1. Binatang apa telur di tengkuk?
Kuda Kepang.. Pikirlah sendiri..
2. Binatang apa satu kepala satu ekor banyak kaki dan banyak telur?
Tarian Naga Hari Raya Cina.. Pun pikirlah sendiri...
3. Burung apa yang kepala di kaki, tangan di kaki?
Burung kena pijak
4. Burung terbang dengan sayapnya, manusia terbang dengan kapalterbang, gajah terbang dengan apa ?
5. Dengan susah payahnya
6. Dari berjuta-juta spises ikan, ikan apa yang paling berharga?
Ikan emas
7. Bagaimana nak bezakan ikan betina ngan ikan jantan?
Ikan betina – ikan Duyung
Ikan jantan- ikan Bakar
8. Dalam banyak –banyak ikan, ikan apa yang yang namanya dua
bulan?
Toman – Two month
9. Ikan apa yang kita tahu nama mak dia?
Ikan kekek MAK ILOI ILOI. Ikan Gelama MAK ILAI ILAI
10. Banyak-banyak ikan, ikan apa yang ada bulu ketiak?
Ikan Duyung
11. Ikan apakah yang paling tua?
Ikan sembilang / ikan keli. Pasal dah berjanggut
12. Dalam banyak-banyak ikan, ikan yang sentiasa sakit?
Ikan kembung
13. Banyak-banyak tikus, tikus apa pakai pad?
Mouse Pad
14. Apa benda yang lebih kecil dari tikus?
Lubang tikus
15. Dalam banyak-banyak kapal, kapal apa yang boleh bercakap?
Karpal Singh
16. Dalam banyak-banyak negara, negara apa yang selalu lapar?
Negara Hungary
17. Dalam banyak-banyak negara, negara apa yang panjang?
Itali
18. Dalam banyak-banyak pulau, pulau yang paling ringan?
Pulau Kapas
19. Dalam banyak-banyak bunga, bunga yang boleh dimakan?
Bunga telur
20. Buah apa yang tak masak sampai bila-bila ?
Buah dadu
21. Buah apa yang beruk tak boleh makan ?
a. Buah Laici sebab kat dalam tin
b. Buah pelam pung
c. Buah mangga kunci
22. Buah apa boleh buat kereta ?
Buah saga
23. Buah apa yang menimbulkan tanda tanya ?
Buah tembikai, kenapa?
24. Buah apa yang kalau nak makan kena langkah dahulu ?
Buah dam
25. Buah apa yang kena langkah apabila hendak dimakan ?
Buah dam
26. Buah apa yang menunjukkan keselamatan ?
Tembikai
27. Keluar masuk, keluar masuk, keluar air ?
Tebu / Mesin Tebu
28. Kenapa tanam pisang tak tumbuh tumbuh?
Tanam buah pisang mana nak tumbuh
Faizal Yusup
Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!
PS - Anda suka blog ini? Tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua InsyaAllah.
Terima kasih…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.