04 Disember 2009
Perihal Otak
Bagaimanakah kita akan dapat menulis / menyampaikan sesuatu yang belum ada dalam perpustakaan otak kita?
Soalan : Namakan planet-planet yang mengelilingi matahari?.
Sekiranya data tersebut masih tersimpan dalam otak kita maka kita pasti akan dapat mengeluarkannya sama ada melalui mulut atau tulisan.
Ada otak yang cepat menerima pelajaran tetapi ada juga yang lambat. Ini berdasarkan sistem pembelajaran yang telah kita asah sejak muda. Ada yang dapat mengimaginasi sesuatu penulisan untuk difahami, ada yang memerlukan lakaran dan ilustrasi untuk membantu, ada juga yang memerlukan penggunaan pendengaran dan ada juga yang memerlukan sistem perhubungan dua hala. Sekiranya menurut kebiasaan, otak kita menggunakan sistem visual (mata) maka penerangan berbentuk lakaran / ilustrasi / carta dan sebagainya akan memudahkan pemahaman kita.
Atas sebab inilah buku ini ditulis lengkap dengan ilustrasi, gambarajah dan sebagainya bagi memudahkan pemahaman semua.
KESIMPULANNYA : Penuhkanlah perpustakaan anda dengan buku-buku rujukan sama ada dengan maklumat yang kita minati mahupun tidak.
Keupayaan Otak Yang Terhad.
Bagaimanapun otak kita mempunyai kelemahannya yang tersendiri. Saya terjumpa dengan ujikaji ini di dalam internet dan ia jelas menunjukkan yang sebenarnya ada sesetengah perkara yang tidak dapat diproses oleh otak kita atas sebab yang kita sendiri tidak tahu.
Sila baca petikan di bawah ini :
FINISHED FILES ARE THE RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC STUDY COMBINED WITH THE EXPERIENCE OF YEARS...
Sekarang cuba kira berapakah huruf " F " yang ada di dalam petikan tersebut.
Sekiranya anda dapat mencari tiga huruf F ini menunjukkan yang anda adalah seorang yang normal. Ini kerana sama ada anda percaya atau tidak, sebenarnya terdapat enam huruf F di dalam petikan tadi. Sekiranya anda dapat mencari ke enam-enam huruf F tersebut anda mungkin seorang yang teliti atau anda seorang yang langsung tidak tahu berbahasa Inggeris.
Penerangan : Atas sebab yang tidak diketahui otak kita tidak tidak dapat memproses huruf F pada perkataan " OF ". Untuk pengetahuan anda perkataan " OF " dalam mana-mana petikan sebenarnya tidak dapat diproses oleh otak. Menakjubkan bukan ? Tanpa ilmu ini otak anda akan terus-terusan tidak dapat memproses perkataan OF dalam sesuatu ayat itu. Kalau difikirkan kembali entah berapa banyak lagi benda yang kita lihat tetapi tidak dapat diproses oleh otak kita. Ia terlepas begitu sahaja tanpa kita sedari. Mungkin atas sebab yang sama kadang-kadang manusia melakukan kesilapan walaupun telah berhati-hati. Oleh itu cara yang terbaik untuk mengurangkannya ialah untuk menjadikan diri seorang yang teliti dan memerhatikan sesuatu itu dari semua sudut dengan harapan tiada apa yang tertinggal. Kaedah ini akan pastinya mengurangkan kesilapan kita dalam melakukan kerja-kerja seharian.
Fikir-fikirkanlah..
Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.
Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.
Ikhlas dari,
Faizal Yusup
Pengkaji Isu Sosial
Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!
PS - Anda suka blog ini? Tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua InsyaAllah.
Terima kasih…
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.