28 Februari 2010

Kebersihan


Lautan mana yang tidak bergelombang, Bumi yang mana tidak ditimpa hujan..

Di awal penulisan ini saya terfikir akan samaada untuk menulis tajuk kebersihan atau kekotoran? Apapun saya rasa kebersihan lebih baik auranya dari kekotoran.

Cuba bayangkan keadaan berikut ;

• Benda-benda yang cantik dibiarkan di dalam bilik lama-lama diselaputi habuk walhal kit atak buat apa-apapun.
• Bilik air dan kolam air yang dibiarkan juga akan berlumut walhal air itu sendiri adalah agen pembersih.
• Badan yang dibiarkan akan tetap berdaki, bertahi hidung, bertahi telinga dan sebagainya walhal kita bukannya pergi bermain bola sepak dan berpeluh.
• Tanak yang telah dibajak dan dibersihkan juga lambat laun akan tumbuh lalang dan belukar.

Baik benda yang cantik, bilik air, kolam, badan dan apapun juga perlu dicuci dan dibasuh selalu bagi memastikan ia berada dalam keadaan yang bersih. Lagipun kebersihan itu sebahagian dari elemen keimanan.

Analoginya begitu jugalah manusia tak akan dapat lari dari membuat kesilapan. Sesungguhnya ketidaksempurnaan adalah sifat manusia.

Bayangkan seorang bayi yang baru lahir putih bersih segalanya dan cuba mempertahankan kebersihan hatinya itu sehingga hari dia kembali mati dan bertemu Allah Taala. Adakah ini boleh dilakukan? Terus terang pada saya ini mustahil. Walau kita duduk diam sekalipun tanpa bergerak kita akan tetap mendapat habuk kekotoran. Duduk diam menandakan kita seorang yang pemalas dan pemalas itu juga satu sikap yang kotor. Kita mengelak bertemu dengan orang ramai kononnya bagi mengelakkan kita berbuat dosa sesama manusia juga merupakan sifat yang kotor kerana kita tidak menjalankan tugas bermasyarakat, berjemaah, menyampaikan dakwah dan sebagainya.

Dalam ertikata lain tiada manusia yang tidak akan tersasar. Dalam hal ini apa yang penting ialah untuk kembali membersihkan diri dan hati secara konstan setiap masa dan ketika. Malah Nabi SAW pernah bersabda sesungguhnya solat lima waktu itu umpama kita mandi 5 kali sehari bagi membersihkan kekotoran-kekotoran yang melekat pada diri itu.

Allah Taala juga memperkenalkan diriNya sebagai Yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani malah mulai dari mula ayat pertama dalam Al Quran.

Menurut banyak yang kita baca dan ketahui Syurga itu merupakan tempat yang amat bersih baik dari segi fizikalnya mahupun rohaninya. Di syurga tidak terdapat sebarang kekotoran baik habuk, kuman mahupun karbon monoksida. Saya yakin di syurga juga tiada sifat-sifat buruk dan kotor dalam hati ahli-ahlinya. Tiada syak wasangka buruk, irihati, tamak dan sebagainya. Yang ada hanyalah sifat sayang menyayang yang tulus ikhlas.

Dalam hal ini kalau kita nak ke syurga kita kenalah pastikan yang diri / hati kita berada dalam keadaan yang bersih. Oleh itu sepanjang kehidupan kita kena pastikan kita makan makanan yang halal, elakkan rasuah, elakkan riba, elakkan mengambil yang bukan hak, elakkan mata dari melihat yang lucah dan sebagainya, jaga telinga dengan mendengar yang benar, jaga mulut dengan bercakap dan menyampaikan yang benar jauh dari fitnah, mengadu domba dan tipudaya, jaga kebersihan luaran dan dalaman dan sebagainya. Bersihkanlah barang-barang, rumah, kolam dan bilik air kerana perbuatan menjaga kebersihan merupakan petanda keimanan. Itu saya yakin.

Ini kerana kita kena pastikan bila kita balik nanti menghadap Allah kita berada dalam keadaan yang sebersih boleh. Ini kerana dunia ini memang tempat manusia diduga. Tiada siapa yang akan lepas dari dugaan Allah.

Bersambung...

Apapun fikir-fikirkanlah..

Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.

Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.

Ikhlas dari,

Faizal Yusup
Pengkaji Isu Sosial

Email : greng70@yahoo.com
Facebook : Faizal Yusup
Blog :http://faizalyusup.blogspot.com
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!

PS - Anda suka blog ini? Tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda atau linkkan blog saya ni kepada blog anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua. InsyaAllah.

Terima kasih…

' style='padding: 0; border: none;'/>

27 Februari 2010

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W.


Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan,

SALAM MAULIDURRASUL 1431 HIJRAH.

Jom kita balik 1421 tahun dahulu ke Lembah Uranah, Gunung Arafah dan bayangkanlah kita berada di sana dan mendengar,

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W.

Sabda baginda...

Wahai manusia,

Dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teilti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia,

Sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai AMANAH SUCI. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang BERHAK. Janganlah kamu SAKITI sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat PERHITUNGAN diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan RIBA, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap SYAITAN demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara BESAR, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara KECIL.

Wahai Manusia

Sebagaimana kamu mempunyai HAK ATAS ISTERI kamu mereka juga mempunyai hak di atas KAMU. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam SUASANA KASIH SAYANG. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan BERLEMAH LEMBUTlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia,

Dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah SOLAT lima kali sehari, berPUASAlah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah ZAKAT dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah HAJI sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah SAUDARA kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah SAMA; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya KECUALI DALAM TAQWA DAN BERAMAL SOLEH.

Ingatlah, bahawa, kamu akan MENGHADAP ALLAH pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu KERJAkan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu TERKELUAR dari landasan kebenaran selepas ketiadaan ku.

Wahai Manusia,

Tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan BETUL dan FAHAMIlah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu DUA PERKARA yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah AL QURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku,MENYAMPAIKAN pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih MEMAHAMI kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.

WASIAT RASULULLAH S.A.W.

' style='padding: 0; border: none;'/>

26 Februari 2010

RAHSIA TULISAN



Kenali Personaliti Diri Anda melalui tulisan

Pertama : Tekanan
Tekanan yang kuat
i. Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas. Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif.

Tekanan yang ringan
ii. Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas. Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit

Kedua : Bentuk Tulisan
i.             Tulisan yang bulat-bulat.
Semua huruf ditulis dengan  bulat· Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)

ii.            Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper, tulisan yang angular dan sharp.
Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logikal)

Ketiga : Kecondongan
i.             Condong ke kanan·
Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasihsayang, berani, pemurah

ii.            Condong ke kiri
Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak sukacampur orang

iii.          Tegak·
Sistematik, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan tengah

iv.          Campur-campur
 Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan.

Keempat : Kerapatan
i.             Jarang-jarang
Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.
ii.            Rapat-rapat
Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut

Kelima : Pada huruf J, G, Y, Zi. Ada ekor
i.             Besar, panjang dan sempurna
Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan

ii.            Kecil, pendek dan tak sempurna
Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri

Keenam : Pada palang huruf kecil T

i.             Tinggi
Tahap aspirasi tinggi.
ii.            Rendah
Mudah berpuas hati, cita-cita rendah.
iii.          Tengah-tengah
Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana

Rumusan : -

Tulisan secara tak langsung mencerminkan peribadi. Mungkin kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan personaliti kita secara objektif untuk mencapai kecemerlangan.

Fikir-fikirkanlah..

Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.

Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.

Ikhlas dari,

Faizal Yusup
Pengkaji Isu Sosial

Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!

PS - Anda suka blog ini? Tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda atau linkkan blog saya ni kepada blog anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua. InsyaAllah.

Terima kasih…

' style='padding: 0; border: none;'/>

24 Februari 2010

BENGKEL TOT KEJURULATIHAN PENDIDIKAN LUAR


BENGKEL TOT KEJURULATIHAN PENDIDIKAN LUAR  


[Train of Trainer >2 hari 1 malam]

TARIKH      : 6-7 hb. March 2010
MASA        : 9 pagi (6hb) hingga 3ptg (7hb)
TEMPOH     : 2 hari 1 malam
TEMPAT     : Eka Education Centre >> Batu12, Gombak KL
BAYARAN   : RM145 seorang (RM125 kepada 20 orang peserta terawal/early birds)

[Termasuk makan minum dan tempat tinggal serta sijil penyertaan]

DAFTARLAH SEGERA....!!!

Siapa yang patut menyertai :

1. Berminat menjadi pelatih dan fasilitator sambilan atau sepenuh masa
2. Berumur 21 tahun keatas
3. Sihat tubuh badan
4. Jujur dan ada komitmen
5. Berfikiran positif

MODUL RINGKAS :

1. Skill dan teknik pengendalian aktiviti perdidikan luar secara praktikal
( berasaskan latihan ).
2. Suai kenal ( aktiviti )
3. Aktiviti team building ( aktviti )
4. Skill komunikasi berpengaruh ,
5. War games ( dalam hutan malam ) ,
6. Skill merancang aktiviti luar.
7. Poco2 + senamrobik
8. Etika dan skill kejurulatihan.

dinderaman cgujinggo faizalyusup JV (http://ecokidadventure.blogspot.com)

Sila Bank in Bayaran kepada kepada akaun berikut :

DINDERAMAN @ SALAHUDDIN DERAMAN
CIMB PUTRAJAYA > NO.AKAUN : 1601 0001852 205
(SILA SMS / MSG INBOX BILA BAYARAN TELAH DI BUAT >> TARIKH, MASA)

Maklumat lanjut , sila hubungi :
1. dinderaman 013 368 5157 > http://dinderaman.blogspot.com
2. cgujinggo 017 663 4254 >> http://jinggo-ecokid.blogspot.com
3. faizalyusup

Sertailah! Saya juga akan berada di sana berkongsi ilmu dengan anda!

Ikhlas dari,

Faizal Yusup

Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!

' style='padding: 0; border: none;'/>