27 Oktober 2010

Ilmu Pelita Hati

Assalamualaikum semua, 

Semoga sentiasa tenang aman dan damai dalam mengharungi perjalanan kehidupan ini.

Kata-kata hikmat FY untuk hari ini ialah : 

Orang yang banyak ilmu melihat masalah umpama lalat hinggap kat hidung, orang yang sempit ilmu akan melihat masalah umpama gunung everest menghempap dirinya... 

Sebenarnya kalau kita nak buat apa-apapun dalam kehidupan ini perkara pertama yang perlu kita lakukan ialah untuk MENCARI ILMU!

Nak melabur, nak berniaga, nak rumahtangga bahagia, nak ketenangan hati, nak masak lauk, nak selesaikan masalah, nak masuk syurga juga memerlukan ILMU.

Langkah pertama carilah pengisian ilmu pengetahuan. Namun demikian pengisian tanpa KEFAHAMAN satu perkara lagi. Sedarilah kefahaman adalah hak milik Allah Taala. Kalau tak silap saya Ibnu Sina solat sunat berkali-kali sambil berdoa kepada Allah agar diberikan kefahaman kepada perkara yang tidak difahaminya. Jadi bila dapat pengisian mintalah pertolongan Allah agar diberi kefahaman.

Dah dapat kefahaman kita perlukan juga PENGALAMAN. Pengalaman pula akan menjadikan kita matang dan lebih baik lagi kita boleh mengembangkan ilmu yang ada itu dan akhir sekali SAMPAIkanlah ilmu yang ada dalam diri anda itu kerana ILMU ITU AMANAH. Kalau kita simpan dan hanya gunakan untuk diri sendiri maka ingatlah kita akan ditanya kelak mengenainya di akhirat kelak. Oleh itu keluarkanlah apa yang ada dalam otak itu dan jangan tinggalkan ia di dalam benak kalau tak niaya nak jawab nanti.

Seterusnnya sebagai jalan pintas belajarlah dari orang yang berilmu kerana seperti yang selalu saya katakan kita hidup terlalu sekejap di muka bumi maka PASTINYA kita tak akan dapat mencakup semua ilmu yang ada di mukabumi ini.

Ingatlah kalau nak berjaya di dunia kita perlukan ILMU dan kalau nak berjaya di akhirat juga kita perlukan ILMU!
 

Oleh itu, BACALAH! BACALAH! BACALAH! Tambahkan ilmu dalam diri setiap hari walaupun hanya SATU!

Ikhlas,

FY Al Haj
0166667430

Sekiranya anda mendapat manfaat membaca artikel ini FY harap anda dapat like dan share post ini dengan harapan ia juga membawa manfaat kepada orang yang dijodohkan dengannya.

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.