12 Disember 2009

Lawak Corner

Kisah Mat Rempit Yang Pendek

Ammar, Irfan dan Farid adalah tiga sekawan mat rempit yang terkenal di kampung mereka. Di antara mereka bertiga, Faridlah yang paling pendek. Mereka suka melepak di sebuah pondok kecil tak jauh dari madrasah kampung sambil bermain gitar.

Suatu hari...

        “Eh! Korang ni tak boring ke asyik melepak, merempit. Cari awek pun tak dapat-dapat lagi. Apa kata kita cari projek lain hari ni?” Kata Farid.

        “Apa cadangan kau Farid?” Tanya Irfan.

        “Apa kata kita tukar line hari ni, kita pergi sembahyang kat madrasah tu.”

“Ish! Aku tak tahu macamanalah Bu...” Rungut Ammar pula.

“Alah! Senang je. Kita tiru je apa Pak Imam buat. Takkan Pak Imam buat salah kot?” Cadang Farid.

“Ye tak ye jugak. Itu cadangan yang baik!” Sahut Irfan pula.

“Jom!”

Mereka pun start motor menuju ke madrasah.

Dipendekkan cerita ketika Pak Imam meratakan air pada telinga kanannya, merekapun mengikut. Pak Imam naik cuak juga tapi tak mempedulikan mereka. Mereka bertiga terus meniru Pak Imam sehingga selesai mengambil wuduk.

Semasa menaiki anak-anak tangga melalui pintu madrasah tersebut, kepala Pak Imam terhantuk pada jenang pintu.

“ Adeh!” jerit Pak Imam sambil mengurut dahinya. Pak Imam meneruskan perjalanannya ke dalam madrasah tersebut.

Melihatkan keadaan ini Ammar pun menghantukkan kepalanya ke jenang pintu tersebut kerana menyangkakan yang ia merupakan satu kemestian sebelum mendirikan sembahyang.

“Adeh..” Katanya sambil mengurut-urut dahinya mengikut gaya Pak Imam tadi.

Ini diikuti oleh Irfan dan selepas semuanya selesai mereka pun mendirikan solat meniru apa yang Pak Imam lakukan.

Selesai solat Pak Imam memberi salam dengan memalingkan mukanya ke kanan. Mereka juga memberi salam dan memalingkan muka mereka ke kanan. Pak Imam memberi salam seraya memalingkan mukanya ke kiri, mereka juga memberi salam dan memalingkan muka ke kiri namun kelibat Farid tidak kelihatan. Di kiri mahupun di kanan.

“Mana Farid”, tanya Irfan kepada Ammar. Ammar mengangkat bahu tanda tak tahu.

Ketiga-tiga mereka Ammar, Irfan dan Pak Imam memandang ke belakang.

“Ish!...”

“Ish!...”

“Ish!...” Kedengaran rintihan Farid yang kelihatan melompat-lompat cuba menghantukkan kepalanya di jenang pintu madrasah tersebut tetapi tak sampai-sampai.

“ Laa.. si pendek tak sampai lagi nak hantuk kepala rupanya!” kata Irfan. Ammar hanya ketawa. Pak Imam pula mengeleng-gelengkan kepala.

        Itulah sebabnya sehingga kini Farid tak sembahyang sebab sehingga kini dia tak dapat menghantukkan kepalanya di jenang pintu madrasah, surau atau mana-mana masjid sekalipun.

Nota kaki – Kita tak perlu hantukkan kepala kat jenang pintu surau untuk bersolat jemaah. Jadi, pergilah solat jemaah dan ramaikan masjid.

Faizal Yusup

Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!

PS - Anda suka blog ini? Tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua InsyaAllah.

Terima kasih…

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.