Bagi mereka yang faham, mereka tak perlu membalas dendam, mereka serahkan pembalasan yang adil kepada Allah Taala, mereka akan dapat mengawal marah, malah kemarahan tak akan menetap di hati mereka.. Lebih baik lagi mereka boleh memberi hadiah.. dengan doa dan sebagainya..
28 Disember 2009
Konsep Perigi
Kali ini kita akan melihat apakah iktibar yang boleh kita ambil dari perigi dalam konteks kehidupan kita seharian.
Dalam isu menahan kemarahan, ada diantara kita yang menggunakan konsep gelas. Mereka umpama gelas yang penuh. Bila gelas tersebut diisi air ia akan mula tumpah. Tumpahan seperti ini tidaklah sampai memercik tetapi cuma mengalir perlahan. Dalam erti kata lain orang yang seperti ini hanya akan marah kepada orang yang memarahinya. Orang seperti ini tidak akan marah kepada orang yang tidak bersalah. Mereka juga tak akan membiarkan kemarahan berpanjangan.
Sebagai contoh, dalam satu menyuarat terjadi perbincangan hangat yang menyebabkan pertengkaran antara Emran dan Faiz. Tetapi bila mesyuarat itu selesai mereka berdua boleh pergi minum teh dan berbual seperti sediakala. Mereka yang seperti ini tidak membawa kemarahan itu hingga menyebabkan ia berpanjangan. Kemarahan seperti ini juga tidak melibatkan emosi.
Contohnya, dewasa ini ramai wanita yang berkahwin mempunyai status yang lebih tinggi dari suaminya sama ada dari segi kelayakan akademik mahupun pangkat. Sikap isteri yang merasakan dirinya lebih tinggi dari suaminya di rumah boleh menimbulkan masalah sebegini. Si isteri tidak melayan suaminya dengan baik dan ini berlaku bertahun-tahun lamanya. Si suami hanya bertahan dan berdiam diri dengan kerenah isterinya itu. Belon ini lama kelamaan semakin membesar. Tekanan semakin lama semakin meningkat di dalam dirinya. Pada satu hari atas sebab yang kecil, belon itu akhirnya pecah. Si suami menceraikan isterinya dengan talak tiga sekaligus. Si isteri pula termangu-mangu kerana tak tahu dan tak peka kepada kesalahan yang menggunung yang dilakukannya selama ini.
Seterusnya saya akan perkenalkan anda dengan konsep perigi. Konsep perigi adalah konsep alam semulajadi yang paling elok untuk dijadikan prinsip diri. Konsep perigi ini boleh menjadikan kita seorang yang penyabar.
Kalau kita lihat sesebuah perigi ia selalu tenang kerana dikelilingi dinding. Sekiranya kita meletakkan air walaupun berterusan ke dalam sesebuah perigi ia tidak akan penuh dan akan sentiasa berada di paras yang sama. Antara ciri-ciri orang yang sebegini ialah dia merupakan seorang yang sabar lagi tenang walaupun dalam keadaan marah dan dia akan menyelesaikan tekanan penuh dengan hikmah dan bukannya emosi.
Lagipun sifat sabar ini adalah sebahagian dari iman dan dianjurkan oleh Islam. Ini bermakna antara ciri orang yang beriman adalah orang yang memiliki sifat sabar. Kalau kita lihat dalam banyak kisah, Nabi Muhammad S.A.W masih boleh bersabar walaupun diperlakukan dengan kejam oleh orang kafir dan akhirnya kemenangan berpihak kepadanya.
Nelson Mandela presiden Afrika Selatan merupakan seorang pejuang yang membangkang Dasar Aparthied pernah dipenjarakan lebih 20 tahun. Berkat kesabaran dan perjuangan beliau, dia akhirnya dibebaskan dan dilantik menjadi Presiden. Begitu juga dengan HAMKA yang pernah dipenjarakan oleh Soekarno tetap bersabar dan memaafkan.
Sebagai kesimpulannya ada banyak kebaikan yang boleh berlaku sekiranya kita memiliki sifat sabar seumpama perigi ini. Oleh itu, andainya kita jadikan diri kita seumpama sebuah perigi maka saya percaya kita akan sentiasa tenang dalam menghadapi apa juga masalah kehidupan.
Fikir-fikirkanlah..
Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.
Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.
Ikhlas dari,
Faizal Yusup
Pengkaji Isu Sosial
Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!
PS - Anda suka blog ini? Tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua InsyaAllah.
Terima kasih…
Ditulis oleh
faizal yusup
pada
11:45 PTG
Labels:
Segmen Menangani Masalah,
Segmen Motivasi,
Segmen Pengisian
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.