15 Disember 2009

Lawak Corner

SIAPA BOSS?

Dizaman dahulukala semasa manusia dicipta maka pancaindera dan anggota manusia berbahas untuk menentukan siapakah diantara mereka yang paling layak untuk menjadi Boss.

Mata         : Antara kamu semua akulah yang paling layak jadi boss sebab
                  aku boleh melihat.

Telinga      : Mana boleh, akulah yang paling layak sebab aku boleh
                  mendengar.

Mulut         : Aku lagi bagus! Aku boleh bersuara menyampaikan hajat kamu semua. Akulah yang paling layak menjadi boss.

Tangan      : Akulah yang paling layak sebab aku boleh buat pelbagai kerja.

Kaki          : Akulah boss sebab tanpa aku kamu semua tak boleh kemana-
                  mana.

Rambut, kulit, kening, gigi dan yang lainnya hanya berdiam diri melihat perbalahan tersebut.

Tiba-tiba si Punggung bersuara lantang

Punggung   : Akulah yang sepatutnya menjadi boss!

Kata-kata si Punggung membuatkan semua, si Tangan, Kaki, Mulut, Rambut, Muka, Mata, Telinga, Perut dan yang lainnya ketawa terbahak-bahak. Mereka merasakan si Punggung tak layak kerana dia bukannya buat apa-apa, hanya duduk diam, tiada kepentingan dan hanya menjaga jabatan pengkumuhan yang busuk.

Perbalahan mereka berterusan dengan pelbagai hujah namun tiada siapa yang mengalah dan keputusan tak dapat dicari akan siapakah yang paling layak menjadi Boss.

Dalam pada itu si Punggung pula berkecil hati lantas berdiam diri mogok selama seminggu. Dia tak bekerja dan tak meluluskan sebarang pengeluaran najis. Keadaan ini menyebabkan si Perut meracau, si Muka bertukar menjadi kuning, Si Mata terbuntang kemerahan, Si Tangan dan Kaki mengigil dan sebagainya. Semuanya jadi serba tak kena.

Oleh kerana takut keadaan menjadi lebih teruk, akhirnya mereka semua mengalah dan sepakat bersetuju mengangkat si Punggung menjadi BOSS!

Moral 1 : Semua orang ada kepentingan dan fungsinya masing-masing. Oleh itu janganlah pandang rendah pada sesiapapun juga.   

Moral 2 : Mungkin atas sebab itulah seorang Boss di pejabat tak ada kerja hanyalah duduk, memberikan lampu hijau iaitu menandatangan dokuman memberi kelulusan itu sahaja.

Hawhawhaw..

Faizal Yusup

Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!

PS - Anda suka blog ini? Tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua InsyaAllah.

Terima kasih…

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.