05 Oktober 2010

Tip # 5 - Perihal Tip Saham




Melabur Saham di Bursa Malaysia
Tip #4 - Perihal Tip Saham

Tip saham boleh datang dari sesiapapun juga namun demikian sebagai pelabur bijak kita hendaklah pandai menganalisisnya sebelum membuat sebarang tindakan.

Nasihat saya,

1. Buat analisa fundamental, financial atau kewangan dan technical atau teknikal. Makro dan mikro.

2. Tanya 2-3 orang yang lebih berpengalaman.

3. Buy on Rumors Sell on News

Bila cerita mengenai projek syarikat itu keluar dalam suratkhabar dan di lain-lain media sebaiknya kita terus menjual saham tersebut kerana selalunya terdapat anjakan harga pada pagi hari urusniaga saham tersebut.

4. Siapa yang bagi tip saham tersebut?
Selalunya maklumat saham itu akan bergerak sebegini :

Dari Pengarah syarikat kepada Company Secretary syarikat kepada Orang tertentu dalam Bursa Malaysia, kemudian kepada wartawan kemudian kepada Bloomberg dll dan akhir sekali di dada-dada akhbar.

Jadi mereka yang terdekat akan mendapat info yang terdahulu dan yang terbaik.

Tapi, Langkah ini sebenarnya dinamakan Insider Trading kerana mereka semua tak sepatutnya mendedahkan maklumat tersebut.

Namun, berhati-hatilah kerana ada tips yang bertujuan untuk menyebarkan rumors dengan tujuan memanipulasi supaya harga saham itu naik dan mereka yang menyebarkannya boleh menjual dan mendapat untung yang berlipat kali ganda kerana mereka telah membelinya pada harga yang jauh lebih murah.

Sekian dulu,

Semoga artikel ini membawa manfaat bagi anda. Saya cuma tahu apa yang saya tahu dan tak tahu apa yang saya belum tahu. Kalau anda lebih tahu harap beritahulah.

Sekian dulu,

Faizal Yusup
Nak tahu lebih lanjut hubungi saya
012 654 0130

PS - Anda suka blog ini? Jadilah follower, komenlah mana yang patut dan tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda atau linkkan blog saya ni kepada blog anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua. InsyaAllah.

Terima kasih…

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Komen

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.