10 Disember 2009

Catatan Faizal Yusup


Salam Sejahtera buat semua yang dikasihi...

Alhamdullillah, blog Faizal Yusup ini masih lagi ada pengunjung saban hari dan ini terus-terusan memberi semangat untuk saya terus menulis artikel-artikel dengan penuh harapan ia membantu dan memberi manfaat kepada sesiapa sahaja yang dijodohkan dengannya.

Oh ya! Sebagai penjelasan saya bukan Faizal Yusup yang ada kena mengena dengan artis Siti Nordiana tu. Itu orang lain. Saya Faizal Yusup seorang penulis buku motivasi.

Apapun dari kajian rambang yang saya buat, saya dapat lihat yang kebanyakan mereka yang bertamu terdiri daripada tetamu-tetamu yang terbuka hatinya kepada ilmu dan pengetahuan.

Selagi daya, saya ingin cuba sedaya upaya untuk menyediakan artikel buat semua golongan. Bukan hanya untuk mereka yang mencari ilmu malah artikel untuk umum, teka teki dan lawak untuk mereka yang menyukainya, artikel motivasi untuk membaiki apa yang sedia baik, artikel kaunseling dan menangani masalah bagi mereka yang dibelenggu masalah, cuba membaiki keadaan yang kurang baik kepada keadaan yang lebih baik. InsyaAllah.

Dengan harapan satu hari nanti ia menjadi blog rujukan buat yang ramai yang inginkan jawapan kepada pelbagai persoalan kehidupan dalam jangkamasa kita singgah dimuka bumi ini. InsyaAllah.

Di sini saya ingin meminta pandangan anda semua, akan apakah yang boleh saya perbaiki dalam blog ini. Sekiranya anda ada saranan sampaikan kepada saya melalui emel: greng70@yahoo.com. Saya amat menghargainya. Terima kasih.

Sekian dulu. Wassalam.

Faizal Yusup

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.