24 Disember 2009

Gambar vs Tulisan

 


Mata, Telinga dan Hati merupakan tiga pancaindera pintu masuknya ilmu ke dalam diri seseorang.


Ianya adalah lebih mudah untuk menyampaikan sesuatu dengan berkesan melalui multimedia dan gambar kalau dibandingkan dengan penulisan teks.

Kreativiti jurugambar yang menangkap gambar dapat ditunjukkan dalam gambar-gambar yang diambil dan dipaparkannya. Ia kemudiannya dinilai oleh mata-mata yang melihatnya dan membuat perbandingan dengan jurugambar yang lain. Selalunya kelainan dalam memaparkan aksi dalam gambar dan kemudiannya dapat diterjemahkan oleh mata yang melihatnya. Bila paparan itu dirasai oleh hati maka ia akan diminati dan menjadi karya yang baik maka ramailah yang akan sanggup membayar harga yang mahal bagi mendapatkan khidmat sentuhan jurugambar yang kreatif itu.

Begitu jugalah kisahnya dengan penyampaian melalui lukisan atau multimedia kerana ia mudah ditangkap mata dan telinga. Ia tak perlu menggunakan masa untuk membaca, menganalisa dan memikirkannya. Namun demikian ini tak sama bagi penyampaian berbentuk teks. Ini kerana ia perlu dibaca, dianalisa dan diterjemahkan. Ia mengambil masa kerana ramai yang tak berapa suka membaca walaupun isi yang disampaikan oleh penulis tersebut sangat berharga.

Lagipun ramai yang lebih senang dengan gambar-gambar yang penuh warna warni, lakonan dengan pelbagai aksi serta emosi serta bunyi suara yang lunak mendayu-dayu mengusik jiwa. Nak kena baca? Lecehlah. 

Persoalannya kenapa Al Quran diturunkan Allah tidak bergambar, tidak berlukisan dan tidak bermultimedia?

Ia datang dalam bentuk teks penulisan dalam bahasa Arab. Untuk memahaminya sebagai seorang melayu kita perlu faham Bahasa Arab, kalau takpun terpaksalah kita membaca terjemahan yang ada.

Dan sebagai tambahan,

Perkataan pertama yang diturunkan ialah BACALAH!

Ini bermaksud Allah Taala mahu kita membaca, dengan membaca kita akan dapat ilmu, dapat buat analisis, dapat iktibar, dapat panduan dalam kehidupan dan sebagainya.

Oleh itu bacalah! Jadikan tabiat membaca ini sebagai salah satu prinsip utama dalam diri.

Fikir-fikirkanlah..

Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.

Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.

Ikhlas dari,

Faizal Yusup
Pengkaji Isu Sosial

Facebook : Faizal Yusup
Revolusi Baru Kecemerlangan Diri!

PS - Anda suka blog ini? Tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua InsyaAllah.

Terima kasih…

' style='padding: 0; border: none;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.