31 Disember 2009

Catatan Penghujung 2009

Salam damai buat semua,


Hari ini 31 Disember 2009 dan ini adalah merupakan catatan terakhir bagi tahun 2009.


2009 bagi saya merupakan tahun yang penuh dengan dugaan dan cabaran yang pelbagai.


Namun demikian saya sempat menandakan 2009 ini dengan sebuah buku yang saya siapkan pada bulan Februari 2009. Buku ANDA YANG BARU yang diterbitkan pada bulan September 2009. Lebih baik lagi ia diterbitkan oleh syarikat penerbitan ALAF21 antara syarikat penerbitan buku yang tersohor di negara ini dan ia juga laris di pasaran.


Kemudian memulakan blog faizalyusup.blogspot ini pada 23 Julai 2009 dan syukur Alhamdullillah ia mendapat sambutan yang menggalakkan dan berterusan.


Apapun saya mahu memasukkan semua memori 2009 ke dalam sebuah kotak dan menyimpannya. Ini kerana apa yang telah berlalu telah jauh meninggalkan kita. Kini tiba masanya untuk memandangkan depan dan berusaha lebih gigih untuk meneruskan agenda perjuangan kehidupan ini.


InsyaAllah novel pertama saya bertajuk KONFLIK CINTA dan Buku notivasi ANDA YANG CEMERLANG akan terbit dalam tahun 2010 ini. Semoga buku-buku ini membawa manfaat dan perubahan kepada keadaan yang lebih baik kepada sesiapa sahaja yang dijodohkan dengannya.


Bagaimana pula dengan anda semua?


Saya doakan anda semua tenang, aman dan damai selalu di tahun yang mendatang, semoga apa yang diusahakan membuahkan kejayaan dan semoga semua doa diperkenankan Allah Taala... InsyaAllah.


Sekian sahaja buat kali ini. Saya minta maaf dari hujung rambut ke hujung kaki zahir dan batin andai saya ada menyinggung sesiapa dengan tulisan-tulisan bisu ini sepanjang saya menulis di sini. Saya tak pernah berniat untuk berbuat demikian.


Terima kasih kerana sudi bertamu...




Wassalam..


Faizal Yusup


31 Disember 2009.

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.