juga membawa manfaat kepada orang yang dijodohkan dengannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.