Salam sejahtera semua,
Kekadang bila ada masa yang terluang saya akan berjalan-jalan membaca entri-entri kawan-kawan blogger yang lain. Hari ini dalam penelitian saya membuat blog hopping ini saya nampak beberapa perkara...
Ada blog yang dah bersawang dan tiada entri baru sejak beberapa tahun yang lalu atas sebab-sebab yang tertentu.
- Mungkin mereka menjadi blogger kerana mengikut orang lain yang blogging.
- Mungkin mereka berhenti kerana masalah teknikal
- Mungkin mereka berhenti kerana tiada orang yang datang singgah di blog mereka
- Mungkin mereka hanya hangat-hangat tahi ayam
- Mungkin mereka berhenti kerana digertak oleh pihak tertentu menyuruh mereka berhenti
- dan pelbagai kemungkinan lagi.
Apapun pada saya blogger mestilah merupakan seorang yang mempunyai program menulis di dalam dirinya. Program menulis yang telah dibentuk sekian lama dalam diri akan menjadikan anda blogger yang akan dapat menulis secara berterusan. Saya seorang penulis buku jadi menulis adalah minat yang telah lama terbentuk dalam diri, jadi ini bukanlah satu masalah bagi saya.
Keduanya saya lihat ada blogger yang punya matlamat dalam penulisannya namun ada juga yang carca merba tanpa matlamat penulisan yang jitu. Sekadar berkongsi diari kehidupan seharian. Ada juga yang punya matlamat dakwah tetapi penyampaiannya penuh dengan cacian dan makian. Dalam hal ini kita seharusnya menyampaikan dengan mengingati tema yang disarankan Rasullullah SAW iaitu menyampaikan dengan amanah penuh hikmah, kebenaran dan bijaksana.
Terus terang saya lebih suka melawat blog yang berisi, blog ugama, blog ilmu pengetahuan daripada blog -blog cerita-cerita kosong sebegini. Blog yang bersifat makruh. Begitu juga saya tak berapa minat untuk ke blog politik dan blog-blog yang bersifat konflik, memarahi sana, bengang dengan sini, mencarut di sini sinun dan sebagainya. Ia hanya memecahbelahkan manusia dan ia bukanlah sesuatu yang baik. Pada saya orang yang beriman dan berakhlak mulia akan punya hati yang baik dan ini akan dicerminkan dengan tuturkata mereka dalam entri-entri yang mereka sampaikan.

Nabi SAW tidak menghina ugama lain atau orang lain dalam menyampaikan dakwahnya. Baginda hanya menyampaikan kebaikan dan kecantikan Islam itu sendiri. Lagipun nasihat jauh lebih baik dari kemarahan kerana ia tak menjejaskan hubungan silaturrahim. Itu yang pasti.
Kemudian ada juga blog yang punya banyak halangan. Halangan untuk memasukinya, kena jadi member dan letak password untuk masuk dan untuk memberi komen dan sebagainya. Pada saya semua ini hanya membuang masa berharga lagipun islam itu telus dan terang dan tak ada apa yang perlu disorokkan dan tak ada apa yang perlu ditakutkan.
Entahlah itu yang saya nampak di mata hati saya buat masa ini. Bukan untuk menyinggung tapi sekadar bercerita.
Sekian dulu.
Wassalam.
Faizal Yusup
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.