05 Disember 2009

Lawak Corner


Surat Seorang Pemuda Yang Pemalu...

Aiza, kau apa khabar sekarang. Lama jugak kita tak jumpa ye?
Kau sihat? Macamana keadaan di kampung? Semester depan bila balik
U nanti boleh tak aku kirim cencaluk tiga botol?

Cencaluk Melaka memang terangkat. Mak bapak aku yang pesan.
Ilya adik kau tu buat apa sekarang? Macamana keputusan PMRnya?
Nanti kalau dia lulus cemerlang aku nak bagi hadiah buku pada dia
Tapi aku tak tahu dia suka baca buku apa. Kau bagilah tahu aku ok?
Aku tak sabar nak balik U. Rindu pada Faizal roommate lawak tu.

Pada semester lepas, kau selalu lepak kat Library Business School,
Aku harap semester akan datang ni pun kau selalu datang.
Dekat belakang library ada cafe. Sesenang boleh kita minum kat situ.
Aku belanja. Hari-hari aku belanja pun tak apa. Oklah aku chow dulu.
Mungkin kita boleh jumpa kalau aku pergi Melaka nanti sebab ada
Undangan majlis perkahwinan tak lama lagi. Sekian dulu. Ali.

Surat Jawapan Si Gadis...

Ke hadapan Ali yang berada di Kampung Bongek semoga berada dAlam keadaan sihat. Aiza di sini biasa sahaja. Aiza pun tak sabar nak balik U untuk sambung pengajian di sana.

Aiza ingaT pesan cencaluk Ali. Nanti Aiza belikan dan bawa ke U dan bagi pada Ali. Ilia plak masih lepak. Resultnya pun okay jugak. Dia suka baca novel Kisah orang putus cinta. Baca dulu sebelum beli tau.  

Balik U nanti ingat nak Habiskan masa dekat Library Business School. Aiza pun suka lepak dekat cafE tu. Jumpa FAIZA,Lina dan lain-lain. RINDU GILER PADA FAIZA,Lina dan Noni. Diorang tu suka buat kelakar. Kalau Ali nak belanja okay jer. Aiza Sure tak tolak punya. Kalau Ali datang Melaka, kat Bandar Hilir boleh naik  Eye On Malaysia. Best. Bayarannya pun murah. Tetapi kalau gayat Ali boleh loMpat. Cepat sampai bawah. Hehehe.

Tulisan,

Faizal Yusup

Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!

PS - Anda suka blog ini? Tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua InsyaAllah.

Terima kasih…

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.