31 Oktober 2010

Ketidaksempurnaan Insan




Allah Taala menjadikan ketidaksempurnaan sebagai fitrah manusia.

Dalam artikel kita ambil perumpamaan gelas yang telah penuh.

Ini kerana adakalanya kita akan berjumpa dengan orang yang merasakan dirinya seperti gelas yang telah penuh. Dia merasakan yang dirinya seorang yang pandai dah telah penuh dengan ilmu pengetahuan. Bila sesebuah gelas itu telah penuh maka sekiranya kita mengisi air ke dalamnya pastinya air itu akan tumpah. Sebenarnya ini adalah tembok ego yang dibina dalam diri seseorang itu tanpa dia sendiri sedari. Dia tak dapat menerima sebarang pelajaran yang hendak diajarkan dan dia tidak dapat mengambil iktibar dari pengajaran yang berlaku dalam kehidupannya.

Adakalanya pula kita mengambil cermin dan memberikannya kepada orang lain tanpa menggunakannya untuk mencermin muka kita sendiri. Kita mengatakan yang kita benar dan terus-terusan menyalahkan orang lain. Bagi saya orang yang sebegini adalah orang yang sempurna. Ini kerana mereka selalunya akan jumpa kesalahan orang lain tetapi tidak pernah berjumpa kesalahan pada diri mereka sendiri.

Sebagai manusia dalam dunia ini kita tak dapat lari dari melakukan kesilapan. Ini telah dibuktikan oleh orang Jepun. Kalau anda masih ingat satu ketika dahulu mereka memperkenalkan konsep "zero defect" atau kesilapan sifar bagi tujuan pengilangan. Namun setelah lebih sedekad mencuba mereka masih lagi tidak dapat untuk mencapainya. Pelbagai kaedah dan pendekatan digunakan tetapi semuanya gagal mencapai kesempurnaan. Akhirnya mereka menerima hakikat yang ini tidak boleh dicapai. Ini jelas menunjukkan yang sebagai makhluk yang bergelar manusia sebenarnya kesempurnaan bukanlah sifat kita. Kita hanya mempunyai sifat yang tidak sempurna.


Oleh yang demikian adalah lebih baik untuk kita mencari kesalahan diri kita dahulu sebelum mencari kesalahan orang lain. Satu jari yang menunjuk kepada kesalahan orang lain tetapi tiga jari yang menunjuk kepada kesalahan diri kita sendiri. Apa yang perlu kita lakukan bila terjadi sesuatu masalah ialah untuk membuat penilaian yang teliti. Ini kerana kita mungkin berada di pihak yang salah. Apa yang penting ialah untuk kita pastikan yang kita berada di pihak benar kerana dengan demikian itu Allah Taala akan menyebelahi kita. Berani kerana benar takut kerana salah itulah pesanan orang tua yang boleh kita ikuti dan ambil iktibar.

Bagi saya cara yang mudah untuk mencari kesalahan diri sendiri ialah dengan melihat penerimaan orang sekeliling kita. Kalau semakin lama kita semakin dipinggirkan masyarakat sekeliling maka pastinya ia ada kena mengena dengan sikap kita yang bermasalah itu.

Mengetahui hakikat manusia ini memang secara fitrahnya tidak sempurna maka bukankah lebih baik kita memaafkan sahaja apa juga kesalahan mereka. Lagipun tak kiralah mana mana manusia sekalipun baik ibubapa, adik beradik, pasangan, saudara, sahabat, rakan taulan semuanya akan melakukan kesilapan tak hari ni, hari yang akan datang disebabkan oleh ketidak sempurnaan ini. Ini ditambah pula sesungguhnya manusia itu merupakan perantaraan Allah untuk menguji diri kita.

Pada saya tak perlulah kita menyalahkan orang lain, itu ini begitu begini mahupun mencari kesalahan orang lain kerana HAKIKATnya DIRI KITA SENDIRI juga tak sempurna.

Wallahu’alam.

InsyaAllah kita bertemu lagi..

Fikir-fikirkanlah..

Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.

Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.

Ikhlas,

FY Al Haj
0166667430

Sekiranya anda mendapat manfaat membaca artikel ini FY harap anda dapat like dan share post ini dengan harapan ia juga membawa manfaat kepada orang yang dijodohkan dengannya.

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.