28 Oktober 2010

Kisah Tsunami, Gunung Merapi di Indonesia dan Banjir di Pakistan.



Pepagi lagi saya mendengar perihal Gunung Merapi di Jawa Tengah Indonesia yang telah mula meletus dan mengeluarkan larvanya dan hingga kini terdapat kehilangan jiwa dan tak kurang juga yang mengalami kecederaan kerana letusan gunung tersebut. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka dan mengurniakan ketenangan di hati mereka yang terlibat.

Apapun Alhamdullillah menurut saintis tremor gegaran letusan gunung berapi ini tak akan dirasai di negara ini malah debu yang keluar juga tak akan dibawa ke sini kerana tiupan angin Timur Laut di penghujung tahun ini akan menolak debu-debu ini ke arah Barat.

Kalau difikirkan Malaysia merupakan satu negara yang beruntung dan dirahmati atas sebab-sebab tertentu. Ini kerana  negara kita TIDAK terletak di atas laluan Tectonic Plate atau garisan yang mana bumi bergerak dan menyebabkan gempa bumi letaknya gunung berapi di atasnya. Garisan ini melalui Jepun, Filipina dan turun di kepulauan Indonesia ke Sumatra dan seterusnya ke India. Gunung Merapi ini adalah antara 129 gunung Berapi yang aktif di Indonesia.

Kemudian kedudukan Sumatera di sebelah Barat negara ini telah terbukti membantu mengelakkan negara ini daripada Tsunami yang berlaku pada 26 Disember 2004 yang menyebabkan kehilangan ratusan ribu nyawa dan ini termasuklah tsunami yang berlaku baru-baru ini yang melanda Kepulauan Mentawai di Sumatera Barat oleh sebab gempa bumi berukuran 7.7 pada skala Richter yang berlaku. Setakat ini 311 orang disahkan meninggal dunia dan 410 orang telah hilang.
Inilah kelebihan yang dikurniakan Allah kepada Malaysia secara geografinya.


Kalau kita kaji dari sudut yang lebih mendalam pada saya mungkin di negara ini masih terdapat para Ulama yang kelihatan dan yang tersorok yang secara tak langsung membantu keberkatan negara ini. Bukan apa kalau kita lihat di musim haji ini kerajaan Arab Saudi juga menghormati para jemaah Malaysia kerana mereka semua mempunyai akhlak yang baik, penuh sopan santun serta mematuhi undang-undang. Kalau jemaah Malaysia bersifat sederhana, jemaah Indonesia pula punya banyak variasi keislaman malah ada diantara mereka yang begitu ekstrem.

Orang melayu Malaysia ini dengan tamadunnya yang masih mentah sebenarnya begitu mudah dibentuk. Bila sahaja mereka mempelajari sesuatu yang baru dan mendapati apa yang dilakukan secara tradisi adalah menyalahi hukum maka mereka dengan mudah meninggalkannya untuk mematuhi kebenaran. Tamadun India contohnya lebih lama dari tamadun Islam jadi bila Islam masuk ke dalam tamadun mereka begitu banyak adat istiadat yang tidak boleh diubah untuk mengikuti hukum hakam Islam. Mungkin itulah sebabnya Datuk Shahrukh Khan yang berugama Islam boleh berlakon sebagai seorang  Kristian, Hindu dan Islam berdasarkan plot filem yang perlu dilakonkan. Untuk pengetahuan anda di Indonesia dan di India mereka boleh kahwin campur yang bermakna seorang Islam boleh berkahwin dengan Buddha, Hindu, Kristian malah mana-mana ugama sekalipun.

Pakistan juga mengalami banjir yang paling teruk tahun ini mungkin juga kerana ada kesalahan dalam aliran keislaman mereka yang perlu diperbaiki. Cuba lihat gambar di bawah ini, bagaimana sebuah masjid boleh bertahan walaupun sekelilingnya ranap dibawa air. Perkara yang sama juga terjadi  selepas gempabumi di Turkey dan Haiti tak lama dahulu.


Dalam hal ini marilah kita sama-sama berusaha meningkatkan ilmu dan amal dengan harapan itu akan dapat meningkatkan iman dan seterusnya negara ini terpelihara dari bala malapetaka disebabkan kemurkaan Allah Taala kepada makhlukNya. Wallahu'alam.

Sekian dulu. Wassalam.

Faizal Yusup

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.