Sehingga kini pendedahan orang kita kepada aspek pelaburan saham ini masih lagi rendah. Pelbagai pandangan yang dapat kita dengar mengenainya baik dari sudut ketiadaan modal hinggalah ke sudut tidak mahu mengambil risiko, sudah terkena dan sebagainya.
Kalau kita buat perbandingan, di Singapura ada lebih 3000 remisier bagi populasi sejumlah tak sampai 4 juta orang sedangkan di Malaysia terdapat kurang dari 4000 remisier yang aktif untuk jumlah penduduk seramai 27 juta orang.
Pasaran mereka berada pada tahap 3100 mata sedangkan KLCI berada pada tahap 1450 semasa artikel ini ditulis atau dalam ertikata lain ekonomi mereka berada dua kali ganda lebih baik dan atas sebab yang sama nilai matawang mereka juga berada pada tahap yang jauh lebih tinggi.
Apapun kalau difikirkanpada tahun 80 an Dow Jones juga hanya berada pada tahap 1000 mata namun demikian 30 tahun kemudian ia mencecah 14000 mata. Kenaikan 14 kali ganda. Mungkin ia bukanlah satu perbandingan epal dengan epal namun demikian bila syarikat Malaysia berkembang menjadi syarikat global di masa yang akan datang saya yakin pasaran saham kita akan naik lebih tinggi lagi mungkin melebihi 2000 mata dalam jangkamasa 5 hingga 10 tahun lagi. Kalau kita hendak buat perbandingan maka saya rasa Korea Selatan adalah contoh yang terbaik. Mereka berada pada tahap 1850 mata dewasa ini dan pernah mencecah 2000 mata pada penghujung tahun 2007 atas kerjasama pelabur runcitnya.
Buat masa ini nisbah pelaburan runcit di Malaysia masih rendah iaitu kira 20% dari pasaran dan selebihnya pelabur institusi baik tempatan mahupun antarabangsa. Ini disebabkan kerana jumlah remisier yang yang berada di pasaran sangat kecil iaitu kira-kira 4000 orang kalau dibandingkan dengan 20000 agen bagi saham amanah, Insuran dan kad kredit. Bukankah anda selalu sudah ada insuran paling tidakpun insuran kereta, bukankah anda juga sudah ada pelaburan amanah saham paling tidakpun ASB dan bukankah anda telah punya Kad Kredit? Tapi sudahkan anda punya Akaun CDS untuk melabur saham? Ramai yang tidak.
Bagi kebanyakan orang kita, pemandangan mereka kepada pelaburan saham sangatlah negatif kerana bagi kebanyakan kita merasakan yang ianya merupakan sesuatu yang berisiko tinggi sedangkan sebenarnya terdapat saham fundamental yang rendah risikonya. Sebenarnya kita cuma perlu punya ilmu pelaburan saham.
Kalau difikirkan kembali berada di tempat tinggi kali pertama untuk melakukan “bungee jumping” juga dirasakan seperti mengambil risiko yang tinggi namun setelah melakukannya beberapa kali silap-silap kita akan menyukainya malah hilang rasa takut yang ada setelah meyakini ciri-ciri keselamatan yang ada dalam pasaran saham.
Apa yang ingin saya katakan ialah kalau anda melabur 1 lot saham Public Bank yang bernilai RM1000 pada tahun 1967, sekarang anda bergelar jutawan. Saya yakin kalau anda melabur sekarang dalam saham yang baik asasnya 10 tahun akan datang pasti anda akan mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda.
Semoga artikel ini membawa manfaat bagi anda. Saya cuma tahu apa yang saya tahu dan tak tahu apa yang saya belum tahu. Kalau anda lebih tahu harap beritahulah.
Sekian dulu,
Faizal Yusup
Nak tahu lebih lanjut hubungi saya
012 654 0130
PS - Anda suka blog ini? Jadilah follower, komenlah mana yang patut dan tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda atau linkkan blog saya ni kepada blog anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua. InsyaAllah.
Terima kasih…
' style='padding: 0; border: none;'/>
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.