22 Oktober 2010

Aku Ingin Berubah



Assalamu'alaikum semua,

Semoga anda semua berada dalam kewalafiatan hendakNya...

Siang tadi saya bertemu dengan salah seorang dari pengunjung tetap blog faizalyusup ini dan dia menceritakan tentang bagaimana kali pertama dia bertemu dengan blog ini juga sedikit sebanyak bagaimana blog ini telah mengubah perjalanan kehidupannya. Mengubah kehidupannya yang dahulunya berada dalam keadaan yang penuh permasalahan kepada kehidupan yang lebih tenang dan tenteram. Mengubah sikapnya yang dahulunya garang dan ganas menjadi aman dan damai.

Alhamdullillah. Pada saya sepertimana yang sering saya katakan ini semua adalah hadiah dari Allah Taala. Hadiah yang mengesahkan apa yang saya lakukan, ayat-ayat bisu yang tepapar dalam blog ini sedikit sebanyak telah memangkinkan perubahan dalam dirinya ke arah perjalanan yang lebih baik. InsyaAllah. Terus terang sebenarnya blog ini tak punya kuasa untuk berbuat apa-apa ni kerana taufik serta hidayah hakikatnya datang dari Allah Taala namun demikian seperti apa yang saya katakan tadi andai kata anda ada niat untuk melakukan perubahan dalam kehidupan mungkin ada kisah-kisah dalam blog ini yang mungkin dapat memangkinkan perubahan itu dengan izin Allah Taala.

Apa yang saya tahu perubahan boleh berlaku dalam diri dengan pengisian dan peningkatan ILMU. ILMU juga merupakan pertahanan diri yang baik, ILMU juga ubat therapi yang berkesan dikala kita dalam kegundahan. ILMU ini jugalah yang saya gunakan sebagai alat untuk membawa kebaikan kepada mereka-mereka yang dilanda kesukaran dan permasalahan dalam menjalani kehidupan setiap kali saya dijodohkan dengan mereka-mereka yang memerlukan kaunseling dan motivasi.

Mereka datang umpama kereta yang dilanda kemalangan dan hampir tak boleh bergerak dan bila pulang dengan izin Allah Taala kereta tu dapat dibaikpulih dan telah dapat bergerak walaupun tidak berapa lancar. Saya yakin dengan pengisian ilmu yang berterusan dan kefahaman yang bakal mendatang dimasa-masa yang mendatang maka kereta itu bakal dapat dipulihkan seperti sediakala malah lebih baik lagi. 

Masalah yang saya lihat ialah orang kita terdiri dari golongan yang pemalas untuk membaca dan mencari ilmu. Membaca merupakan satu perkara yang begitu berat bagi mereka sedangkan wahyu pertama yang diturunkan menyarankan kita membaca. Bacalah! Bacalah! Bacalah!

Oleh itu sekiranya anda ingin berubah, pertamanya pasanglah niat yang ikhlas kerana Allah yang anda ingin berubah dan keduanya berusaha dan berdoalah dengan gigih untuk mencari perubahan itu. InsyaAllah satu hari nanti Allah Taala akan memberikan petunjuk serta hidayahNya bila tiba masanya kelak.

Sesungguhnya segala kebaikan hanya dari Allah dan kekurangan adalah dari saya hambaNya yang lemah. Hakikatnya saya akan terus menulis selagi Allah  Taala memberikan ilham dan inspirasi untuk saya terus menulis dan sesekali bila dijodohkan dengan pengunjung setia blog ini dan menceritakan akan bagaimana ia mengubah kehidupannya membuatkan saya terharu dan bersyukur ke hadratNya atas limpah kurniaNya yang berterusan.

InsyaAllah selagi ada umur masih banyak yang ingin saya kongsikan buat anda semua dengan harapan tulisan-tulisan bisu ini memangkinkan perubahan pada anda semua pengunjung blog ini tak kira walau dimana anda berada.

Sekian dahulu. Wassalam.

Faizal Yusup mengundur diri buat kali ini. 

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.