19 Disember 2009

Rasulullah S.A.W

Rasulullah S.A.W berdoa dengan khusyuk, airmatanya sentiasa berlinangan, wajahnya sentiasa ceria yang menyejukkan mata yang memandangnya, sangat elok dan sempurna.


Rasulullah S.A.W. memiliki perasaan halus, mengambil wudu’ sebelum tidur dan berzikir hingga lena, suka makan secara beramai-ramai dari berseorangan, bencikan kemegahan dan perhiasan yang cantik.


Rasulullah S.A.W. makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang. Tidak pernah mengumpat, mencerca orang lain, memakai serban di atas kupiahnya.


Rasulullah S.A.W. memberi salam kepada ahli rumah ketika berpergian dan kepulangannya, sangat berlemah-lembut terhadap isteri dan ahli keluarganya, sentiasa memulakan salam kepada sesiapa yang ditemuinya, bersalaman dengan sahabat dan memeluk mereka ketika bertemu. Rasulullah S.A.W. tidak melepaskan tangannya sehinggalah orang yang dijabatnya itu melepaskan tangannya dahulu.


Rasulullah S.A.W. mengangkat tangannya apabila melintasi kanak-kanak, tanda hormat kepada mereka, tidak pernah merenung wajah orang lama-lama, sangat menghormati orang tua, sangat mengasihi orang-orang muda dan kanak-kanak.


Rasulullah S.A.W. tidak bangun dari sesuatu majlis sehingga tetamu lain bangun, tidak pernah melunjurkan kakinya di hadapan sahabat, suka bercakap lambat-lambat dan menyebut perkataan dengan jelas dan sentiasa menumpukan perhatian kepada orang yang bercakap dengannya, tidak pernah ketawa terbahak-bahak tetapi tersenyum lembut.


Rasulullah S.A.W. sangat fasih dan manis tutur bicara, tersangat sabar dan tabah bila menghadapi setiap cabaran dan kesusahan, amat mengasihi kepada umatnya, tidak pernah mengambil rezeki kurniaan Allah melebihi keperluannya. Rezeki berlebihan akan ditabur untuk jihad fisabilillah.


Rasulullah S.A.W. sentiasa membantu orang lain walaupun baginda sendiri dalam kesusahan, tidak pernah menghina orang miskin, tidak pernah merasa terhina bergaul dengan orang miskin, suka memberi makan kepada fakir dan sering duduk bersama mereka.


Rasulullah S.A.W. amat pemurah sehingga digambarkan seperti angin yang lalu, tidak suka tidur dalam bilik yang gelap, tangannya tidak pernah menyentuh kulit wanita ajnabi, bersikap tegas, pemaaf dan pengasih dalam perjuangannya.


Semoga kita sama-sama dapat mengambil iktibar dari akhlak Rasulullah S.A.W ini dan dijadikan pakaian diri. Ini kerana ada “nur” di dalam setiap sunnah Nabi itu.


Ikhlas dari,


Faizal Yusup
Pengkaji Isu Sosial


Email : greng70@yahoo.com
Facebook : Faizal Yusup
Blog :http://faizalyusup.blogspot.com
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!


PS - Anda suka blog ini? Tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua InsyaAllah.


Terima kasih…

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.